Copa América

Piala Amerika atau Copa América merupakan kejohanan utama bolasepak yang diikuti oleh negara-negara CONMEBOL iaitu Brazil, Argentina, Uruguay, Paraguay, Chile, Peru, Ecuador, Bolivia, Colombia dan Venezuela. Kejohanan ini umumnya diadakan setiap dua tahun sekali.

Copa América
Ditubuhkan1916 (Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan)
1975 (Copa América)
KawasanAmerika Selatan (CONMEBOL)
Jumlah pasukan12
Juara semasa Argentina (Gelaran Ke-15)
Pasukan paling berjaya Argentina
 Uruguay
(Masing-masing 15 Gelaran)
Laman sesawangCopa América
Copa América 2021

Format terkini kejohanan ini melibatkan 12 pasukan negara bertanding di dalam sesebuah negara tuan rumah yang dipilih mengikut abjad. Disebabkan CONMEBOL hanya mempunyai 10 buah negara di bawah naungannya, dua buah pasukan daripada naungan lain akan dijemput untuk memenuhkan kriteria 12 buah pasukan. Mexico (negara naungan CONCACAF) adalah pasukan jemputan pertama yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini pada tahun 1993 dan telah menyertai kejohanan ini untuk setiap edisi (sehingga sekarang), dengan satu lagi pasukan tambahan yang diambil dari konfederasi yang sama, kecuali untuk 1999, Jepun, (negara dari konfederasi AFC) telah mengisi jadual 12 pasukan. Argentina merupakan negara pertama yang menganjur kejohanan ini (pada tahun 1916) dan juga penganjur terbanyak iaitu 9 kali.

Sejak edisi pertama, hanya 8 pasukan sahaja yang pernah menjuarainya, manakala Ecuador dan Venezuela tidak pernah menjadi juara. Pasukan Uruguay merupakan pasukan yang paling banyak memenangi kejohanan ini dengan 15 kali manakala juara bertahan, Chile, menjuarainya sebanyak 2 kali.

Sejarah

Perlawanan pertama yang membabitkan pasukan rasmi di Amerika Selatan telah diadakan di Argentina pada tahun 1867 oleh beberapa orang pekerja buruh Britain. Pada awal abad ke-20, sukan bola sepak di Amerika Selatan menjadi sangat popular dan kejohanan pertama yang diadakan khusus untuk pasukan kebangsaan di Amerika Selatan diadakan pada tahun 1910, pada ketika itu Argentina mengadakan kejohanan ini bagi memperingati peristiwa Revolusi Mei. Dalam kejohanan ini, pasukan Chile dan Uruguay, namun begitu kejohanan ini tidak diiktiraf rasmi oleh CONMEBOL.

Pada tahun 1916, Argentina sekali lagi mengadakan kejohanan ini bagi menyambut ulangtahun ke-100 kemerdekaan mereka. Kejohanan kali ini disertai oleh pasukan Chile, Uruguay dan Brazil. Kejohanan pada tahun 1916 ini merupakan edisi pertama Copa América, di mana pasukan Uruguay merupakan johan pertama setelah seri dengan pasukan Argentina.

Pasukan Uruguay yang memenangi 2 kejohanan, yang pertama di Buenos Aires pada tahun 1916 dan yang kedua pada tahun 1917, di Montevideo.

Pada tahun berikutnya, kejohanan ini diadakan di Uruguay, di mana pasukan Uruguay menewaskan pasukan Argentina dengan jaringan 1-0 untuk kejuaraaan kedua mereka. Pada tahun 1918, kejohanan ini tidak diadakan berikutan wabak flu yang merebak pada ketika itu. Namun begitu, pada tahun 1919, kejohanan ini diadakan kembali, bertempat di Brazil, pasukan Brazil berjaya menjadi johan untuk pertama kali dengan menewaskan pasukan Uruguay.

Pasukan Paraguay pertama kali menyertai kejohanan ini pada tahun 1921 selepas menyertai konfederasi CONMEBOL. Pada tahun itu, pasukan Argentina menang kejohanan buat pertama kali. Tahun-tahun berikutnya menyaksikan pasukan Uruguay mendominasi kejohanan ini. Namun begitu, kejohanan pada tahun 1929 menyaksikan pasukan Argentina sekali lagi memenangi kejohanan ini dengan menewaskan pasukan Uruguay. Pasukan Bolivia dan Peru masing-masing menyertai kejohanan ini buat pertama kali pada tahun 1926 dan 1927.


