Alessandro Nesta

Alessandro Nesta Ufficiale OMRI[3][4] (sebutan bahasa Itali: [alesˈsandro ˈnɛsta]; lahir 19 Mac 1976) ialah seorang pengurus bola sepak Itali serta bekas pemain bola sepak yang kini mengendali kelab Serie B, Reggiana. Sepanjang kerjayanya, beliau dianggap sebagai salah seorang pemain pertahanan terbaik sepanjang zaman. Beliau terkenal dengan kepantasan, kemahiran merampas bola, elegan di atas padang serta bijak menjaga gerak-geri pemain lawan.[5][6][7]

Alessandro Nesta
Nesta pada 2016
Maklumat peribadi
Nama penuhAlessandro Nesta[1]
Tarikh lahir (1976-03-19) 19 Mac 1976 (umur 48)[2]
Tempat lahirRom, Itali
Ketinggian1.87 m (6 ka 2 in)
Posisi permainanBek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Reggiana (Pengurus)
Kerjaya remaja
1985–1993Lazio
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
1993–2002Lazio193(1)
2002–2012Milan224(7)
2012–2014Montreal Impact31(0)
2014Chennaiyin3(0)
Jumlah451(8)
Pasukan kebangsaan
1995–1996Itali B219(1)
1996–2006Itali78(0)
Pasukan diurus
2015–2017Miami FC
2018–2019Perugia
2019–2021Frosinone
2023–Reggiana
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Beliau telah melakukan 400 buah kemunculan di Serie A sepanjang 20 tahun kerjaya di kelab Lazio dan AC Milan di samping meraih pencapaian tempatan dan kejuaraan Eropah bersama kedua-dua kelab. Lewat di hujung kerjaya, beliau memperlihatkan penampilannya di Liga Utama Bola Sepak Amerika Syarikat (MLS) bersama kelab Montreal Impact dan beraksi untuk Chennaiyin di Liga Super India. Nesta ialah pemain yang merangkul anugerah Pertahanan Terbaik Serie A sebanyak empat kali serta terpilih ke dalam Pasukan Terbaik UEFA sebanyak empat kali.[8] Pada tahun 2004, beliau telah disenaraikan sebagai salah seorang daripada 125 pemain terhebat dalam sambutan ulang tahun FIFA ke-100.[9] Pada tahun 2021, beliau telah terpilih ke dalam Dewan Kemahsyuran Bola Sepak Itali.

Nesta merupakan anggota pasukan kebangsaan Itali sejak penampilan sulung beliau pada 1996 dan telah beraksi sebanyak 78 perlawanan. Di peringkat antarabangsa, beliau mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik 1996, tiga Kejohanan Eropah dan tiga penampilan di Piala Dunia. Nesta juga termasuk dalam skuad Itali yang menjulang trofi Piala Dunia 2006 serta mewakili Azzurri yang layak ke peringkat akhir Euro 2000.

Kerjaya kelab

Lazio

Bakat Nesta pertama kali dikesan oleh Francesco Rocca, seorang pencari bakat dari kelab Roma. Akan tetapi, bapa Nesta yang merupakan peminat Lazio telah menolak tawaran tersebut.[10] Nesta memulakan kerjaya remajanya bersama Lazio pada 1985 dengan beraksi di pelbagai posisi termasuklah penyerang dan pemain tengah sebelum beliau diletakkan di posisi pertahanan. Ketika musim 1993–94, beliau telah dipanggil ke skuad utama dan melakukan penampilan pertamanya pada 13 Mac 1994 dalam aksi menentang Udinese. Nesta beraksi sebagai pemain gantian dengan menggantikan Pierluigi Casiraghi pada minit ke-78 permainan.[11]

Nesta terpilih sebagai kapten pasukan pada tahun 1997 semasa di bawah kendalian Sven-Göran Eriksson. Beliau membantu pasukannya menjuarai Coppa Italia 1998 dengan menewaskan AC Milan, yang mana beliau menghasilkan jaringan kemenangan pasukan. Beliau juga tampil dalam aksi final Piala UEFA pada musim yang sama tetapi pasukannya akur akan kekalahan kepada Internazionale. Nesta telah merangkul Anugerah Pemain Muda Terbaik Serie A dalam acara anugerah bola sepak Itali hasil prestasi cemerlangnya sepanjang musim.

