Alisson

Alisson Ramses Becker (lahir 2 Oktober 1992), atau lebih dikenali sebagai Alisson merupakan seorang pemain bola sepak professional dari Brazil yang bermain sebagai penjaga gol untuk pasukan Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan Pasukan bola sepak kebangsaan Brazil.[4] Beliau merupakan salah seorang penjaga gol terbaik di dunia dan telah memenangi anugerah Penjaga Gol Terbaik FIFA pada tahun 2019.

Alisson
Alisson bersama Brazil pada tahun 2018
Maklumat peribadi
Nama penuhAlisson Ramses Becker[1]
Tarikh lahir (1992-10-02) 2 Oktober 1992 (umur 31)[2]
Tempat lahirNovo Hamburgo, Brazil
Ketinggian1.93 m (6 ka 4 in)[3]
Posisi permainanPenjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Liverpool
Nombor1
Kerjaya remaja
2002–2012Internacional
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2013–2016Internacional44(0)
2016–2018Roma37(0)
2018–Liverpool179(1)
Pasukan kebangsaan
2009Brazil B173(0)
2013Brazil B215(0)
2015–Brazil61(0)
Pengalaman
Mewakili  Brazil
Pingat kebangsaan
Pingat emas – tempat pertamaCopa América 2019Brazil
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 24 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 9 Disember 2022

Alisson telah memulakan kariernya di Internacional, di mana beliau telah melakukan penampilan sebanyak lebih 100 kali penampilan dan berjaya memenangi kejohanan Campeonato Gaúcho dalam setiap empat musim di kelabnya. Pada tahun 2016, beliau telah melengkapkan perpindahannya ke AS Roma sebanyak 7.5 di mana beliau menjadi penjaga gol sandaran kepada Wojciech Szczęsny sebelum mendapat kesebelasan utama di kelabnya. Pada Julai 2018, Alisson menyertai Liverpool FC dengan harga perpindahannya sebanyak €62.5 juta (£56juta) yang membolehkan harganya semakin meningkat kepada €72 juta (£66.8 juta) dan pernah tersenarai sebagai penjaga gol termahal di dunia pada ketika itu.[5] Pada musim pertamanya bersama kelab, beliau berjaya menerima Sarung Tangan Emas Liga Perdana Inggeris kerana berjaya mendapatkan lembaran bersih (clean sheets) sebanyak 21 penampilan dalam liga dan mendapatkan lembaran bersih lainnya setelah Liverpool berjaya menjuarai Perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2019.[6][7]

Alisson telah menjadi kesebelesan utama dalam pasukan Brazil pada peringkat bawah umur sebelum berjaya melakukan penampilan pertamanya dalam peringkat senior pada tahun 2015 di mana beliau bermain untuk pasukan negaranya dalam Copa América Centenario pada tahun 2016, Piala Dunia FIFA 2018 dan berjaya menjuarai dalam kejohanan Copa América 2019 serta dinamakan sebagai penjaga gol paling terbaik di dunia.[8]

Karier kelab

Alisson bersama Internacional pada tahun 2015

Internacional

Dilahirkan di Novo Hamburgo, Rio Grande do Sul, Alisson menyertai kelab akademi Internacional pada tahun 2002 yang ketika itu beliau berumur 10 tahun.[9][10] Setelah berkembang dalam peringkat akademi, beliau telah memulakan penampilannya bersama pasukan bawah umur sebelum beliau mendapat keselebasan utama dalam peringkat senior menentang Cruzeiro-RS yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 di tempat lawan dalam kejohanan Campeonato Gaúcho.[11] Penampilan beliau seterusnya diikuti dalam kejohanan Série A pada 25 Ogos 2019 yang memulakan penampilannya dengan sekadar mendapat keputusan seri 3-3 di tempat sendiri menentang Goiás.[12] Beliau menjadi penjaga gol sandaran kepada abangnya, Muriel dan menjadi penjaga gol pilihan kedua bersama Agenor serta menamatkan musim pertamanya sebanyak enam penampilan. [10]

Pada tahun berikutnya, Alisson telah menjumpai kebolehan dirinya bahawa beliau disamakan dengan lagenda Brazil Dida yang telah menyertai Internacional dari Grêmio. Beliau mendapat tempat utama pada bulan Oktober dan menghabiskan musimnya dengan memperoleh penampilannya sebanyak 11 penampilan liga dalam karier bolanya. [13] Beliau adalah pemain permulaan yang tidak dapat dipersoalkan pada tahun berikutnya di mana beliau berjaha mengumpulkan 57 penampilan dalam semua pertandingan. Pada 4 Februari 2016, Alisson telah menandatangani sebuah perjanjian prakontrak di kelab Itali, AS Roma dan menyertai kelab tersebut dengan tempoh kontrak selama lima tahun yang berharga 7.5 juta.[14] Beliau tampil dengan aksi akhir penampilannya bersama Internacional pada 15 Mei 2016 dengan berjaya mengekalkan lembaran bersih (clean sheet) yang berakhir dengan keputusan seri 0-0 menentang Chapecoense di halaman sendiri.[15] Ketika empat tahun bersama Internacional peringkat senior, Alisson berjaya melakukan penampilan lebih 100 kali dan menjuarai kejohanan Campeonato Gaúcho dalam setiap musim.[10]

