Alfa

Alfa (huruf besar Α / huruf kecil α) ialah huruf pertama dalam abjad Yunani. Dalam sistem nombor Yunani, huruf ini mempunyai nilai 1. Ia diubah suai daripada abjad Phoenicia, aleph Aleph.

Kegunaan

Matematik dan Sains

Huruf alfa melambangkan pelbagai konsep dalam fizik dan kimia, termasuklah pereputan alfa, pecutan sudut, zarah alfa, karbon alfa dan kekuatan elektromagnetik. Ia juga digunakan dalam bidang matematik dalam algebra melambangkan kuantiti seperti sudut. Dalam matematik juga, abjad alfa digunakan untuk melambangkan luas bawah lengkung normal dalam statistik.