Bahasa Cina Pertengahan

Bahasa Cina Pertengahan (Cina Tradisional: 中古漢語, Cina Ringkas: 中古汉语, pinyin: zhōnggǔ Hànyǔ) memaksudkan bahasa Cina yang ditutur pada zaman Dinasti Selatan dan Utara dan Dinasti-dinasti Sui, Tang, dan Song (abad ke-6 hingga ke-10). Istilah "Bahasa Cina Pertengahan" bersama Bahasa Cina Lama dan Bahasa Cina Moden, digunakan dalam konteks fonologi Cina bersejarah yang bertujuan membentuk semula sistem sebutan bahasa Cina pada zaman silam.

Bahasa Cina Pertengahan
中古漢語
Asli kepadaChina
KawasanChina Zaman Pertengahan
PupusBerevolusi menjadi Proto-Mandarin dan pelbagai loghat Cina yang lain kecuali Min
Sino-Tibetan
  • Sinitik
    • Cina
      • Bahasa Cina Pertengahan
Tulisan Mohor, Tulisan Kerani, Kaishu, Tulisan Separa Kursif, Tulisan Rumput, Phagspa, Hangul
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Dinasti Selatan dan Utara, Dinasti Sui, Dinasti Tang, Dinasti Song
Kod bahasa
ISO 639-3ltc

Bahasa Cina Pertengahan terbahagi kepada Bahasa Cina Pertengahan Awal dan Bahasa Cina Pertengahan Akhir. Titik peralihan antara Bahasa Cina Pertengahan Awal dan Akhir dipercayai berlaku melalui perkembangan fonologi pada pertengahan zaman Dinasti Tang. Contohnya, dalam kamus rima Qieyun, ditunjukkan aksara-aksara berawalan konsonan bibir [p pʰ b m], tetapi tiadanya awalan konsonan bibir-gigi iaitu f dan v, yang sebaliknya ditemui dalam kamus Jiyun, justeru menunjukkan berlakunya perubahan dalam sebutan bahasa Cina empat abad selepas Qieyun diterbitkan.

Rekonstruksi

Pembentukan semula bahasa Cina Pertengahan diusahakan oleh beberapa ahli linguistik moden yang menunjukkan perbezaan kecil-kecil sahaja, maka fonologi bahasa Cina Pertengahan kini agak mudah difahami dan diterima. Bahasa Cina dari zaman silam hingga kini tiada tulisan berabjad, oleh itu kita tidak boleh menentukan bunyi secara terus dari tulisannya. Jadi, bunyi-bunyi bahasa Cina Pertengahan harus ditaabir dari beberapa sumber seperti berikut:

  • Bahasa moden. Seperti mana Bahasa Proto-Indo-Eropah boleh dibentuk semula dari mengkaji bahasa-bahasa Indo-Eropah moden, begitu juga bahasa Cina Pertengahan boleh dibentuk semula dari mengkaji loghat-loghat Cina (cth. Bahasa Mandarin, Wu, Min atau Kantonis).
  • Sebutan aksara Cina yang dikekalkan dalam perkataan yang dipinjam dari bahasa Cina ke bahasa-bahasa bukan Cina seperti bahasa Jepun, Korea dan Vietnam
  • Puisi Cina klasik dari zaman pertengahan Cina
  • Transliterasi perkataan asing ke dalam aksara Cina. Contohnya, "Dravida" diterjemah oleh para pendeta menjadi 達羅毗荼 yang kini disebut sebagai /ta˧˥ luo˧˥ pʰi˧˥ tʰu˧˥/ (Pinyin: Dáluópítú) dalam bahasa Mandarin baku. Ini menunjukkan bahawa /uo/ (Pinyin -uo) dalam bahasa Mandarin berubah dari bunyi kuno seakan /a/, apalagi nada /˧˥/ berubah dari bunyi konsonan bersuara dalam sebutan kuno. Kedua-dua fakta ini boleh dibuktikan melalui perbandingan antara loghat-loghat Cina moden yang lain.
  • Kamus rima. Ahli filologi China kuno meluangkan banyak masa dalam meringkaskan sistem fonetik Cina dengan mengarang kamus-kamus ini. Selain itu, banyaknya puisi Cina yang dikeluarkan pada zaman Tang, menampilkan struktur rangkap tegar yang bergantung pada rima dan nada aksara terakhir dalam setiap baris puisi. Bahasa Cina Pertengahan yang termaktub dalam kamus-kamus ini merupakan alat bantuan utama untuk para pemuisi. Kamus rima Qieyun yang diterbitkan sejak tahun 601 M merupakan catatan tetap terawal mengenai fonologi sebutan Cina, itupun tanpa bantuan huruf fonetik khas, sebailknya lema-lemanya disusun mengikut susunan nada, rima dan awalan yang kemas. Mula-mulanya, cuma cebis-cebisan atau salinan tak lengkap mampu dijumpai, sehingga satu salinan lengkap dari zaman Dinasti Tang ditemui di kawasan gua Dunhuang. Kamus-kamus rima selanjutnya seperti Guangyun dan Jiyun dari zaman dinasti Song (abad ke-11) juga wujud hingga kini. Kamus Guangyun dijadikan asas pembentukan semula bahasa Cina pertengahan pada mulanya, sehinggalah salinan Qieyun yang lengkap itu ditemui.

