Crystal Palace F.C.

Crystal Palace Football Club ialah sebuah kelab bola sepak profesional England yang berpangkalan di Norwood Selatan, London. Mereka sekarang ini bermain dalam peringkat tertinggi bola sepak Inggeris iaitu Liga Perdana Inggeris. Kelab ini ditubuhkan pada tahun 1905 di tapak bangunan pertunjukan Crystal Palace oleh pemilik stadium perlawanan akhir Piala FA, yang mahukan pasukan mereka sendiri bermain di venua bersejarah itu.

Crystal Palace
Nama penuhCrystal Palace Football Club
GelaranEagles
Nama pendekCPFC
Diasaskan10 September 1905; 118 tahun yang lalu (1905-09-10)
StadiumSelhurst Park
(Kapasiti: 26,255[1])
PemilikJeremy Hosking (25%)
Martin Long (25%)
Steve Parish (25%)
Stephen Browett (25%)
Pengerusi bersamaSteve Parish
Joshua Harris
David S. Blitzer
PengurusRoy Hodgson
LigaLiga Perdana Inggeris
2018–19Liga Perdana, ke-12
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga
Musim semasa

Palace menjadi ahli pengasas Liga Perdana pada tahun 1992 tetapi tersingkir daripada liga pada musim yang sama walaupun mengumpul 49 mata. Kelab itu kemudiannya meraih promosi kembali ke Liga Perdana tiga kali pada tahun 1994, 1997 dan 2004 tetapi setiap kali tersingkir daripada liga pada akhir musim berikutnya. Kelab itu kembali ke Liga Perdana selepas kemenangan 1–0 ke atas Watford dalam play-off Football League pada bulan Mei 2013 dan sejak itu berjaya mengekalkan tempat mereka di liga utama.

Crystal Palace pada awalnya bermain perlawanan mereka di The Crystal Palace, tetapi Perang Dunia Pertama memaksa mereka untuk berpindah dan mereka beraksi beberapa musim di Herne Hill Velodrome dan The Nest. Sejak tahun 1924, Palace bermain perlawanan mereka di Selhurst Park. Warna tuan rumah mereka adalah jalur merah dan biru.

Sejarah

Seawal tahun 1861, ia dipercayai bahawa pekerja di bangunan pertunjukan terkenal itu membentuk pasukan awal Crystal Palace sebagai sebuah kelab amatur. Mereka menjadi ahli pengasas Football Association dan beraksi dalam Piala FA pertama dan layak ke separuh akhir sebelum disingkirkan Royal Engineers. Pasukan itu hilang daripada rekod sejarah selepas kekalahan 3–0 kepada Wanderers dalam pusingan kedua Piala FA 1875–76,walaupun rekod pada tahun 1883 menunjukkan pasukan yang dikenali sebagai Crystal Palace Rovers,[2] yang dianggap diangotai beberapa pemain yang muncul dalam perlawanan-perlawanan Piala FA dahulu.Hubungan antara Crystal Palace dan Piala FA bersambung pada tahun 1895, apabila FA menetapkan tempat baru untuk perlawanan akhir di The Crystal Palace.

Kelab bola sepak baru itu, asalnya digelar sebagai "The Glaziers" ditubuhkan pada 10 September 1905 dibawah bimbingan penolong setiausaha Aston Villa, Edmund Goodman.[3] Kelab itu memohon untuk memasuki Football League tetapi gagal. Kelab itu sebaliknya memasuki Divisyen Kedua Southern League untuk musim 1905–06. Kelab itu mencapai kejayaan dalam musim sulung mereka dan naik ke Divisyen Pertama selepas dinobatkan sebagai juara.[3] Dalam musim pertama mereka, Crystal Palace juga bermain dalam mid-week United Counties League berada di tempat kedua di belakang Watford dan ia adalah dalam pertandingan ini dimana mereka bermain perlawanan pertama mereka iaitu ketika kemenangan 3–0 ke atas New Brompton.[3][4]

Palace kekal di dalam Southern League sehingga tahun 1914. Selepas Perang Dunia I meletus, kelab itu terpaksa berpindah ke stadium West Norwood F.C., Herne Hill.[3] Tiga tahun kemudian, kelab itu berpindah ke The Nest selepas Croydon Common F.C. dibubarkan. Kelab itu menyertai Divisyen ketiga Football League pada musim 1920–21, berjaya muncul juara dan meraih promosi ke Divisyen Kedua. Semasa tempoh ini, Palace juga memenangi Piala Cabaran London tiga kali pada tahun 1913, 1914 dan 1921. Palace berpindah ke Selhurst Park pada tahun 1924 dan bermain di situ sehingga ke hari ini.[3][5]

Perlawanan pembukaan di Selhurst Park adalah menentang Sheffield Wednesday, Palace kalah 0–1 dihadapan 25,000 penonton. Menduduki tempat ke-21 musim itu, kelab itu disingkirkan ke Divisyen Ketiga Selatan. Sebelum Perang Dunia Kedua, Palace melakukan usaha yang baik untuk mendapat promosi, tidak pernah menduduki diluar bahagian teratas liga dan menduduki tempat kedua tiga kali. Mereka kurang berjaya selepas perang dengan kedudukan tertinggi mereka adalah di tempat ketujuh, dan sebaliknya dalam tiga masa kelab itu terpaksa memohon untuk dilantik semula. Kelab itu kekal dalam Divisyen Tiga Selatan sehingga musim 1957–58. Penyusunan semula liga akan menyaksikan kelab di separuh bahagian bawah liga bergabung dengan separuh bahagian bawah Divisyen Tiga Utara untuk membentuk Divisyen Keempat. Palace menduduki tempat ke-14 . Dengan Arthur Rowe dilantik sebagai pengurus, musim 1960–61 menyaksikan Palace mendapat promis. Palace juga mencapai keunggulan pada tahun 1962 apabila mereka bermain menentang Real Madrid dalam perlawanan persahabatan. Ini merupakan kali pertama kelab gergasi Sepanyol itu bermain di London. Walaupun Rowe meletak jawatan kerana masalah kesihatan menjelang akhir tahun 1962, promosi itu membuktikan titik perubahan dalam sejarah kelab itu. Dick Graham dan kemudiannya Bert Head membimbing kelab itu untuk promosi berturut-turut pada musim 1963–64 dan 1968–69 membawa kelab itu ke Divisyen Kedua dan Divisyen Utama.[6]

Palace kekal dalam liga utama dari tahun 1969 sehingga 1973 tetapi kemudiannya mengalami kekecewaan besar. Di bawah pengurusan Malcolm Allison, kelab itu disingkiran untuk musim berturut-turut dan kembali ke Divisyen Tiga pada musim 1974–75. Ia adalah ketika di bawah Allison kelab itu mendapat gelaran "The Eagles" dan kemudiannya layak ke separuh akhir Piala FA 1975-76 mengalahkan Leeds dan Chelsea. Allison dipecat pada akhir musim 1975–76, dan dibawah pengurusan Terry Venables, Palace mendapat promosi pada musim 1976–77 dan sekali lagi pada musim 1978–79 yang kemudiannya sebagai juara Divisyen Dua. Pasukan dari tahun 1979 itu telah digelar "Pasukan daripada Eighties". Mereka disingkirkan daripada Divisyen Pertama pada musim 1980–81. Steve Coppell tiba sebagai pengurus pada 4 Jun 1984 dan dibawah bimbingannya mereka meraih promosi melalui play-off kembali ke Divisyen Pertam pada musim 1988–89. Kelab itu layak ke perlawanan akhir Piala FA 1990, seri 3–3 dengan Manchester United dalam perlawanan pertama tetapi tewas dalam perlawanan ulangan 1–0. Pada musim 1990–91, mereka menduduki tempat ketiga liga dan kembali ke Wembley untuk memenangi Full Members Cup. Mereka mengalahkan Everton 4–1 selepas masa tambahan dalam perlawanan akhir.[3] Palace menduduki tempat kesepuluh membenarkan mereka untuk menjadi ahli pengasas Liga Perdana Inggeris pada musim 1992–93.[7]

The Holmesdale Road stand di Selhurst Park, dibina pada tahun 1994–95.

Pada musim berikutnya, Palace bergelut untuk menjaringkan gol sepanjang musim. Kelab itu diturunkan liga dengan mengutip 49 mata. Steve Coppell meletak jawatan Alan Smith, pembantunya di kelab itu mengambil alih. Musim pertamanya menyaksikan kelab itu memenangi kejuaraan Divisyen Pertama dan meraih promosi ke Liga Perdana.[8] Pada musim berikutnya, Alan Smith membimbing kelab itu ke separuh akhir Piala FA dan Piala Liga tetapi Palace sekali lagi tersingkir liga.[9]

Smith meninggalkan kelab itu dan Steve Coppell kembali sebagai pengarah teknikal pada musim panas tahun 1995 dan melalui gabungan latihan pasukan utama daripada Ray Lewington dan kemudiannya Dave Bassett, Palace layak ke perlawanan play-off. Palace kalah dalam perlawanan akhir kepada Leicester City 2–1. Musim berikutnya menyaksikan Coppell mengambil alih sebagai pengurus apabila Dave Bassett menyertai Nottingham Forest pad awal tahun 1997[10] Kelab itu mencapai kejayaan dalam perlawanan play-off dengan mengalahkan Sheffield United dalam perlawanan akhir di Wembley.[11]

Tempoh dalam Liga Perdana ini seperti yang lepas, mereka diturunkan kembali ke Divisyen Pertama untuk musim 1998–99. Steve Coppell meninggalkan kelab dan digantikan oleh Alan Smith buat kali kedua. Mereka tersingkir liga pada musim 2000–01. Smith dipecat pada bulan April dan Steve Kember berjaya memenangi dua baki perlawanan untuk kekal dalam liga. Steve Bruce dilantik sebagai pengurus untuk musim 2001-02.[12] Bruce cuba meninggalkan kelab itu hanya selepas empat bulan untuk menyertai Birmingham City.[13][14] Bruce kemudiannya dibenarkan untuk menyertai join Birmingham City,[15] dan digantikan oleh Trevor Francis.[16]

Di bawah Francis, Palace menduduki pertengahan liga untuk dua musim berturut-turut. Francis meninggalkan kelab itu[17] dan digantikan oleh Steve Kember.[18] Kember dipecat pada bulan November selepas penurunan prestasi yang menyaksikan pasukan itu terjatuh ke arah zon penyingkiran.[19] Iain Dowie dilantik sebagai pengurus dan membimbing kelab itu ke perlawanan play-off dan mengesahkan promosi selepas kemenangan 1–0 ke atas West Ham. Sekali lagi, Palace gagal kekal di liga teratas dan tersingkir selepas seri dengan Charlton Athletic.