Format dan peraturan

Kejohanan ini pada awalnya dinamakan sebagai Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan dan nama ini digunakan semenjak tahun 1975. Di antara tahun 1975 dan 1983, kejohanan ini tidak diadakan di sebuah negara sebagai tuan rumah sebaliknya kesemua perlawanan diadakan di tempat sendiri dan tempat lawan.

Format kejohanan pada masa kini menyaksikan 12 buah pasukan kebangsaan bertanding dalam masa sebulan bertempat di negara yang dipilih oleh CONMEBOL. Ia mempunyai dua peringkat; peringkat kumpulan dan peringkat kalah mati. Dalam peringkat kumpulan, 12 buah pasukan akan dipecahkan kepada 3 kumpulan yang setiap satunya mengandungi 4 buah pasukan. 2 buah pasukan dan pasukan tuan rumah akan dibahagikan di dalam balang mengikut formula berdasarkan Kedudukan Dunia FIFA. Manakala pasukan-pasukan yang lain akan diletakkan di dalam balang yang sudah mengandungi pasukan tadi juga mengikut formula yang sama. Pasukan-pasukan di dalam balang ini akan dipilih secara rawak untuk mengisi slot 3 kumpulan[1].

Setiap pasukan di dalam kumpulan masing-masing akan melawan menggunakan format pusingan robin (bahasa Inggeris: Round-robin), di mana setiap pasukan akan bermain sebanyak 3 perlawanan menentang pasukan lain. Juara dan naib juara setiap kumpulan serta 2 buah pasukan di tangga ketiga terbaik akan mara ke peringkat kalah mati. Sistem mata digunakan untuk menentukan kedudukan pasukan di dalam kumpulan. Bermula tahun 1995, pasukan yang menang akan mendapat 3 mata, seri akan mendapat 1 mata manakala tiada mata bagi pasukan yang kalah, tidak seperti kejohanan pada tahun sebelum 1995, pasukan yang menang mendapat 2 mata.

Kedudukan setiap pasukan di dalam kumpulan akan ditentukan dengan menggunakan kriteria seperti berikut[1]:

  1. Jumlah mata terbanyak yang dikumpulkan sepanjang perlawanan peringkat kumpulan
  2. Perbezaan gol (Gol dijaringkan - gol bolos)
  3. Jumlah gol yang dijaringkan sepanjang perlawanan peringkat kumpulan

Jika terdapat 2 atau lebih pasukan yang mempunyai kriteria yang sama seperti yang dinyatakan di atas, kedudukan mereka akan ditentukan seperti berikut[1]:

  1. Jumlah mata terbanyak yang dikumpulkan oleh pasukan-pasukan yang terlibat.
  2. Perbezaan gol dalam perlawanan di antara pasukan-pasukan yang terlibat.
  3. Jumlah jaringan gol terbanyak dalam perlawanan peringkat kumpulan.
  4. Undian secara rawak oleh Jawatankuasa Penganjuran Kejohanan CONMEBOL

Lapan pasukan yang layak akan memasuki peringkat kalah mati di mana setiap pasukan akan menentang pasukan lain sebanyak sekali. Pemenang setiap perlawanan akan ditentukan menerusi jaringan gol, dan sepakan penalti akan diadakan jika perlawanan masih berkedudukan seri setelah tamat masa tambahan 120 minit. Peringkat kalah mati akan bermula dengan perlawanan suku akhir kemudiannya separuh akhir, perlawanan penentuan tempat ketiga (di antara pasukan yang kalah dalam peringkat separuh akhir), dan akhir sekali perlawanan akhir. Pasukan yang menang di perlawanan akhir akan menjuarai kejohanan ini.

Keputusan

Era Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan

TahunTuan RumahKedudukan Akhir
JuaraNaib JuaraTempat KetigaTempat Keempat
1916
 Argentina
Uruguay

