Bahamas

77°20′W / 25.067°N 77.333°W / 25.067; -77.333

Bahamas, secara rasminya Komanwel Bahamas (bahasa Inggeris: Commonwealth of the Bahamas) merupakan sebuah negara yang terletak dalam Kepulauan Lucayan di rantau Hindia Barat di Lautan Atlantik. Ia terdiri daripada 97% keluasan tanah Kepulauan Lucayan dan dihuni oleh 88% penduduk kepulauan tersebut. Ibu Negara Bahamas ialah Nassau yang terletak di Pulau New Providence.

Komanwel Bahamas
کومنويل باهامس
Commonwealth of The Bahamas (bahasa Inggeris)
Bendera Bahamas
Jata Bahamas
BenderaJata
Cogan kataForward Upward Onward Together
Mara Ke Hadapan Bersama-sama (terjemahan)
Lagu kebangsaanMarch On, Bahamaland
(Berarak Terus, Tanah Bahama)
Lagu diraja: God Save the King
(Tuhan Selamatkan Raja)
Lokasi Bahamas
Ibu negara
dan bandar terbesar
Nassau
Bahasa rasmiBahasa Inggeris
KerajaanKomanwel
• Monarki
Charles III
• Gabenor Jeneral
Sir Cornelius A. Smith
Philip Davis
Badan perundanganParlimen
Senat
Dewan Perhimpunan
Kemerdekaan
• daripada United Kingdom
10 Julai 1973
Keluasan
• Jumlah
13,878 km2 (5,358 bt2) (ke-155)
• Perairan (%)
28%
Populasi
• Perkiraan 2022
400,516 (ke-177)
• Bancian Penduduk 2018
385,637
25.21/km2 (65.3/sq mi) (ke-181)
KDNK (PPP)2022
• Jumlah
$16.130 bilion[1] (ke-148)
$40,274[1] (ke-40)
KDNK (nominal)2022
•  Jumlah
$12.803 bilion[1] (ke-130)
$32,077[1] (ke-26)
Mata wangDolar Bahamas (BSD) Dolar Amerika Syarikat (USD)
Zon waktuUTC−5 (EST)
• Musim panas (DST)
UTC−4 (EDT)
Bahagian memandukiri
Kod panggilan1-242
Kod ISO 3166BS
DPT internet.bs

Sejarah

Sebelum kedatangan penjajah, Orang Taino berpindah masuk ke pulau-pulau selatan yang tiada penduduk dari Amerika Selatan melalui Hispaniola dan Cuba pada 1000 Tahun Masihi dan dikenali sebagai Orang Lucayan.[2] Semasa ketibaan Christopher Colombus di San Savador pada tahun 1492, sekitar 30,000 Orang Lucayan menduduki Kepulauan Bahamas.[3] Perjanjian Tordesillas pada tahun 1494 yang membahagikan wilayah-wilayah baharu di kalangan Kerajaan Kastilla dan Kerajaan Portugal, meletakkan Kepulauan Bahamas dalam lingkungan Sepanyol. Pihak Sepanyol kemudiannya menghantar orang Lucayan ke Hispaniola untuk dijadikan hamba, dan sebahagian besar Kepulauan Bahamas menjadi sunyi dari tahun 1513 hingga tahun 1648 disebabkan hampir kesemua orang asli Bahamas dipindahkan secara paksaan melalui penghambaan atau mati disebabkan penyakit yang dibawa oleh orang Eropah ke pulau tersebut. Bahamas menjadi Jajahan Mahkota British pada tahun 1718 dan mencapai kemerdekaan pada tahun 1973.

Kerajaan dan politik

Bahagian pentadbiran

31 daerah di Bahamas ditadbir oleh kerajaan tempatan masing-masing, manakala New Providence yang mengandungi lebih daripada 70 peratus daripada seluruh penduduk di Bahamas ditadbir secara terus oleh kerajaan pusat.[4]

  1. Acklins
  2. Kepulauan Berry
  3. Bimini
  4. Black Point, Exuma
  5. Pulau Cat
  6. Abaco Tengah
  7. Andros Tengah
  8. Eleuthera Tengah
  9. Freeport, Grand Bahama
  10. Pulau Crooked
  11. Grand Bahama Timur
  12. Exuma
  13. Grand Cay, Abaco
  14. Pulau Harbour, Eleuthera
  15. Hope Town, Abaco
  16. Inagua
  17. Pulau Long
  18. Mangrove Cay, Andros
  19. Mayaguana
  20. Pulau Moore, Abaco
  21. Abaco Utara
  22. Andros Utara
  23. Eleuthera Utara
  24. Pulau Ragged
  25. Rum Cay
  26. San Salvador
  27. Abaco Selatan
  28. Andros Selatan
  29. Eleuthera Selatan
  30. Spanish Wells, Eleuthera
  31. Grand Bahama Barat
Daerah-daerah Bahamas

Rujukan

Pautan luar