Andrea Belotti

pemain bola sepak Itali

Andrea Belotti (sebutan bahasa Itali: [anˈdrɛːa beˈlɔtti]; lahir 20 Disember 1993) merupakan pemain bola sepak profesional Itali yang beraksi di posisi penyerang untuk kelab Serie A, Roma dan merupakan pemain antarabangsa Itali.

Andrea Belotti
Maklumat peribadi
Nama penuhAndrea Belotti
Tarikh lahir (1993-12-20) 20 Disember 1993 (umur 30)
Tempat lahirCalcinate, Itali
Ketinggian1.80 m (5 ka 11 in)[1]
Posisi permainanPenyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Roma
Nombor11
Kerjaya remaja
2003–2006Grumellese
2006–2012AlbinoLeffe
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2012–2013Albinoleffe39(14)
2013–2015Palermo62(16)
2015–2022Torino232(100)
2022–Roma36(2)
Pasukan kebangsaan
2011–2012Itali B196(2)
2012–2013Itali B209(4)
2013–2015Itali B2118(9)
2016–Itali44(12)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 24 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 7 Jun 2022

Digelar Il Gallo, Belotti telah memulakan kariernya bersama kelab Albinoleffe. Beliau seterusnya dibawa masuk ke Palermo sebelum menjuarai Serie B pada musim 2013–14. Beliau berpindah ke Torino pada tahun 2015. Beliau kini merupakan pemain di kedudukan kesepuluh sebagai penjaring terbanyak Torino sepanjang zaman.[2]

Beliau pernah mewakili pasukan Itali di peringkat bawah-19, bawah-20 dan bawah-21. Beliau juga pernah mengambil bahagian dalam Kejohanan Eropah Bawah-21 2015. Belotti melakukan kemunculan sulungnya bersama skuad senior pada tahun 2016.

Kehidupan awal

Belotti digelar Il Gallo (Si Ayam Jantan).[3][4] Gelaran itu berasal daripada nama keluarga rakan rapatnya pada zaman kanak-kanak. Dia pernah bergurau dengan mencadangkan bahawa Belotti perlu meraikan jaringan golnya dengan melakukan mimik menyerupai balung ayam menggunakan tapak tangannya di dahi.[5][6]

Kerjaya kelab

AlbinoLeffe

Beliau mengorak langkah memulakan kariernya di sebuah sekolah berpidato di Gorlago[7] dan Grumellese. Selepas beliau mengalami kegagalan dalam ujian percubaan bersama Atalanta,[8] beliau telah diikat oleh AlbinoLeffe lalu menyertai pasukan belia. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan senior ketika musim 2011–12 dengan beraksi dalam lapan perlawanan Serie B dan menjaringkan dua gol. Beliau juga berjaya menjaringkan 13 gol untuk menjadi penjaring terbanyak pasukan belia pada sepanjang musim 2011–12 di samping memenangi kejohanan belia, Trofeo Dossena pada Jun 2012.[9]

Pada musim berikutnya, beliau telah ditawarkan menyertai pasukan senior. Beliau telah melakukan 31 penampilan dalam saingan Lega Pro Prima Divisione sambil menjaringkan 12 gol. Beliau juga melakukan kemunculan pada aksi Coppa Italia.[10] Selepas kedatangan pemain pertahanan Mauro Belotti, Andrea telah diberi nama samaran Belottino.[11]

Palermo

Pada 2 September 2013, beliau telah dipinjamkan ke kelab Serie B, Palermo dengan nilai 500,000 euro (termasuk klausa pelepasan yang bernilai 2.5 juta euro).[12] Beliau melakukan penampilan pertamanya bersama Palermo pada 24 September 2013 dengan menggantikan Davide Di Gennaro dalam aksi menentang Bari. Beliau telah melakukan hantaran kepada jaringan Kyle Lafferty tetapi permainan itu berakhir dengan kekalahan Palermo 1-2. Beliau menjaringkan gol sulungnya untuk Rosaneri pada 5 Oktober semasa menentang Brescia. Pada 3 Mei 2014, pasukannya berjaya menempah tempat ke Serie A musim depan selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas Novara. Beliau menamatkan kempen ini dengan menjaringkan 10 gol liga. Pada 18 Jun 2014, Palermo mengeksisi hak untuk menebus sebahagian daripada kontrak Belotti dalam rundingan pemilikan bersama.[13][14] Di samping itu, Palermo memiliki pilihan lain untuk menebus satu bahagian lagi yang bernilai 3.5 juta euro.

Beliau melakukan penampilan pertamanya di Serie A pada 31 Ogos 2014 semasa berusia 20 tahun. Beliau menggantikan Paulo Dybala dalam aksi yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 menentang Sampdoria.[15] Pada 12 September, Palermo telah mengumumkan bahawa pihak kelab telah menebus saki-baki kontrak Belotti.[16] Pada 24 September, beliau telah menjaringkan dua gol dalam perlawanan Serie A ketika menentang Napoli yang tamat dengan kedudukan seri 3-3. Pada 13 Disember, beliau telah menjaringkan gol kemenangan pasukannya pada masa kecederaan menentang Sassuolo untuk membantu Palermo meraih kemenangan 2-1. Kemenangan ini memastikan Palermo mengekalkan rekod tanpa kalah liga sepanjang tujuh perlawanan berturut-turut (menyamai rekod pada musim 2009-10 ketika di bawah kendalian jurulatih Delio Rossi). Beliau telah beraksi dalam 38 perlawanan pada sepanjang musim itu dengan kebanyakannya beraksi sebagai pemain gantian. Beliau turut mencetak enam jaringan gol.

Torino

Pada 18 Ogos 2015, Belotti telah berpindah ke Torino secara rasmi melalui perpindahan yang bernilai 7.5 juta euro.[17][18] Beliau menjaringkan gol pertamanya ketika menewaskan Bologna 2-0. Pada 16 Januari 2016, beliau telah menjaringkan dua gol untuk Torino bagi membantu pasukannya menundukkan Frosinone 4-2.[19] Pada 20 Mac, beliau telah menjaringkan gol dari dalam kotak penalti pada minit ke-48 permainan untuk menewaskan penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon sekali gus meleburkan rekod penjaga gol itu yang tidak dibolosi selama beratus-ratus minit dalam aksi yang berakhir dengan kekalahan 4-1.[20] Beliau juga menamatkan musim 2015–16 dengan menghasilkan 12 gol dalam 35 perlawanan.

Beliau telah memulakan musim 2016–17 melalui jaringan tandukan semasa menentang Milan. Namun, sepakan penalti yang diambil olehnya berjaya diselamatkan oleh Gianluigi Donnarumma sekali gus meletakkan perlawanan berakhir dengan kekalahan 3-2. Pada perlawanan berikutna pada 28 Ogos, beliau menjaringkan hatrik pertama dalam kariernya ketika membelasah Bologna 5-1 di laman sendiri.[21] Pada 4 Disember, beliau telah melanjutkan kontraknya bersama Torino sehingga tahun 2021[22] dan nilai klausa pelepasannya mencecah 100 juta euro yang hanya membabitkan kelab-kelab luar.[23] Pada 5 Mac 2017, beliau memakai lilitan kapten pasukan buat kali pertama semasa menentang Palermo[24] sebelum beliau menjaringkan hatrik terpantas di Serie A sejak 30 Januari 2000 (tujuh minit dan 15 saat) sekali gus meleburkan rekod yang dipegang oleh Andriy Shevchenko.[25][26][27] Pada bulan berikutnya, beliau menjadi pemain pertama yang berada di bawah usia 24 tahun untuk menjaringkan 24 gol dalam satu musim Serie A sejak musim 1999-2000 yang turut dilakukan oleh Shevchenko pada masa itu.[28] Beliau menamatkan musim itu dengan menjaringkan 26 gol dalam 35 perlawanan selain menjadi penjaring ketiga terbanyak liga di belakang pendahulu lain, Edin Džeko dan Dries Mertens.

Selepas dilantik sebagai kapten pasukan Torino secara tetap,[29] beliau menghasilkan jaringan sulungnya pada musim 2017–18 melalui sepakan gunting semasa membenam Sassuolo 3-0.[30] Akibat sering dibelenggu kecederaan, beliau gagal mengulangi kejayaan cemerlangnya pada musim lalu apabila beliau hanya menjaringkan sepuluh gol di Serie A pada kali ini.[31]

Pada 26 Ogos 2018, Belotti menjaringkan gol pertamanya pada musim 2018–19 dalam aksi menentang Inter Milan di San Siro.[32] Pada 4 November, beliau telah menjaringkan dua gol buat kali pertama pada musim ini semasa membantu pasukannya melakar kemenangan ke atas Sampdoria.[33] Pada 25 Mei, beliau menjaringkan sepakan gunting buat kali kedua dalam kariernya dalam aksi sekali lagi menentang lawan yang sama, Sassuolo. Memandangkan prestasi beliau pada musim ini, Belotti telah diundi sebagai "Pemain Terbaik Torino" (menggantikan Nicolas Nkoulou).[34] Belotti menamatkan musim kali ini dengan menyumbat 15 gol liga di samping menyumbang kepada kelayakan ke Liga Europa untuk musim depan selepas penyertaan Milan telah ditolak.