AS Roma

Alisson secara rasminya telah melakukan perpindahan ke kelab Serie A Itali, AS Roma pada bulan Julai 2016.[16]

Musim 2016-17

Beliau memulakan penampilan pertamanya untuk kelab pada 17 Ogos 2016 dengan keputusan seri 1-1 menentang FC Porto dalam perlawanan Liga Juara-Juara UEFA. Walau bagaimanapun, kebanyakan musimnya telah dihabiskan sebagai penjaga gol sandaran kepada penjaga gol asal Poland, Wojciech Szczęsny.[17] Beliau melengkapkan 15 penampilan daripada semua kejohanan dalam musim tersebut tetapi gagal untuk menampilkan dalam beberapa perlawanan liga. Setelah Szczęsny berpindah ke kelab barunya di Juventus, Alisson telah menjadi penjaga gol utama di kelabnya tetapi beliau dicadangkan untuk berpindah dari AS Roma ke kelab lain kerana kedudukannya yang tidak jelas untuk memberikan lebih masa sebagai penjaga gol utama.[18]

Musim 2017-18

Alisson akhirnya mendapat peluang sebagai penjaga gol utama dalam perlawanan pembukaan Serie A 2017-18 dengan mencapai keputusan menang 1-0 menentang Atalanta BC.[19] Beliau kemudiannya mendapat penampilan pertamanya dalam Derby della Capitale pada 18 November dengan memperoleh kemenangan 2-1 menentang seteru terdekat mereka, Lazio.[20] Beliau juga telah mendapat pujian kerana menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam kempen Liga Juara-Juara UEFA dan berperanan sebagai pemain kunci utama dalam kelabnya yang telah mencapai peringkatnya sehingga separuh akhir.[21][22] Kelab tersebut tidak pernah dibolosi meskipun sebiji gol di Stadio Olimpico dalam kempen Liga Juara-Juara sehingga perlawanan menentang Liverpool dalam peringkat separuh akhir pada 2 Mei 2018 di mana mereka menang 4-2 pada malam tersebut tetapi kalah dengan keputusan agregat 7-2.[23] Alisson juga menerima pujian atas prestasinya yang bagus sepanjang musim 2017-18 di AS Roma.[24] Beliau mengekalkan sebanyak 22 lembaran bersih (clean sheet) sepanjang musim 2017-18, iaitu sebanyak 17 lembaran bersih dalam Serie A dan 5 lembaran bersih dalam Liga Juara-Juara UEFA.[25][26]

Liverpool

Pada 19 Julai 2018, Liverpool secara rasminya telah mendapatkan Alisson dengan harga sebanyak £66.8 juta (€72.5 juta) yang membuatkan beliau sebagai penjaga gol paling mahal untuk sepanjang masa mengatasi Ederson Moraes yang tercatat sebagai paling termahal dalam pound sterling dan Gianluigi Buffon yang tercatat sebagai paling termahal dalam Euro.[4][27][28][29] Walau bagaimanapun, harga tersebut akhirnya dipecahkan dalam jangka masa empat minggu apabila Chelsea mendapatkan Kepa Arrizabalaga yang dilaporkan berjumlah £71.6 juta (€80 juta) dari Athletic Bilbao.[30][31][32] Pada 10 Ogos, Liverpool mengesahkan melalui laman web rasmi mereka bahawa beliau memakai jersi yang bernombor 13 sepanjang musim 2018-19.[33][34][35]

