Antoofighter: Amukan Drakulat!

Antoofighter: Amukan Drakulat! (juga Antoo Fighter atau AntooFighter) merupakan sebuah filem aksi komedi Malaysia 2008 arahan Azizi "Chunk" Adnan ini ditayangkan di pawagam pada 27 November 2008.

AntooFighter
PengarahAzizi "Chunk" Adnan
PenulisAzizi "Chunk" Adnan
Dihasilkan olehAhmad Puad Onah
Mohd Najib Aziz
Asrulhisyam Ahmad
Azizi "Chunk" Adnan
DibintangiRadhi OAG
Awie
Harun Salim Bachik
Bell Ngasri
Soffi Jikan
SinematografiMohd Shaupee A. Wahid
Muzik olehCap Ayamz
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis

Templat:SpoilerKisah bermula apabila sekumpulan makhluk dan hantu-hantu dari zaman dahulu yang diketuai Drakulat Van Listerooy, kembali mengganas dan bermaharajalela di zaman ini selepas mereka terlepas dari kurungan dan tangkapan kumpulan Penentang Jembalang pada zaman dahulu. Drakulat (lakonan Awie) dan hantu-hantunya, Bajang (lakonan Soffi Jikan) seekor Iblis, Mistikus (Witch), Sarjan Algojo (Hantu Gigi), Maya (Pontianak), Siti Sunshine (Pontianak Pondan), Ozawa (Pontianak Korea), Chow Meng Nga (Hantu Cina), Togom (Hantu Hijau), Filius de Flamma (Hantu Api), Kartarakh (Hantu Biji Mata) telah mengembara dari tempat mereka terlepas ke Kuala Lumpur dan telah menawan Menara Kuala Lumpur dan dijadikan markas operasi mereka. Di situ mereka telah memulakan kekacauan dan kekecohan di ibunegara sehingga menyebabkan negara di tahap bahaya. Dalam masa yang sama, objektif Drakulat sebenarnya adalah untuk membebaskan "Lord Sharon" iaitu anak Syaitan ke dunia supaya mereka dapat bersama-sama menguasai dunia dan membebaskan kuasa kegelapan ke segenap alam maya. Oleh itu, Drakulat terpaksa mencari seorang gadis yang telah terpilih menerusi keturunan darahnya, iaitu "Delyla", di mana darahnya dipercayai mempunyai kuasa dan dapat dijadikan korban untuk dipersembahkan kepada "Lord Sharon" supaya dapat bebas ke bumi. Dalam pada itu, kehadiran kumpulan Drakulat dapat dirasai oleh Pak Din (lakonan Harun Salim Bachik) iaitu salah seorang Antoofighter terakhir pada zaman 50an. Antoofighter merupakan kumpulan rahsia yang telah wujud sejak bermulanya alam dan dunia dimana 5 orang manusia akan terpilih untuk menjaga dunia daripada kuasa kuasa jahat setiap 60 tahun.

Watak dan Perwatakan

Watak-watak utama dalam filem ini dibezakan dengan The Crescent Warriors dan The Council of Zion. The Crescent Warriors mewakili semua penentang antoo manakala The Council of Zion diwakili kumpulan antoo.

The Crescent Warriors

Nama WatakUmurAsalKelemahanPelakon
Pohjee (Fauzi Deraman)21Damansara Damai, Kuala LumpurBaca bukuRadhi OAG
Lara Lenjan (Azean Manjalara)20Kampung Baru, Kuala LumpurBau tempoyakScha Al-Yahya
Rambo (Kamarudin Aboo)22Bangsar, Kuala LumpurTikusBront Palarae
Tasya (Natasya Mat Senu)19Bandar Tun Razak, Kuala LumpurBau ketiak banglaNurfazlin Azmi
Opie (Soupi Ramli)20Bangsar, Kuala LumpurTikusBell Ngasri
Guntur (M Ghazali Ayob)62Langkawi, KedahMengayat gadisUsop Kopratasa/Loloq (ketika muda)
Pak Din (Zainuddin Yanky)68Grik, PerakTeh O AisHarun Salim Bachik
Delyla20Bukit Damansara, Kuala LumpurTakut GelapDelyla Adnan
Kiyai Gurkha77Pasir Salak, PerakBerbahasa InggerisHamid Gurkha
A.M.U.T (Anti Monster Unit - Robot Pemusnah)-Kilang mainan di Jalan Chow Kit, Kuala LumpurPergerakan terhad-

The Council of Zion

Nama WatakJenis AntooAsalKelemahanPelakon
Lord El SharonBapa SyaitanNeraka JahanamSimbol bulan sabit-
Drakulat Van ListerooyVampireBelandaLagu Taman Rashidah UtamaAwie
Ariel BajangIblisJawa, IndonesiaNovel CintaSoffi Jikan
Mistikus VelvellaAhli sihirMunich, JermanRosyam NorJamilah Wadan
Sarjan Algojo AlbulaHantu GigiKampung Bongek, Rembau, Negeri SembilanTak tahu bertempur dan tak tahu baca not muzikAmran Tompel
MayaPontianakGua Tempurung, PerakLelaki gempal bermisaiNursyuhada
Fillius De FlammaHantu ApiNeraka ketujuhAir-
Siti SunshinePontianak PondanPontianak, IndonesiaGetah seluar dalamRabiatul Adawiyah
Ozawa ShimitzuHantu Korea (Ju-on)KoreaAjak berlariRabiatul Adawiyah
Chong Meng NgaHantu CinaChinaTak reti berjalanAzron Othman
Togom (Toyol Gomok)ToyolBesut, TerengganuWarna merah jambu-
GambutJin TanahSegambut Dalam, Kuala LumpurBunyi gesel kapur atas papan hitamYank Kassim
KatarakhHantu MataMata sebelah kiri, Pontiana MayaTak tahu bertempur-

Pelakon Watak Kameo

Penerbitan

Hampir 70% daripada filem ini menggunakan teknik Imej Janaan Komputer (CGI).[2]

Rujukan

Pautan luar