Pada 25 Julai 2019, Belotti melakukan penampilan pertamanya dalam kejohanan Eropah iaitu dalam aksi pusingan pertama kelayakan Liga Europa menentang Debrecen. Beliau menjaringkan gol pembukaan permainan melalui sepakan penalti.[35] Pada 29 Ogos, Belotti menjaringkan gol tandukan ketika menentang Wolverhampton lalu merekodkan jaringannya yang ke-77 bersama Torino sekali gus meletakannya sebagai penjaring kesepuluh terbanyak kelab sepanjang zaman.[36] On 26 September, he scored his first brace of the season in a 2–1 win over Milan.[30]

Kerjaya antarabangsa

Belia

Belotti telah dipanggil untuk menyertai pasukan bawah-19 Itali buat kali pertama pada Disember 2011 untuk menghadapi perlawanan menentang pasukan wakil daripada Lega Pro pada Disember 2011. Beliau telah menjaringkan gol dalam perlawanan itu yang berakhir dengan kemenangan pasukan bawah-19 dengan kedudukan 4-2.[37][38] Dalam pusingan kelayakan elit Kejohanan Eropah Bawah-19 2012, beliau tampil sebagai penyerang Itali menerusi formasi pasukan 4–2–3–1.[39] Dalam kempen itu, beliau telah menjaringkan satu gol dalam tiga perlawanan .[40]

Belotti telah menjaringkan empat gol dalam sembilan penampilan untuk pasukan bawah-20. Pada 14 Ogos 2013, beliau melakukan penampilan pertamanya untuk pasukan bawah-21 dalam perlawanan persahabatan menewaskan Slovakia 4-1. Pada 5 September, beliau tampil dalam aksi kelayakan Kejohanan Eropah Bawah-21 2015 menentang Belgium yang berakhir dengan kekalahan 3-1. Pada 14 November, beliau seterusnya menjaringkan gol sulungnya bersama pasukan bawah-21 ketika menundukkan Ireland Utara. Pada 5 September 2014, beliau berjaya menjaringkan dua gol dalam aksi kempen kelayakan Kejohanan Eropah menewaskan Serbia 3-2.

Ketika di bawah kendalian pengurus Luigi Di Biagio, Belotti telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Eropah Bawah-21 2015 yang berlangsung di Republik Czech. Beliau telah menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan terakhir Itali menewaskan England. Namun, keputusan kemenangan itu tidak cukup untuk melayakkan Itali ke peringkat separuh akhir apabila skuad azzurrini menghuni tempat ketiga dalam peringkat kumpulan di belakang dua pasukan finalis kejohanan itu nanti iaitu Portugal dan Sweden.[41]

Senior

Pada 27 Ogos 2016, Belotti telah dipanggil untuk menyertai skuad senior Itali buat kali pertama ketika di bawah kendalian pengurus Gian Piero Ventura untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Perancis pada 1 September dan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Israel pada 5 September.[42] Beliau melakukan kemunculan sulungnya bersama skuad senior sebagai pemain gantian dalam perlawanan persahabatan menentang Perancis yang berakhir dengan kekalahan 3-1.[43] Belotti menjaringkan gol pertamanya untuk Itali pada 9 Oktober dengan menghasilkan gol pembukaan permainan dalam aksi kelayakan Piala Dunia menewaskan Macedonia.[44]

Kehidupan peribadi

Belotti telah berkahwin dengan Giorgia Duro pada 15 Jun 2017.[45]Mereka mempunyai seekor anjing yang bernama Angi.[46]

Statistik kerjaya

Kelab

Sehingga 30 Jun 2020.[47][48]
KelabMusimLigaPialaEropahLainJumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
AlbinoLeffe2011–12820082
2012–133112103212
2013–14001010
Jumlah3914204114
Palermo2013–142410002410
2014–1538610396
2015–16001010
Jumlah6216206416
Torino2015–163512103612
2016–173526323828
2017–183210333513
2018–193715223917
2019–202712206[a]63518
Jumlah166751176618388
Jumlah kerjaya26710515766288118

Antarabangsa

Sehingga 15 November 2019.
Pasukan kebangsaan Itali
TahunKmnclnGol
201653
201781
201871
201974
Jumlah279

Gol antarabangsa

#TarikhLokasiPasukan lawanSkorKeputusanKejohanan
1
9 Oktober 2016Skopje, Macedonia  Macedonia Utara
0–1
2–3
Kelayakan Piala Dunia 2018
2
12 November 2016Vaduz, Liechtenstein  Liechtenstein
0–1
0–4
3
0–4
4
11 Jun 2017Udine, Itali
2–0
5–0
5
28 Mei 2018St. Gallen, Switzerland  Arab Saudi
2–0
2–1
Persahabatan
6
5 September 2019Yerevan, Armenia  Armenia
1–1
1–3
Kelayakan UEFA Euro 2020
7
15 Oktober 2019Vaduz, Liechtenstein  Liechtenstein
0–2
0–5
8
0–5
9
15 November 2019Zenica, Bosnia dan Herzegovina  Bosnia dan Herzegovina
0–3
0–3

Pencapaian

Kelab

Palermo

Individu

  • Pallone d'Argento: 2016–17[49]
  • Anugerah Giuseppe Prisco: 2017[50]
  • Prestasi Terbaik Gazzetta Sports Awards: 2017[51]

Catatan

Pautan luar