Fonologi rekonstruksi

Awalan suku kata (聲母)

Bahasa Cina Pertengahan Awal (BCP Awal) ada tiga jenis hentian, iaitu bersuara, tak bersuara dan berhembus. Suku kata boleh berakhir dengan konsonan hentian. BCP Awal lebih banyak vokal daripada keturunan-keturunannya, misalnya /æ/ yang sudah bergabung dengan fonem-fonem yang seumpamanya. Terdapat lapan siri obstruen koronal, termasuk perbezaan tiga hala antara konsonan-konsonan gigi (atau gusi), gelungan dan lelangit di kalangan geseran dan letusan, dan perbezaan dua hala gigi/gelungan antara konsonan hentian. Bahasa Cina Lama mempunyai sistem yang seumpamanya tanpa konsonan lelangit atau gelungan; sistem BCP Awal yang lebih rumit ini dipercayai timbul daripada gabungan obstruen Cina Lama yang diikuti oleh /r/ dan/atau /j/ (Baxter, 1992). Menjelang BCP Akhir, konsonan-konsonan lelangit ini bergabung dengan konsonan-konsonan gelungan; set konsonan lelangit yang terdapat dalam bahasa Mandarin moden merupakan perkembangan lanjut yang tiada kaitan dengan konsonan-konsonan lelangit yang awal itu.

Bahasa Cina Pertengahan Awal

Jadual berikut menunjukkan konsonan-konsonan Bahasa Cina Pertengahan Awal (BCP Awal) mengikut sepersetujuan masa kini. Kesemua konsonan ini boleh disebut di awal suku kata, tetapi hanya /p/, /t/, /k/, /m/, /n/, /ŋ/ dan mungkin juga /j/, /w/ boleh disebut di akhir suku kata.

Awalan Bahasa Cina Pertengahan Awal dengan kekerapan dalam Guangyun[1]
Letupan/
Letusan
SengauanSisianGeseran/
Malaran tak geser
Tenuis
Berhembus
次清
Bersuara
Bersuara
Tenuis
Bersuara
Bibir
Dwibibir 重唇 p3.40% 2.58% b4.41% m4.38%
Korona
Gusi 舌頭/半舌 t2.42% 2.13% d4.04% n1.20% l 36.85%
Gelungan 舌上 ʈ1.59% ʈʰ1.22% ɖ1.90% ɳ0.87%
Lelangit 半齒/喉 ɲ1.59% j 23.81%
Sibilan
Gusi 齒頭 ts3.06% tsʰ2.30% dz2.16% s3.67% z0.88%
Gelungan 正齒 0.92% tʂʰ0.97% 0.94% ʂ1.76% ʐ0.03%
Lelangit 正齒 2.33% tɕʰ0.95% 1.40% ɕ1.28% ʑ0.31%
Velum 牙/喉 k8.01% 4.23% ɡ2.83% ŋ3.28% x 24.39% ɣ 25.18%
Glotis ʔ 25.39% (ɦ) 1 21.32%

↑1  [ɦ] bukan fonem yang berasingan, sebaliknya merupakan alofon bagi /ɣ/ sebelum /j/. Akan tetapi, oleh sebab [ɦ]) pudar selepas ini, menyebabkan suku-suku kata yang berawalan ini ditafsirkan dalam jadual rima sebagai berawalan /j/, maka awalan jadual rima yang berasingan diberikan untuk [ɦ].

↑2  曉, 匣, 喻, 云 dan 影 dianggap '喉音'.

↑3  來 dianggap '半舌音'


Bernhard Karlgren yang melakukan rekonstruksi moden yang pertama buat Bahasa Cina Pertengahan, telah merekonstruksikan sistem yang agak berbeza. Jadual yang berikut menunjukkan fonem-fonem yang ditafsirkan oleh Karlgren di samping notasi "mesra ASCII" yang digunakan oleh William H. Baxter, bagi fonem-fonem yang menunjukkan perbezaan ketara antara versi Karlgren atau versi ASCII Baxter dengan versi IPA.[2] Diingatkan bahawa ȶ dan ȡ merupakan aksara bukan IPA yang menandakan hentian gusi-lelangit. Jika menggunakan IPA, sepatutnya dipaparkan sebagai hentian lelangit /c/ /ɟ/ atau hentian gusi/gigi terlelangit /tʲ/ /dʲ/.

Perbezaan utama antara rekonstruksi Karlgren dan masa kini ialah:

  • Terbalik /ʑ/ dan /dʑ/. Rekonstruksi Karlgren berasaskan jadual rima Dinasti Song. Bagaimanapun, disebabkan gabungan kedua-dua fonem itu antara bahasa Cina Pertengahan Awal dan Akhir, maka para ahli fonologi Cina yang membentuk jadual rima itu hanya mampu bergantung pada tradisi untuk mengetahui nilai masing-masing bagi dua konsonan itu; nyata sekali dua fonem itu diterbalikkan tanpa sengaja pada suatu ketika dahulu.
  • Karlgren juga menganggap bahawa hentian gelungan BCP Awal sebenarnya adalah hentian lelangit berasaskan kecenderungan konsonan-konsonan itu berpasangan dengan vokal depan dan /j/, tetapi lama-kelamaan ini didapati tidak betul.
  • Karlgren menganggap bahawa konsonan bersuara sebenarnya bersuara mengah. Kini, ini dianggap tepat hanya untuk BCP Akhir, bukan BCP Awal.
awalanWilliam H. Baxter,
notasi "mesra ASCII"
Bernhard Karlgren
bb
dd
ʈtrȶ
ʈʰtrhȶʰ
ɖdrȡʱ
ɳnrn
dzdzdzʱ
tsr
tʂʰtsrhtʂʰ
dzrdʐʱ
ʂsrʂ
ʐzrdʐʱ
tsy
tɕʰtsyhtɕʰ
dzyʑ
ɕsyɕ
ʑzydʑʱ
ɲnyȵʑ
ɡgɡʱ
ŋngŋ
ʔ'ʔ
xxx
ɣhɣ
[ɦ]h(none)
jy(none)

Bahasa Cina Pertengahan Akhir

Jadual yang berikut memaparkan konsonan-konsonan Bahasa Cina Pertengahan Akhir (BCP Akhir) mengikut sepersetujuan masa kini. Seperti dengan bahasa Cina Pertengahan Awal, kesemua konsonan ini boleh disebut di awal suku kata, tetapi hanya /p/, /t/, /k/, /m/, /n/, /ŋ/ dan mungkin juga /j//w/ boleh timbul di akhir suku kata. Antara perubahannya ialah:

  1. Sibilan lelangit bergabung dengan sibilan gelungan.
  2. /ʐ/ bergabung dengan /dʐ/ (maka /dʐ/ mencerminkan empat fonem BCP Awal yang berasingan).
  3. Sengauan lelangit /ɲ/ juga menjadi gelungan, tetapi berubah menjadi fonem baru /ɻ/ daripada bergabung dengan mana-mana fonem yang sedia ada.
  4. Serantaian baru konsonan bibir-gigi muncul daripada konsonan bibir dalam suasana tertentu, khususnya yang ada penyuaraan depan dan pembundaran bibir (cth. /j/ tambah vokal belakang mengikut rekonstuksi Baxter, ataupun vokal bundar depan mengikut rekonstruksi Chan).
  5. Obstruen bersuara mendapat fonem suara mengah (yang masih terdapat dalam loghat-loghat bahasa Wu).
  6. [ɦ] (alofon /ɣ/ sebelum /j/) hilang.
Awalan Bahasa Cina Pertengahan Akhir
Letupan/
Letusan
SengauanSisianGeseranMalaran tak geser
Tenuis
Berhembus
次清
Bersuara
mengah
Suara
Tenuis
Bersuara
mengah
Suara
Bibir
Dwibibir p b m
Bibir-gigi (p)f (p)fʰ 1(b)v mv 2
Korona
Gusi t d n l
Gelungan ʈ ʈʰ ɖ ɳ ɻ[perlu rujukan]
Lelangit j
Sibilan
Gusi ts tsʰ dz s z
Gelungan 穿 tʂʰ ʂ (ʐ) 3
Velum k ɡ ŋ x ɣ
Glotis ʔ

↑1  Bentuk anggapan teori yang berpadanan dengan suku-suku kata BCP Awal dengan /pʰ/; tidak berbeza dengan/(p)f/ secara sinkronik.

↑2  Awalan yang luar biasa. Para ilmuwan tidak sebulat suara tentang sebutan yang sebetulnya, sama ada [ɱ], [w̃] mahupun [ʋ]. (Bagaimanapun, menurut Peter Ladefoged dan Ian Maddieson,[3] bunyi [ɱ] jarang sekali wujud sebagai fonem jika ada pun.) Kini, bunyi ini menjadi [w], [v]/[ʋ] atau [m] dalam pelbagai loghat Cina masa kini.

↑3  Bentuk anggapan teori sebagai cubaan mengekalkan perbezaan antara letusan bersuara dan geseran bersuara dalam BCP Awal. Pada hakikatnya, kedua-dua bunyi itu bergabung menjadi /dʐ/ dalam BCP Akhir.

Akhiran suku kata (韻母)

Struktur suku kata Cina

Akhiran atau "rima" ini disifatkan sebagai terdiri daripada tiga komponen berikut, iaitu (mengikut turutan): geluncuran atau "penengah" yang tidak wajib (sama ada geluncuran separuh vokal yang sebenar seperti /j/ atau /w/, atau "geluncuran" vokal seperti /i/ dalam diftong /ie/); satu vokal utama yang wajib; dan konsonan penutup atau "koda" yang tidak wajib (/j/, /w/, /m/, /n/, /ŋ/, /p/, /t/, atau /k/).

Qieyun

Kamus rima Qieyun (c. 600 M) merupakan sumber sebutan aksara dalam Bahasa Cina Pertengahan Awal. Ia mengumpulkan aksara-aksara yang seiras sebutannya ke dalam kelas-kelas homofon dan memerikan setiap kelas sempena dua aksara fanqie, iaitu satu yang berpadan dengan bunyi awalan aksara dalam kelas homofon dan satu yang berpadan dengan akhirannya. Penggunaan fanqie merupakan inovasi penting dalam Qieyun kerana ia membolehkan sebutan semua aksara dihuraikan setepatnya; kamus-kamus sebelumnya hanya menjelaskan sebutan aksara-aksara yang kurang biasa digunakan dengan memadankan bunyinya dengan aksara biasa yang paling seiras bunyinya. Qieyun ini nampaknya menggunakan berbilang aksara fanqie yang bersinonim untuk mewakili setiap awalan tertentu; begitu juga untuk akhiran. Para ahli bahasa Cina terpaksa membuat kerja dengan teliti untuk membilang jumlah kategori setiap awalan dan akhiran. Caranya ialah menyamakan dua fanqie apabila satu digunakan dalam ejaan fanqie sebutan yang satu lagi, kemduian menggunakan penutupan transitif untuk membentuk kelompok besar. (Contoh: jika satu aksara tertentu dieja sebutan sebagai AB mengikut fanqie, dan sebutan aksara A dieja sebutan sebagai CD mengikut fanqie, dan aksara C dieja sebut sebagai EF mengikut fanqie lagi, maka ketiga-tiga A, C dan E merupakan aksara fanqie yang sama untuk bunyi awalan yang sama.) Kamus Qieyun mengelaskan homonim dalam 95 jadual, satu untuk satu rima, yang menerangkan sistem fonologi dengan 167 akhiran berasingan. Berbilang akhiran yang dikelompokkan dalam satu kelas rima pada umumnya hanya berbeza pada penengah (khususnya yang ada /w/) ataupun pada pasangan ganda (rujuk di bawah).

Yunjing

Kamus Yunjing (c. 1150 M) merupakan jadual rima yang tertua dan menyediakan analisa fonologi yang lebih terperinci mengenai sistem yang terdapat dalam Qieyun. Harus diingatkan bahawa Yunjing dikarang berabad-abad selepas Qieyun, apatah lagi para pengarang Yunjing cuba mentafsirkan sistem fonologi yang agak berbeza dengan loghat Bahasa Cina Pertengahan Akhir yang dituturkan oleh mereka. Mereka memang sedar akan hakikat ini, dan cuba menyusun semula fonologi Qieyun sebaik-baiknya dengan menganalisa secara teliti kelaziman-kelaziman yang ada dalam sistem dan hubungan penyebutan bersama antara awalan dan akhiran yang dinyatakan oleh aksara-aksara fanqie. Bagaimanapun, analisa ini tidak terlepas daripada sedikit pengaruh daripada Bahasa Cina Pertengahan Akhir yang perlu diambil kira ketika mentafsirkan aspek-aspek yang rumit dalam sistem ini.

Yunjing disusun kepada empat bahagian, satu untuk satu nada, mengikut sistem empat nada tradisional. Dalam setiap bahagian ada 43 jadual, setiap satu mengandungi 4 baris dan 23 lajur. Setiap petak dalam jadual mengandungi satu aksara yang berpadan dengan kelas homofon tertentu dalam Qieyun, jika wujudnya aksara sedemikian. Daripada susunan ini, setiap kelas homofon boleh digolongkan dalam kategori-kategori berikut:

  1. Nada ([聲調] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan) shēngdiào "laras bunyi"), iaitu sistem empat nada tradisioal yang mana akhiran yang ditutup dengan /p/, /t/ atau /k/ merupakan bentuk nada masuk bagi akhiran yang ditutup dengan /m/, /n/ atau /ŋ/, bukannya akhiran yang berasingan pun.
  2. Nombor jadual (1 hingga 43). Setiap jadual berpadan dengan mana-mana daripada 95 kelas rima Qieyun, dan tidak satu kelas rima pun yang dipecahkan kepada dua jadual. Harus diingatkan bahawa 34 daripada 95 kelas rima Qieyun berakhir dengan /p/, /t/ atau /k/, oleh itu dianggap oleh Yunjing sebagai lainan nada, bukan akhiran yang berasingan; iaitu akhiran-akhiran dalam kelas ini terletak dalam bahagian nada masuk, dalam jadual yang sama dengan kedudukan akhiran berpadan yang ditutup dengan /m/, /n/ atau /ŋ/ untuk tiga nada yang lain. Penjadualan 64 kelas rima yang selebihnya terdapat dua cara, iaitu:
    • menggabungkan perihal-perihal yang mana dua kelas rima berbeza pada penengahnya sahaja; selalunya, kelas rima Qieyun sudah pun mengumpulkan akhiran mengikut penengah.
    • mengumpulkan kelas-kelas rima yang serupa vokal utamanya (cth. /ɑ/, /a/, /ɛ/) yang tidak disebut bersama awalan yang sama, supaya konflasi (penggabungan) homofon tidak terjadi. (Hal-hal sebegini sering mencerminkan situasi yang mana satu vokal dalam bahasa Cina Lama kemudiannya berpecah.) Perhatikan juga bahawa kelas-kelas rima yang berbeza pada kehadiran atau ketiadaan pembundaran bibir penengah (cth. /w/ lwn tiada /w/, atau /y/ lawan /i/) tidak sesekali digabungkan dalam jadual yang sama.
  3. Gred ([等] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan) děng "pangkat"), iaitu I, II, III atau IV, sepadan dengan baris. Kategori ini berkaitan dengan perbezaan pada pempalatalan awalan suku kata (cth. gelungan lwn. lelangit lwn. gusi) atau penengah (cth. /i/, /j/, /ji/ atau tiada, mengikut transkripsi Edwin Pulleyblank). Namun demikian, kepentingan sebenar kategori ini sukar untuk ditafsirkan dan amat dipertikaikan; rujuk di bawah.
  4. Awalan ([聲母] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan) shēngmǔ "ibu bunyi"), sepadan dengan lajur. Perhatikan bahawa Yunjing membezakan 36 awalan tetapi hanya menggunakan 23 lajur setelah menggabungkan konsonan lelangit, gelungan, dan gusi di bawah lajur yang sama. Ini tidak menyebabkan adanya dua kelas homofon yang dikonflasi, kerana gred-gred (baris-baris) disusun agar semua bakal pasangan minimum yang dibezakan dengan aksara awalan "gelungan lwn lelangit lwn gusi" diletakkan dalam baris-baris yang berbeza.

Setiap awalan dikelaskan lagi seperti berikut:

  1. Daerah artikulasi:
    • bibir ([脣] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan) chún "bibir")
    • gusi ([舌] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan) shé "lidah")
    • velar ([牙] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan) "gigi belakang")
    • letusan dan sibilan ([齒] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan) chǐ "gigi depan")
    • gutural ([喉] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan) hóu "kerongkong")
  2. Pembunyian:
    • tak bersuara ([清] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan) qīng "jernih")
    • tak bersuara berhembus ([次清] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan) cìqīng "kedua jernih")
    • bersuara ([濁] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan) zhuó "keruh")
    • sengauan atau likuida ([清濁] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan) qīngzhuó "jernih keruh")

Setiap satu daripada 43 jadual ini dikelaskan lagi seperti berikut:

  1. Satu daripada 16 kelas shè ([攝] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan)); nampaknya sepadan dengan kelas rima Bahasa Cina Pertengahan Akhir.
  2. "dalam" (nèi [內] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan)) atau "luar" (wài [外] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan)). Pengertiannya masih dibincangkan tetapi pernah difikirkan bahawa ia memaksudkan ketinggian vokal utama, iaitu akhiran "luar" yang bervokal rendah ({{IPA|/ɑ/ atau /a,æ/) dan akhiran "dalam" yang vokalnya bukan rendah.
  3. "mulut terbuka" ([開口] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan) kāikǒu) atau "mulut rapat" ([合口] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan) hékǒu), menunjukkan sama ada wujudnya unsur pembundaran vokal. Akhiran "rapat" mempunyai vokal bundar (cth. /u/) atau geluncuran bundar.

Gred lwn bahagian

Apabila dua atau lebih kelas rima Qieyun digabungkan dalam satu jadual, kelas-kelas rima yang berbeza biasanya terletak di baris-baris (gred) yang berbeza. Tiga situasi telah dikenal pasti yang mana satu kelas rima dipecahkan kepada dua atau lebih baris.