Argentina

Brazil

Chile
1917  Uruguay
Uruguay

Argentina

Brazil

Chile
1919 Brazil
Brazil

Uruguay

Argentina

Chile
1920 Chile
Uruguay

Argentina

Brazil

Chile
1921  Argentina
Argentina

Brazil

Uruguay

Paraguay
1922 Brazil
Brazil

Paraguay

Uruguay

Argentina
1923  Uruguay
Uruguay

Argentina

Paraguay

Brazil
1924  Uruguay
Uruguay

Argentina

Paraguay

Chile
1925
 Argentina
Argentina

Brazil

Paraguay
N/A
1926 Chile
Uruguay

Argentina

Chile

Paraguay
1927  Peru
Argentina

Uruguay

Peru

Bolivia
1929  Argentina
Argentina

Paraguay

Uruguay

Peru
1935  Peru
Uruguay

Argentina

Peru

Chile
1937  Argentina
Argentina

Brazil

Uruguay

Paraguay
1939  Peru
Peru

Uruguay

Paraguay

Chile
1941 Chile
Argentina

Uruguay

Chile

Peru
1942  Uruguay
Uruguay

Argentina

Brazil

Paraguay
1945 Chile
Argentina

Brazil

Chile

Uruguay
1946  Argentina
Argentina

Brazil

Paraguay

Uruguay
1947  Ecuador
Argentina

Paraguay

Uruguay

Chile
1949 Brazil
Brazil

Paraguay

Peru

Bolivia
1953  Peru
Paraguay

Brazil

Uruguay

Chile
1955 Chile
Argentina

Chile

Peru

Uruguay
1956  Uruguay
Uruguay

Chile

Argentina

Brazil
1957  Peru
Argentina

Brazil

Uruguay

Peru
1959  Argentina
Argentina

Brazil

Paraguay

Peru
1959  Ecuador
Uruguay

Argentina

Brazil

Ecuador
1963  Bolivia
Bolivia

Paraguay

Argentina

Brazil
1967  Uruguay
Uruguay

Argentina

Chile

Paraguay

Era Copa América

TahunTuan RumahPerlawanan AkhirPenentuan Tempat Ketiga
JuaraJaringanNaib JuaraTempat KetigaJaringanTempat Keempat
1975Tiada tuan rumah
Peru
0 – 1 / 2 – 0
(Timbal balik)
1 – 0

Colombia
 Brazil
 Uruguay
N/A
1979Tiada tuan rumah
Paraguay
3 – 0 / 0 – 1
(Timbal balik)
0 – 0
(Masa tambahan)

Chile
 Brazil
 Peru
N/A
1983Tiada tuan rumah
Uruguay
2 – 0 / 1 – 1
Brazil
 Paraguay
 Peru
N/A
1987  Argentina
Uruguay
1 – 0
Chile

Colombia
2 – 1
Argentina
1989  Brazil
Brazil

Uruguay

Argentina

Paraguay
1991  Chile
Argentina

Brazil

Chile

Colombia
1993  Ecuador
Argentina
2 – 1
Mexico

Colombia
1 – 0
Ecuador
1995  Uruguay
Uruguay
1 – 1
(5–3)
(Penalti)

Brazil

Colombia
4 – 1
Amerika Syarikat
1997  Bolivia
Brazil
3 – 1
Bolivia

Mexico
1 – 0
Peru
1999  Paraguay
Brazil
3 – 0
Uruguay

Mexico
2 – 1
Chile
2001  Colombia
Colombia
1 – 0
Mexico

Honduras
2 – 2
(5–4)
(Penalti)

Uruguay
2004  Peru
Brazil
2 – 2
(4–2)
(Penalti)

Argentina

Uruguay
2 – 1
Colombia
2007  Venezuela
Brazil
3 – 0
Argentina

Mexico
3 – 1
Uruguay
2011  Argentina
Uruguay
3 – 0
Paraguay

Peru
4 – 1
Venezuela
2015  Chile[2]:
Chile
0 – 0
(4–1)
(Penalti)

Argentina

Peru
2 – 0
Paraguay
2016  Amerika Syarikat
Chile
0 – 0
(4–2)
(Penalti)

Argentina

Colombia
1 – 0
Amerika Syarikat
2019  Brazil[2]
Brazil
3 – 1
Peru

Argentina
2 – 1
Chile
2021  Brazil
Argentina
1–0
Brazil

Colombia
3–2
Peru
2024  Amerika Syarikat
  • Petunjuk
    • Pasukan jemputan dalam perkataan condong

