Alexis Saelemaekers

Alexis Jesse Saelemaekers (lahir 27 Jun 1999) merupakan pemain bola sepak profesional Belgium yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Serie A, Milan dan pasukan kebangsaan Belgium. Walaupun beliau sering beraksi di posisi pemain tengah, beliau juga mampu memainkan peranan sebagai pemain pertahanan.

Alexis Saelemaekers
Maklumat peribadi
Nama penuhAlexis Jesse Saelemaekers
Tarikh lahir (1999-06-27) 27 Jun 1999 (umur 24)
Tempat lahirBerchem-Sainte-Agathe, Belgium
Ketinggian1.80 m (5 ka 11 in)
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Milan
Nombor56
Kerjaya remaja
2012–2018Anderlecht
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2018–2020Anderlecht57(2)
2020Milan (pinjam)13(1)
2020–Milan32(2)
Pasukan kebangsaan
2017–2018Belgium B194(0)
2018–2020Belgium B2112(0)
2020–Belgium1(0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21:59, 23 Mei 021 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:41, 8 Oktober 2020 (UTC)

Kerjaya kelab

Pada Oktober 2017, Saelemaekers telah melanjutkan kontraknya bersama Anderlecht sehingga tahun 2019. Pada 16 Februari 2018, beliau melakukan penampilan sulung rasmi bersama Anderlecht ketika menentang Sint-Truiden selepas beliau menjadi pemain gantian pada minit ke-77 permainan.

Pada 8 Jun 2018, beliau telah memperbaharui kontraknya sehingga tahun 2022.

Pada 31 Januari 2020, Milan telah mengikat Saelemaekers secara pinjaman bersama pilihan untuk membawa masuk pemain itu secara tetap.[1] Milan dilaporkan bersetuju untuk menandatangani Saelamaekers melalui nilai perpindahan sebanyak 3.5 juta euro bersama bonus 1 juta euro jika beliau dibawa masuk secara tetap.[2] Beliau melakukan penampilan pertamanya selepas menjadi pemain gantian menggantikan Davide Calabria dalam aksi menentang Verona pada 2 Februari 2020.[3]

Pada 1 Julai 2020, Saelemaekers menandatangani kontrak baru bersama kelab sehingga 30 Jun 2024.[4] Pada 18 Julai, beliau menyumbat jaringan sulungnya untuk kelab ketika aksi menewaskan Bologna 5-1.[5]

Kerjaya antarabangsa

Saelemaekers melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan Belgium dalam aksi persahabatan menentang Ivory Coast pada 8 Oktober 2020 yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.[6]

Statistik kerjaya

Kelab

Sehingga 23 Mei 2021[7]
KelabMusimLigaPialaEropahLainJumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Anderlecht2017–181100000110
2018–19300103[a]0340
2019–2016230192
Jumlah5724030642
Milan2019–2013120151
2020–21322107[a]1403
Jumlah4533071554
Jumlah kerjaya1025701011196

Antarabangsa

Sehingga 8 Oktober 2020[8]
Pasukan kebangsaan Belgium
TahunKmnclnGol
202010
Jumlah10

Catatan

Pautan luar