Musim 2018-19

Alisson memulakan penampilan pertamanya bersama Liverpool pada 12 Ogos dan berjaya mengekalkan lembaran bersih (clean sheet) menentang West Ham United yang berakhir dengan kemenangan 4-0.[36] Beliau menerima banyak pujian atas prestasi yang memberangsangkan dengan kemenangan ke atas Crystal Palace dan Brighton yang melihatkan beliau kekal dengan tiga lembaran bersih secara berturut-turut.[37][38] Pada Ogos 2018, Alisson telah disenaraikan untuk menerima anugerah Penjaga Gol Terbaik pada Musim Lepas,[39] yang hanya sekadar mendapat tempat kedua sahaja.[40] Pada 1 September, dalam kemenangan 2-1 ke atas Leicester City, beliau menerima beberapa pujian dan kritikan atas prestasinya yang membuat penyelamatan yang dianggap penting tetapi juga memberikan gol mudah kepada pihak lawan.[41][42] Walau bagaimanapun, penglibatan Alisson dalam permainan telah menyebabkan Liverpool mendapat 20 aksi permainan mereka tanpa kalah dalam liga sejak permulaan musim lagi sekali gus dapat memecahkan rekod tanpa kalah paling lama yang dibuat oleh pemain asal Argentina, Javier Mascherano.[43] Alisson juga berpernan penting dalam kelabnya yang mengharungi kempen dalam kumpulan Liga Juara-Juara UEFA dalam membuat penyelamatan lewat yang penting dalam perlawanan akhir dalam kumpulan menentang Napoli yang berkesudahan menang 1-0 sekali gus melayakkan kelabnya ke pusingan kalah mati.[44]

On 4 March 2019, he kept his 17th Premier League clean sheet for the season; the most by any Premier League goalkeeper in his debut season since former Liverpool goalkeeper, Pepe Reina in 2006.[45] At the end of the season, Alisson kept a total of 21 clean sheets in Premier League, and won the Golden Glove.[46] In the Champions League knockout stages, meanwhile, Alisson played a starring role as Liverpool advanced to their second consecutive final in the competition; in their second-leg semi-final at home to Barcelona, he made a number of impressive saves as Liverpool overturned a 3–0 first leg deficit to advance past their opponents with a 4–0 home win.[47] In the final on 1 June 2019, Alisson kept a clean sheet for Liverpool as they defeated Tottenham Hotspur 2–0, making eight saves in the process, to win his first trophy with the club.[7]

Musim 2019–20

Alisson bersama Liverpool pada tahun 2019.

Setelah menghabiskan musim pertamanya dengan menyarung jersi nombor 13, Liverpool mengumumkan bahawa Alisson akan menyarung jersi nombor 1 untuk musim 2019-20, yang sebelumnya digunakan oleh Loris Karius.

Pada 4 Ogos 2019, Alisson bermain dalam perlawanan Piala Perisai Komuniti FA 2019 menentang Manchester City; setelah seri 1-1, Manchester City akhirnya memenangi gelaran 5-4 menerusi penalti. Dalam pertandingan pembukaan kempen Liga Perdana Inggeris musim 2019-2020 menentang Norwich, Alisson mengalami kecederaan betis pada babak pertama dan digantikan oleh penjaga gol baru, Adrián selepas minit ke-38. Kecederaan yang beliau alami dijangka akan mengambil masa selama "beberapa minggu" untuk pemulihan. Akibatnya, Alisson diketepikan dari perlawanan Piala Super UEFA 2019 yang dimenangi oleh Liverpool 5-4 menerusi penalti pada 14 Ogos, setelah seri 2-2 dengan Chelsea setelah masa tambahan. Pada 1 Oktober 2019, Alisson dikatakan hampir kembali bersama pasukan utama Liverpool.

Beliau secara rasmi kembali ke skuad pertandingan pada 20 Oktober ketika seri 1-1 menentang Manchester United. Pada 30 November 2019, Alisson dibuang padang kerana mengendalikan bola di luar kawasan kotak penalti ketika pasukannya menang 2-1 ke atas Brighton. Pada 21 Disember, Alisson mengekalkan lembaran bersih menentang Flamengo dalam perlawanan akhir Piala Dunia Kelab FIFA 2019 dengan Liverpool memenangi trofi buat pertama kalinya. Pada 19 Januari 2020, Alisson menghasilkan bantuan gol kepada Mohamed Salah dalam kemenangan 2-0 menentang Manchester United di Stadium Anfield. Pada 6 Mac 2020, Alisson sekali lagi mengalami cedera yang bermaksud beliau terlepas kemenangan Liga pada hari berikutnya menentang Bournemouth, dan kekalahan peringkat pusingan 16 kejohanan Liga Juara-Juara UEFA ke atas Atletico Madrid sebelum musim ditangguhkan kerana wabak COVID-19 di United Kingdom.

Kerjaya antarabangsa

Alisson bersama Brazil dalam kejohanan Piala Dunia FIFA 2018.