Pasukan negara yang berjaya

PasukanJuaraNaib JuaraTempat KetigaTempat Keempat
 Argentina15 (1921*, 1925*, 1927, 1929*, 1937*, 1941, 1945, 1946*, 1947, 1955, 1957, 1959 (Argentina)*, 1991, 1993, 2021)14 (1916*, 1917, 1920, 1923, 1924, 1926, 1935, 1942, 1959 (Ecuador), 1967, 2004, 2007, 2015, 2016)5 (1919, 1956, 1963, 1989, 2019)2 (1922, 1987*)
 Uruguay15 (1916, 1917*, 1920, 1923*, 1924*, 1926, 1935, 1942*, 1956*, 1959 (Ecuador) , 1967*, 1983, 1987, 1995*, 2011)6 (1919, 1927, 1939, 1941, 1989, 1999)9 (1921, 1922, 1929, 1937, 1947, 1953, 1957, 1975, 2004)5 (1945, 1946, 1955, 2001, 2007)
 Brazil9 (1919*, 1922*, 1949*, 1989*, 1997, 1999, 2004, 2007, 2019)12 (1921, 1925, 1937, 1945, 1946, 1953, 1957, 1959 (Argentina), 1983, 1991, 1995, 2021)7 (1916, 1917, 1920, 1942, 1959 (Ecuador), 1975, 1979)3 (1923, 1956, 1963)
 Paraguay2 (1953, 1979)6 (1922, 1929, 1947, 1949, 1963, 2011)7 (1923, 1924, 1925, 1939, 1946, 1959 (Argentina), 1983)7 (1921, 1926, 1937, 1942, 1967, 1989, 2015)
 Chile2 (2015*, 2016)4 (1955*, 1956, 1979, 1987)5 (1926*, 1941*, 1945*, 1967, 1991*)11 (1916, 1917, 1919, 1920*, 1924, 1935, 1939, 1947, 1953, 1999, 2019)
 Peru2 (1939*, 1975)1 (2019)8 (1927*, 1935*, 1949, 1955, 1979, 1983, 2011, 2015)6 (1929, 1941, 1957*, 1959 (Argentina), 1997, 2021)
 Colombia1 (2001*)1 (1975)5 (1987, 1993, 1995, 2016, 2021)2 (1991, 2004)
 Bolivia1 (1963*)1 (1997*)2 (1927, 1949)
 Mexico^2 (1993, 2001)3 (1997, 1999, 2007)
 Honduras^1 (2001)
 Ecuador2 (1959 (Ecuador)*, 1993*)
 Amerika Syarikat^2 (1995, 2016)
 Venezuela1 (2011)
*=tuan rumah
^=undangan
  • Terdapat hanya 2 edisi di mana sama ada Brazil mahupun Uruguay telah selesai dalam empat teratas (1993, 2015).
  • Terdapat hanya 3 edisi di mana sama ada Argentina atau Brazil telah selesai dalam empat teratas (1939, 2001, 2011).
  • Terdapat hanya 3 edisi di mana sama ada Argentina mahupun Uruguay selesai dalam empat teratas (1949, 1979, 1997).
  • Tidak pernah ada satu edisi pun dimana ketiga-tiga negara Uruguay, Argentina, dan Brazil berjaya ke empat teratas.
  • Semua kejohanan Copa América diadakan di Brazil dan Uruguay telah dimenangi oleh negara tuan rumah, manakala Argentina telah memenangi 6 Kejohanan Amerika Selatan sebagai tuan rumah dan Uruguay telah memenangi 3 daripada 15 Copa América mereka di Argentina (1916, 1987, 2011).[[:]]

Penampilan

PenampilanNegara
44  Uruguay
42  Argentina
40  Chile
38  Paraguay
37  Brazil
32  Peru
29  Ecuador
28  Bolivia
23  Colombia
19  Venezuela
10  Mexico
5  Costa Rica
4  Amerika Syarikat
2  Jepun
2  Jamaica
1  Honduras
1  Panama
1  Haiti
1  Qatar

Statistik

Dari Edisi pertama (Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1916) hingga termasuk Copa América 2019.

KedPasukanJuaraEdisiMtBPMSKJGGBPGPur/GP
1  Argentina14424192001264133472181+2912.09
2  Uruguay15443742051123855410221+1891.82
3  Brazil9373591891073844429203+2261.89
4  Paraguay237235177644370264303–391.32
5  Chile240234188673388291316–251.24
6  Peru233213159583962228251–231.34
7  Colombia123168122482450138188–501.38
8  Bolivia12886119202673107298–1910.72
9  Ecuador02973126162684134327–1930.57
10  Mexico01070481913166662+41.46
11  Venezuela01941798174549177–1280.51
12  Costa Rica0518175391731–141.06
13  Amerika Syarikat04171852111829–110.94
14  Honduras0110631275+21.67
15  Panama0133102410–61.00
16  Jepun0236033615–90.50
17  Qatar011301225–30.33
18  Jamaica020600609–90.00
19  Haiti0103003112–110.00

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar