Bánh mì

Bánh mì (disebut [ɓǎjŋ̟ mî] Chữ Nôm: 餅麵) adalah sejenis roti dalam masakan orang Vietnam yang berukuran pendek dengan kerak nipis, garing dan bertekstur lembut gebu. Ia sering dimakan begitu sahaja mahupun hidangkan berlapis dengan bahan masakan tradisi Vietnam seperti chả lụa, daun ketumbar, hirisan timun serta acar lobak dan pâté diperisakan cili dan mayones.[2]

Bánh mì
Bánh mì segar dan dibungkus
Nama alternatifSaigon roll
JenisSandwic
Tempat asalVietnam
Dicipta oleh pada 1950-an[1]
Bahan utamabaguette Vietnam (juga diberi nama bánh mì)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sajian ini wujud dengan perkenalan baguette oleh orang Perancis yang menjajah Vietnam pada zaman dinasti Nguyễn pertengahan abad ke-19. Para pelarian dari bangsa ini berikutan Perang Vietnam yang meletus mempopularkan bánh mì sandwic di negara-negara ketibaan mereka seperti Amerika Syarikat, Australia dan Kanada.

Sejarah

Perkataan bánh atau bentuk Nômnya  merujuk kepada suatu apam atau kuih beras dan pastri lain sejak seawal abad ke-13, berabad-abad sebelum hubungan Perancis. [3] Perkataan bánh mì 餅麵 ("apam gandum", yakni "roti") dibukukan seawal tahun 1830-an dalam kamus dwibahasa Latin-Vietnam Dictionarium Latino-Annamiticum dikarang Jean-Louis Taberd;[4] istilah ini lebih dikenali di selatan Vietnam berbanding di bahagian utara yang memanggilnya bánh tây 餅西 ("apam Barat").

Orang Perancis memperkenalkan baguette pada tahun 1860-an pada awal imperialisme mereka di Vietnam.[5][6] Sifat makanan tersebut yang dihasilkan bergantung kepada gandum diimport menjadikan roti suatu barangan mewah. Semasa Perang Dunia Pertama, kemasukan tentera dan bekalan Perancis tiba dengan banyaknya namun pengimportan gandum sering mengalami gangguan menyebabkan para pembuat roti mula mencampurkan tepung beras (yang juga membuat roti lebih lembut) mengurangkan kos menjadi lebih murah sehingga rakyat Vietnam biasa mula dapat menikmati roti. [7] [8] [9]

Selepas Kejatuhan Saigon pada tahun 1975, bánh mì menjadi barang mewah sekali lagi.[10] Dasar-dasar pembaharuan ekonomi yang dilaksanakan pemerintah Vietnam pada tahun 1980-an membantu memajukan ekonomi negara tersebut menjadi makmur kembali serta menghidupkan semula minat dan jualan terhadap bánh mì sebagai makanan jalanan.[10]

Ramuan

Roti yang digunakan dalam banh mi menyerupai baguette Perancis dengan kerak nipis dan isi ringan. Adunan roti dihasilkan dari campuran tepung gandum dan tepung beras.[7] Banyak kedai-kedai banh mi membakar roti dua kali sehari kerana keadaan iklim Vietnam yang cepat melemaukan roti.[6]

Rujukan