2015–17: Terobosan pasukan senior

Selepas mewakili Brazil di peringkat bawah-17 dan bawah-20, Alisson dipanggil ke skuad utama oleh pengurus Dunga untuk dua perlawanan pertama kempen kelayakan Piala Dunia FIFA 2018 menentang Chile dan Venezuela.[48] Beliau membuat debutnya menentang Venezuela pada 13 Oktober, memulakan perlawanan dengan kemenangan 3–1 di Castelão.[49]

Pada 5 Mei 2016, Alisson dipilih dalam skuad 23 pemain Brazil untuk Copa América Centenario.[50] Dalam perlawanan pertama pasukan, seri tanpa gol menentang Ecuador, beliau tersilap menangkap tembakan Miller Bolaños ke dalam golnya sendiri yang dibatalkan kerana bola telah keluar dari permainan sebelum itu.[51] Beliau memberikan gol sebanyak dua dalam tiga perlawanan ketika Brazil tersingkir di peringkat kumpulan.

2018–19: Piala Dunia FIFA 2018 dan Copa América 2019

Pada Mei 2018, Alisson dipilih dalam skuad akhir 23 orang untuk Piala Dunia 2018 di Russia.[52] Beliau berada dalam setiap perlawanan apabila Brazil berjaya ke peringkat separuh akhir sebelum disingkirkan oleh Belgium.[53]

Pada Mei 2019, dia dimasukkan oleh pengurus Tite dalam skuad 23 orang Brazil untuk 2019 Copa América di tanah sendiri.[54] Sepanjang kejohanan, dia hanya melepaskan satu gol dalam enam perlawanan, ketika Brazil meneruskan kejayaan menjuarai piala tersebut. Perlawanan tunggal di mana Alisson gagal mengekalkan lembaran bersih adalah kemenangan akhir 3–1 menentang Peru pada 7 Julai, di Maracanã Stadium, di mana dia dibezakan oleh sepakan penalti Paolo Guerrero.[55] Selepas kejohanan, Alisson diberi anugerah Anugerah Penjaga Gol Terbaik untuk persembahannya.[56]

2021: Copa América 2021

Pada 13 Jun 2021, beliau memulakan perlawanan pembukaan Brazil di 2021 Copa América di tanah air, menjaga lembaran bersih dalam kemenangan 3–0 menentang Venezuela.[57] Beliau adalah pemain simpanan tidak digunakan dalam kekalahan 1–0 negaranya kepada Argentina dalam akhir pada 10 Julai, dengan Ederson memulakan perlawanan sebagai gantinya.[58]

2021–22: Sukan Olimpik Musim Panas 2020 dan Piala Dunia FIFA 2022

Pada 15 Jun 2021, dia dimasukkan dalam senarai awal 50 orang Brazil untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2020, walaupun beliau tidak termasuk dalam senarai akhir.[59]

Pada 7 November 2022, Alisson dipilih dalam skuad untuk Piala Dunia 2022 di Qatar.[60] Brazil dikalahkan oleh Croatia dalam peringkat separuh akhir.

Kehidupan peribadi

Alisson mempunyai abang bernama Muriel yang juga bermain dalam posisi penjaga gol dan dibangunkan di kelab Internacional. Keluarga Alisson berketurunan Jerman dengan ayah dan neneknya berbicara bahasa Jerman dengan lancar dan ketika di Roma, beliau dijuluki "Orang Jerman." Selain bahasa Portugis asalnya, Alisson juga boleh berbahasa Inggeris. Pada bulan Mei 2019, beliau dilantik sebagai duta muhibah oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Pada tahun 2015, Alisson berkahwin dengan Natalia Loewe, seorang doktor dari Brazil. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Helena, lahir pada bulan April 2017 dan seorang anak lelaki, Matteo, yang dilahirkan pada 14 Jun 2019.

Statistik kerjaya

Kelab

Sehingga perlawanan yang dimainkan pada 26 Julai 2020[61]
KelabMusimLigaLiga Negeri[a]PialaPiala LigaBenuaLain[b]Jumlah
DivisyenKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmclnGolKmnclnGol
Internacional2013Série A60102[c]090
2014Série A1103000140280
2015Série A2601504[c]012[d]0570
2016Série A101700030210
Jumlah440360601201701150
Roma2016–17Serie A004[e]011[f]0150
2017–18Serie A3700012[g]0490
Jumlah37040230640
Liverpool2018–19Liga Perdana Inggeris380000013[g]0510
2019–20Liga Perdana Inggeris29000005[g]03[h]0370
Jumlah670000018030880
Jumlah Kerjaya1480360100005302102670

Antarabangsa

Sehingga perlawanan yang dimainkan pada 19 November 2019[62]
Pasukan kebangsaanTahunKmnclnGol
Brazil201530
2016120
201770
2018120
2019100
Jumlah440

Penghormatan dan anugerah

Alisson bersama anugerah sarung emas dari Copa América 2019.

Internacional

  • Campeonato Gaúcho: 2013, 2014, 2015, 2016[10]

Liverpool

Brazil B23

  • Pertandingan Toulon: 2013[10]

Brazil

Individu

Rujukan

Pautan luar