Pada tahun berikutnya, beliau terpaksa berehat selama hampir separuh musim kerana mengalami kecederaan ligamen daripada aksi Piala Dunia 1998. Beliau kembali tampil di atas padang pada bulan Disember. Sebagai kapten, beliau mengetuai Lazio dalam perlumbaan merebut takhta liga tetapi mereka dibezakan dengan satu mata pada hari terakhir musim. Walau bagaimanapun, pasukannya menjuarai dua trofi di peringkat antarabangsa iaitu Piala Juara-Juara UEFA dengan menewaskan Mallorca dan pada bulan Ogos berikutnya, Lazio meraih Piala Super UEFA dengan menewaskan Manchester United.[12]

Pada musim 1999–2000, beliau mengetuai Lazio meraih kejuaraan Scudetto dan Coppa Italia sekali gus melengkapkan double. Pada musim berikutnya, dengan bimbingan pengurus Dino Zoff, Lazio menjuarai Supercoppa Italiana dan menghuni tangga ketiga liga. Prestasi baik Nesta serta kejayaan yang dikecapi oleh pasukannya telah melayakkan beliau meraih tiga Anugerah Pertahanan Terbaik Serie A berturut-turut antara tahun 2000 dan 2002.[13][14] Kemudian, kemelut masalah kewangan yang dihadapi oleh pihak pengurusan kelab telah memaksa presiden kelab, Sergio Cragnotti menjual Nesta ke Milan pada 2002. Nesta meninggalkan Lazio.[15]

AC Milan

Sebaik sebelum kempen musim 2002-03, keadaan masalah kewangan telah memaksa Lazio untuk menjual ramai pemain terbaik mereka termasuklah Nesta yang berpindah ke Milan melalui perpindahan yang bernilai 30,987,000 (60 bilion lira).[16] Pada masa itu, beliau membentuk barisan pertahanan kukuh bersama Paolo Maldini, Cafu, Alessandro Costacurta, Jaap Stam dan lain-lain. Dua musim pertama Nesta di Rossoneri sangat cemerlang. Pada musim sulungnya, beliau menjuarai Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam kariernya apabila Milan menewaskan pesaing Juventus di Old Trafford dalam aksi pertembungan kelab-kelab Itali buat kali pertama dalam sejarah. Nesta berjaya memastikan gawang pasukannya tidak dibolosi sepanjang permainan dan menyudahkan tendangan penalti dalam aksi penentuan penalti selepas masa tambahan. Selain itu, Nesta turut merangkul trofi Copppa Italia selepas pasukannya mengecewakan Roma[17] manakala dalam saingan liga, Milan menghuni tangga ketiga liga. Nesta sekali lagi meraih Pertahanan Terbaik Serie A berikutan prestasinya dan terpilih ke dalam Pasukan Terbaik UEFA.[14][18]

Pada musim berikutnya, Milan tewas dalam kejuaraan Supercoppa Italiana kepada Juventus dan Piala Antara Benua kepada Boca Juniors menerusi penentuan penalti. Walau bagaimanapun, Nesta berhasil menjuarai Piala Super Eropah bersama Milan apabila mereka menewaskan Porto di samping merebut kejuaraan Scudetto kedua dalam kariernya ada musim yang sama. Dalam aksi Liga Juara-Juara, Milan sekadar layak ke peringkat suku akhir manakala Coppa Italia pula di peringkat separuh akhir. Pada hujung musim, Nesta sekali lagi terpilih ke dalam Pasukan Terbaik UEFA buat kali ketiga berturut-turut.[19]

Nesta memulakan musim berikutnya dengan menewaskan pasukan lamanya, Lazio untuk merebut kejuaraan Supercoppa Italiana 2004. Milan turut melangkah ke aksi final Liga Juara-Juara tetapi kalah kepada Liverpool menerusi penentuan penalti. Dalam aksi liga, Milan menamatkan saingan di belakang pendahulu Juventus. Walaupun menamatkan kempen sebagai naib juara di aksi liga dan Liga Juara-Juara, Nesta telah terpilih ke dalam FIFPro World XI buat kali pertama dalam karier beliau.[20][21]

Nesta berlatih bersama Milan pada 2007.