Neil Warnock meninggalkan kelab itu pada awal tahun 2010 selepas memgambil alih sebagai pengurus pada tahun 2007 menggantikan Peter Taylor. Paul Hart mengambil alih sebagai pengurus sementara. Konsortium baru kemudiannya melantik George Burley sebagai pengurus the Eagles.[20] Pada 1 Januari 2011, selepas kekalahan 3–0 kepada Millwall, Burley dipecat dan pembantunya Dougie Freedman dinamakan sebagai pengurus sementara. Freedman dilantik sebagai pengurus tetap pada 11 Januari 2011,[21]. Kelab itu terselamat daripada penyingkiran dengan hanya satu perlawanan tinggal dalam musim. Freedman menyertai Bolton pada 23 Oktober 2012,[22] dan pada bulan November 2012 Ian Holloway menjadi pengurus. Dia membawa Palace ke Liga Perdana Inggeris selepas 8 tahundengan mengalahkan Watford F.C. 1–0 dalam perlawanan akhir play-off Championship di Wembley.[23] Pada 23 Oktober 2013, Holloway meninggalkan jawatannya sebagai pengurus dengan persetujuan bersama.[24] Ini datang selepas mereka hanya mampu mencatat satu kemenangan daripada sembilan perlawanan pertama liga pada musim 2013/14. Pembantu pengurus, Keith Millen dinamakan sebagai pengurus sementara ketika Palace mencari pengurus baru. Pada 23 November 2013, Tony Pulis disahkan sebagai pengurus baru Crystal Palace.[25] Pulis meletak jawatan pada 14 Ogos 2014, dua hari sebelum bermula musim 2014–2015 dan digantikan oleh Neil Warnock. Walau bagaimanapun, Warnock dipecat oleh kelab pada Hari Krismas selepas beberapa keputusan teruk. Pada 2 Januari 2015, Alan Pardew disahkan sebagai pengurus baru menandatangani perjanjian tiga tahun setengah bersama kelab itu.[26] Pardew membimbing kelab itu ke pertengahan liga dan musim ketiga berturut-turut dalam Liga Perdana.

Pemain

Skuad utama

Sehingga 18 Ogos 2021 [27]

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No.Pos. NegaraPemain
16DF Joachim Andersen
17DF Nathaniel Clyne
18MF James McArthur (naib kapten)
20FW Christian Benteke
23MF Conor Gallagher (dipinjam dari Chelsea)
34DF Martin Kelly
36DF Nathan Ferguson
40MF Scott Banks
43DF Reece Hannam
44MF Jaïro Riedewald
46FW Robert Street
49MF Jesurun Rak-Sakyi
GK Remi Matthews

Keluar secara pinjaman

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

Staf kelab

JawatanNama
Pengerusi BersamaSteve Parish
Pengerusi BersamaStephen Browett
Ketua EksekutifPhil Alexander
PengurusAlan Pardew
Pembantu PengurusKeith Millen
Jurulatih Pasukan UtamaN/A
Jurulatih Penjaga GolN/A
Jurulatih KecergasanScott Guyett

Kejayaan

Liga

  • Divisyen Pertama
    • Tempat ketiga :1990–91
  • Divisyen Kedua/Divisyen Pertama/Championship
    • Juara (2): 1978–79, 1993–94
    • Naib juara (1): 1968–69
    • Pemenag Play Off (4): 1988–89, 1996–97, 2003–04, 2012–13
    • Naib juara (1): 1995–96
  • Divisyen Ketiga
    • Juara (1): 1920–21
    • Naib juara (1): 1963–64
  • Divisyen Ketiga Selatan
    • Naib juara (3):1928–29, 1930–31, 1938–39
  • Divisyen Keempat
    • Naib juara (1): 1960–61
  • South Regional League
    • Juara (1): 1940–41
  • South 'D' Wartime League
    • Juara (1): 1939–40]
  • Southern Football League Division One
    • Naib juara (1): 1913–14
  • Southern Football League Division Two
    • Juara (1): 1905–06

Piala

  • Piala FA
    • Naib juara (1): 1990
  • Full Members Cup
    • Juara (1): 1990–91
  • Piala Cabaran London
    • Juara (3):1912–13, 1913–14, 1920–21

Wanita Crystal Palace

Wanita Crystal Palace ialah kelab bola sepak wanita Crystal Palace, ditubuhkan pada tahun 1992. Crystal Palace LFC beraksi dalam Liga Kombinasi Tenggara Wanita, divisyen ketiga bola sepak wanita.[28] They play their home games at the Crystal Palace National Sports Centre, Crystal Palace, London.[28]

Rujukan

Bibliografi
  • King, Ian (2012). Crystal Palace: The Complete Record 1905–2011. Derby Books Publishing Company Limited. ISBN 978-1-78091-221-9.
  • Matthews, Tony (editor). We All Follow The Palace. Juma, 1998. ISBN 1-872204-55-4
Petikan

Pautan luar

Templat:Crystal Palace F.C.Templat:Musim Crystal Palace F.C.