Semasa musim 2005-06, Milan sekali lagi menamatkan kempen sebagai naib juara di belakang pendahulu Juventus di Serie A. Namun begitu, kedua-dua pasukan tersebut ditolak mata berikutan penglibatan dalam skandal pengaturan perlawanan 2006 sementara gelaran juara liga diserahkan kepada Inter Milan. Juventus tersingkir ke divisyen kedua manakala Milan menduduki tangga ketiga liga selepas penolakan mata. Milan turut mara ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara pada 2006 sebelum tewas kepada bakal juara, Barcelona.

Walaupun Nesta terlepas banyak aksi semasa musim 2006-07 akibat kecederaan bahu, beliau telah memainkan peranan penting bagi Milan untuk menjulang kembali trofi Liga Juara-Juara apabila pasukannya membalas dendam atas kekalahan 2005 dengan menumbangkan Liverpool 2-1 di Athens. Meskipun mata Milan ditolak pada musim itu, Nesta yang pulih dari kecederaan membantu Milan menamatkan saingan liga tangga keempat sekali gus menempah tiket ke Liga Juara-Juara musim depan. Nesta juga tampil dalam Pasukan Terbaik UEFA dan FIFPro World XI pada musim itu.

Nesta meraih pencapaian Piala Super Eropah ketiga dalam kariernya pada bulan Ogos 2007 apabila Milan mengetepikan cabaran Sevilla 3–1. Nesta kemudian melanjutkan kontraknya sehingga tahun 2011.[22] Nesta berupaya menjaringkan gol sulungnya untuk Milan sejak April 2006 ketika aksi menentang Siena pada 15 September 2007. Beliau terus melakarkan jaringan penting buat Milan dalam aksi final Piala Dunia Kelab menewaskan Boca Juniors 4-2.[23] Walau bagaimanapun, Milan terus berdepan kekecewaan sepanjang musim apabila hanya menghuni tangga kelima Serie A dan tersingkir daripada pusingan ke-16 Liga Juara-Juara dan Coppa Italia.

Kondisi kecederaan yang serius memaksa Nesta untuk melupakan penampilannya di seluruh musim 2008-09 sekali gus menimbulkan keresahan akan peluangnya untuk aktif kembali dalam bola sepak.[24] Beliau pulih sepenuhnya dari kecederaan dan tampil dalam aksi liga menentang Fiorentina pada 31 Mei 2009 dan ia menandakan penampilan pertama beliau pada musim itu. Milan berjaya menamatkan kempen di tangga ketiga liga.

Pada musim selanjutnya, Nesta menjaringkan dua gol pertamanya untuk Milan ketika pasukanya menewaskan Chievo di Serie A. Beliau mula muncul kembali dalam kesebalasan utama dan menjadi salah seorang pemain Milan paling konsisten sepanjang musim 2009-10 semasa di bawah kendalian pengurus Leonardo. Nesta meneruskan prestasinya apabila beliau membentuk duo pertahanan mantap bersama Thiago Silva pada musim 2010-11 di bawah bimbingan Massimiliano Allegri. Duo pertahanan ini hanya bolos 24 jaringan gol dalam 38 perlawanan dalam kejayaan kempen Scudetto musim itu. Milan juga mara ke aksi separuh akhir Coppa Italia manakala mereka sekadar hampa di saingan Liga Juara-Juara apabila tersingkir di pusingan 16. Musim itu juga bertiup spekulasi bahawa Nesta akan mengumumkan persaraan pada penghujung musim. Akan tetapi, beliau mengesahkan bahawa akan kekal selama satu musim lagi di Milan sebelum bersara. Dengan itu, beliau melanjutkan kontraknya selama setahun pada 18 Mei 2011 di mana beliau kekal bersama Rossoneri sehingga musim panas 2012.[25][26] Nesta juga terpilih dalam Pasukan Terbaik Serie A berikutan prestasinya yang membantu Milan meraih kejuaraan liga.

Nesta memulakan musim terakhirnya di Milan dengan menjuarai Supercoppa Italiana 2011 pada 6 Ogos 2011 dengan menumpaskan musuh tradisi, Inter Milan 2–1 di Beijing. Milan menamatkan kempen liga di belakang pendahulu Juventus dan mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara. Pada 10 Mei, Nesta mengumumkan bahawa beliau akan bersara dari Serie A pada penghujung musim dalam satu sidang pertemuan. Sepanjang sepuluh musim di Milan, Nesta beraksi dalam 325 perlawanan dan menjaringkan sepuluh gol. Di Milan, beliau berjaya mencapai dua gelaran Serie A, satu trofi Coppa Italia, dua kejuaraan Supercoppa Italiana, dua trofi Liga Juara-Juara Eropah, dua trofi Piala Super Eropah serta satu trofi Piala Dunia Kelab.

Montreal Impact

Nesta beraksi untuk Montreal pada 2012.

Pada 5 Julai 2012, Nesta menandatangani kontrak baru bersama pasukan Major League Soccer, Montreal Impact. Beliau menandatangani kontrak selama 18 bulan dalam perpindahan percuma. Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam aksi persahabatan menentang Lyon pada 24 Julai. Beliau seterusnya melakukan penampilan kompetitif pertama pada tiga hari kemudian dalam aksi kemenangan 3-1 ke atas New York Red Bulls. Pada 2013, Nesta meraih satu-satunya gelaran bersama Montreal Impact iaitu Kejuaraan Kanada.

Pada 20 Oktober 2013, Nesta mengumumkan bahawa beliau akan bersara selepas tamatnya playoff Piala MLS 2013 selepas menghabiskan dua musim di Montreal.[27]

Chennaiyin

Pada 28 November 2014, Nesta telah menyertai kelab Liga Super India, Chennaiyin FC untuk saki-baki musim 2014. Beliau telah dibawa masuk oleh bekas rakan sepasukannya di Itali, Marco Materazzi.[28] Beliau melakukan aksi pertamanya dalam perlawanan seri 2-2 menentang Delhi Dynamos. Beliau berpasangan dengan Mikaël Silvestre di bahagian pertahanan dalam aksi terakhir musim.[29]

Kerjaya antarabangsa

Nesta memulakan kariernya sebagai pemain bawah-21 yang memenangi Kejohanan Eropah 1996. Beliau tampil dalam aksi final menentang Sepanyol apabila beliau menyudahkan tendangan keempat Itali dalam aksi kemenangan 4-2.[30] Menjelang beberapa bulan kemudian, beliau disenaraikan ke dalam skuad Itali ke kejohanan Euro 1996 di England oleh Arrigo Sacchi. Namun begitu, beliau tidak tampil dalam sebarang perlawanan yang menyaksikan Itali tersingkir di peringkat kumpulan. Beliau berpeluang melakukan kemunculan sulungnya untuk Azzurri ketika di bawah pengurus Cesare Maldini dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 1998 menentang Moldova pada 5 Oktober 1996. Beliau seterusnya melakukan tujuh penampilan dalam kempen kelayakan tersebut.[31] Di kejohanan Piala Dunia 1998, Nesta beraksi dalam semua perlawanan peringkat kumpulan dengan membentuk barisan pertahanan bersama Paolo Maldini, Fabio Cannavaro, Alessandro Costacurta dan Giuseppe Bergomi.[32][33][34] Beliau tidak dapat beraksi dalam perlawanan seterusnya berikutan kecederaan yang kemudiannya Itali tersingkir kepada tuan rumah dan bakal juara, Perancis di peringkat suku akhir menerusi penentuan penalti.[35][14][36]

Selepas menjadi tonggak utama pertahanan Itali dalam kempen kelayakan Euro 2000 di bawah kendalian Dino Zoff, Nesta tampil dalam barisan kesebelasan utama Itali di UEFA Euro 2000 dengan membentuk pertahanan bersama pemain Paolo Maldini dan Fabio Cannavaro sepanjang kejohanan. Itali hanya dibolosi dua jaringan gol dalam laluan ke final serta berjaya menghasilkan tiga perlawanan tanpa bolos sepanjang kejohanan iaitu menentang tuan rumah Belgium di peringkat kumpulan[37] dan kedua menentang Romania di peringkat suku akhir yang mana beliau menjadi pemain terbaik perlawanan.[38][39] Dalam pertembungan separuh akhir menentang Belanda, Itali yang bermain sepuluh orang pemain berjaya menyingkirkan tuan rumah tersebut dalam penentuan penalti selepas terikat seri tanpa jaringan selepas masa tambahan.[40] Itali mara ke aksi final menentang juara dunia Perancis. Impian Itali lebur apabila David Trezeguet menjaringkan gol emas pada masa tambahan bagi Perancis mengecewakan Itali dalam dua kejohanan berturut-turut.[41] Nesta bersama rakan pertahanannya iaitu Maldini dan Cannavaro terpilih ke dalam pasukan terbaik kejohanan.[42]

Sesudah kejohanan Euro 2000, Nesta kekal sebagai pilihan pertama pemain pertahanan Itali walaupun di bawah pengurus baru Giovanni Trapattoni untuk persiapan cabaran Piala Dunia 2002. Semasa kejohanan itu, beliau berpasangan dengan Cannavaro dan berjaya memelihara gawang pasukan tanpa bolos dalam aksi pembukaan menentang Ecuador.[43] Walau bagaimanapun, sekali lagi belenggu kecederaan memaksanya untuk tidak beraksi dan beliau hanya mampu menyaksikan pasukannya tersingkir di pusingan kalah mati dalam aksi kontroversi menentang Korea Selatan.[44] Nesta kemudiannya tampil dalam aksi kelayakan Euro 2004. Kekecewaan Itali di kejohanan besar terus berlanjutan apabila ia tersingkir di peringkat kumpulan walaupun berkongsi mata dengan pasukan-pasukan yang layak ke pusingan berikutnya iaitu Denmark dan Sweden.[45] Nesta beraksi dalam kesemua perlawanan tersebut dan memastikan Itali tidak dibolosi dalam aksi pembukaan menentang Denmark.[14][46][47]

Berikutan dua kekecewaan berturut-turut, pengurus baharu Marcelo Lippi mengekalkan khidmat Nesta di bahagian pertahanan dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2006. Nesta kemudiannya tampil dalam aksi pembukaan kejohanan menentang Ghana.[48] Walau bagaimanapun, khidmatnya terpaksa dilupakan oleh Itali apabila beliau tercedera dalam aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Republik Czech yang menyaksikan Itali meraih kemenangan 2-0.[49] Beliau terpaksa berehat sehingga kejohanan berakhir dan tuah menyebelahinya apabila Itali akhirnya dinobatkan sebagai juara dunia.[50][51] Setelah kejohanan tersebut, Nesta hanya beraksi dalam satu perlawanan kelayakan Euro 2008 semasa menentang Georgia pada 11 Oktober 2006. Malangnya, kecederaan berikutnya telah memaksa beliau membuat persaraan daripada pasukan kebangsaan.[52][53][54] Menjelang kejohanan Euro 2008, Nesta menolak pelawaan jurulatih Roberto Donadoni untuk kembali ke pasukan kebangsaan.[55] Pada dua tahun kemudian, beliau juga menolak tawaran oleh Marcelo Lippi untuk beraksi di kejohanan Piala Dunia 2010.[56] Secara keseluruhannya, beliau telah melakukan 78 penampilan untuk skuad Azzuri.[57]

Kerjaya pengurus

Miami

Pada 31 Ogos 2015, Nesta diperkenalkan sebagai ketua jurulatih pasukan baru tertubuh, Miami FC yang bertanding di North American Soccer League (NASL) pada April 2016.[58] Setelah menamatkan kempen di tangga ketujuh liga, Miami FC menduduki tangga pertama pada musim kedua Nesta sebagai jurulatih dengan menjadi juara musim bunga dan luruh. Walau bagaimanapun, dalam pusingan playoff, pasukannya dikecewakan oleh New York Cosmos menerusi penentuan penalti pada aksi separuh akhir.[59] Beliau meletakkan jawatan sebagai jurulatih seusai musim 2017 pada 17 November.[60]

Perugia

Pada 14 Mei 2018, Nesta telah dilantik menjadi pengurus kelab Perugia.[61] Selepas mengalami kekalahan 4-1 kepada Verona dalam pusingan playoff ke Serie A]], Nesta berpisah dengan Perugia pada 21 Mei 2019.[62]

Frosinone

Pada 17 Jun 2019, Nesta telah dilantik sebagai pengurus Frosinone dengan kontrak selama dua tahun.[63] Pasukannya menamatkan kempen 2019-20 di tempat kelapan liga dan berjaya ke playoff. Frosinone tewas dalam aksi final playoff kepada Spezia dengan keputusan seri 1-1. Walaupun terikat seri, tetapi pasukan lawan lebih mempamerkan prestasi yang baik ketika kempen musim.[64] Pada 22 Mac 2021, Nesta telah dipecat.[65]

Reggiana

Pada 13 Jun 2023, Nesta telah dilantik sebagai pengurus Reggiana dengan kontrak selama setahun.[66]

Statistik kerjaya

Kelab

KelabMusimLigaPialaBenua[a]Lain[b]Jumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Lazio1993–9420000020
1994–951101000120
1995–962302030280
1996–972504040330
1997–9830091101492
1998–992012040261
1999–2000280209010400
2000–01290108010390
2001–022501060320
Jumlah1931221441202613
AC Milan2002–0329151140482
2003–04260416020381
2004–052903012010450
2005–0630120100421
2006–071400080220
2007–08291007031392
2008–0910000010
2009–102330070303
2010–112602070350
2011–12171107010261
Jumlah22471727807132610
Montreal Impact20128080
20132302010260
Jumlah310201000340
Chennaiyin20143030
Jumlah kerjaya451841312319162413

Antarabangsa

Pasukan kebangsaan Itali
TahunKmnclnGol
199620
199770
199870
199960
2000130
200150
2002100
200370
2004100
200550
200660
Jumlah780

Pengurus

Sehingga match played 20 Mac 2021[67]
PasukanDariHinggaRekod
PMSKJGGBPGMenang %
Miami FC31 Ogos 201517 November 2017&&&&&&&&&&&&&071.&&&&&071&&&&&&&&&&&&&035.&&&&&035&&&&&&&&&&&&&017.&&&&&017&&&&&&&&&&&&&019.&&&&&019&&&&&&&&&&&&0111.&&&&&0111&&&&&&&&&&&&&078.&&&&&078+33&&&&&&&&&&&&&049.30000049.30
Perugia14 Mei 201821 Mei 2019&&&&&&&&&&&&&040.&&&&&040&&&&&&&&&&&&&014.&&&&&014&&&&&&&&&&&&&&08.&&&&&08&&&&&&&&&&&&&018.&&&&&018&&&&&&&&&&&&&052.&&&&&052&&&&&&&&&&&&&061.&&&&&061−9&&&&&&&&&&&&&035.&&&&&035.00
Frosinone17 Jun 201922 Mac 2021&&&&&&&&&&&&&077.&&&&&077&&&&&&&&&&&&&028.&&&&&028&&&&&&&&&&&&&023.&&&&&023&&&&&&&&&&&&&026.&&&&&026&&&&&&&&&&&&&086.&&&&&086&&&&&&&&&&&&&084.&&&&&084+2&&&&&&&&&&&&&036.36000036.36
Jumlah&&&&&&&&&&&&0188.&&&&&0188&&&&&&&&&&&&&077.&&&&&077&&&&&&&&&&&&&048.&&&&&048&&&&&&&&&&&&&063.&&&&&063&&&&&&&&&&&&0249.&&&&&0249&&&&&&&&&&&&0223.&&&&&0223+26&&&&&&&&&&&&&040.96000040.96

Pencapaian

Pemain

Lazio
AC Milan
Montreal Impact
  • Kejuaraan Kanada: 2013
Itali B21
  • Kejohanan Eropah: 1996
Itali

Individu
  • Pemain Muda Terbaik Serie A: 1998[68]
  • Pertahanan Terbaik Serie A: 2000, 2001, 2002, 2003[69]
  • Pasukan Terbaik Serie A: 2010–11[70]
  • Pasukan Pilihan Kejohanan Eropah 2000: 2000[71]
  • Pasukan Terbaik UEFA: 2002, 2003, 2004, 2007[72]
  • Pasukan Terbaik ESM: 2000–01[73]
  • FIFPro World XI: 2005,[74] 2007[75]
  • FIFA 100[76]
  • Undian Jubli Emas UEFA: #47[77]
  • Dewan Kemahsyuran AC Milan[78]
  • Pasukan Impian Kejohanan Eropah bawah-21 Sepanjang Zaman: 2015[79]
  • UEFA Ultimate Team of the Year (diterbitkan pada 2015)[80]
  • Dewan Kemahsyuran Bola Sepak Itali: 2021[81]

Darjah

5th Class / Knight: Cavaliere Ordine al Merito della Repubblica Italiana: 2000[82]
4th Class / Officer: Ufficiale Ordine al Merito della Repubblica Italiana: 2006[83]
CONI: Darjah Sukan Kolar Emas: 2006[84]

Pengurus

Miami
  • North American Soccer League: Juara Musim Bunga/Luruh 2017

Catatan

Pautan luar