  1. Lima kelas rima nampaknya dipecahkan mengikut adanya atau tidak penengah /j/: [戈] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan) (rapat) –wa –jwa (gred 1 dan 3); [麻] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan) –æ, -jæ (gred 2 dan 3); [庚] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan) –æng, -jæng (gred 2 dan 3); [東] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan) –uwng, -juwng (gred 1 dan 3); [屋] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan) –uwk, -juwk (gred 1 dan 3). Dalam hal ini, gred-gred yang berbeza ini berpadan dengan akhiran Bahasa Cina Pertengahan Awal yang berbeza.
  2. Sesetengah kelas rima "ganda" ([重紐] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan) chóngniǔ "butang ulang") yang menggabungkan dua akhiran Bahasa Cina Pertengahan Awal, memecahkan semula akhiran itu supaya satu akhiran diletakkan dalam gred 3 dan satu lagi di gred 4. Dalam semua hal sedemikian, akhiran yang berpasangan itu mempunyai hasil yang seiras di semua loghat Cina moden serta serapan Sino-Jepun dan Sino-Korea; bagaimanapun, perbezaaannya nyata dalam serapan Sino-Vietnam. Hasil kedua-dua akhiran gred 3 dan 4 dalam loghat-loghat Cina moden pada amnya menampakkan pempalatalan; tetapi dalam Sino-Vietnam hanya akhiran gred 4 yang dipalatalkan sedemikian. Karlgren terlepas pandang perbezaan ini, tetapi semua ahli linguistik moden memandang berat pembezaan ini. Rekonstruksi terkini biasanya mengambil kira tahap pempalatalan yang lebih ketara dalam akhiran gred 4 berbanding akhiran gred 3 (cth. penengah /j/ lwn /i/, /ji/ lwn /j/, atau /ji/ lwn /i/).
  3. Diperhatikan bahawa konsonan letusan lelangit, gelungan dan gusi digabungkan dalam satu lajur. Apabila satu akhiran tertentu disebut dengan lebih daripada satu awalan ini, akhiran tersebut dipecahkan mengikut baris supaya awalan gelungan masuk baris 2, awalan lelangit masuk baris 3, dan awalan gelungan masuk baris 4. Perhatikan bahawa dalam hal ini, bukan sahaja satu rima Qieyun, malah satu akhiran Bahasa Cina Pertengahan Awal berpecah menjadi tiga.

Dalam perihal terakhir yang disebutkan, perpecahan kepada baris-baris itu nyata dibuat. Selain itu, dalam hal pasangan "ganda", kedua-dua akhiran nampaknya ada pempalatalan yang pada amnya merupakan sifat gred 3 tetapi bukan gred 4. Kesannya, ahli linguistik menyangka bahawa semua akhiran yang terlibat mestilah dalam gred 3 tetapi terletak di tempat lain semata-mata untuk memampatkan jadual; jika tidak, lajur atau jadual tambahan perlu dibuat untuk mengelakkan konflasi homofon.

Demi memudahkan perkara ini, perlunya membezakan "gred" (baris sebenar yang terletaknya kelas homofon) dan "bahagian" (baris yang sewajarnya terletaknya kelas itu). Rencana ini membezakan gred mengikut angka Arab 1 2 3 4 dan bahagian mengikut angka Roman I II III IV. Selain itu, akhiran ganda di bahagian III gred 4 ditunjukkan dalam jadual hasil akhir di bawah sebagai III/4.

Hubungan antara awalan dan bahagian akhiran

Jadual berikut menunjukkan hubungan penyebutan bersama antara konsonan awalan mengikut kelas dan bahagian-bahagian akhiran.

Perhatian
  • Akhiran ganda dinyatakan sebagai III-ganda (jika didapati dalam gred 3) atau III/4-ganda (jika didapati dalam gred 4).
  • Akhiran III-campur merupakan akhiran yang tidak didapati dalam pasangan ganda tetapi dipecahkan kepada gred-gred berlainan dengan awalan sibilan mengikut sifat konsonan awalan (gelungan, lelangit atau gusi).
  • Akhiran III-bebas adalah yang selebihnya.
DivisiPTTrKTSTSrTSyly
Iyaya--yaya (bukan /z/)----ya--
IIya--yaya------sedikit--
III-bebasya----ya----------
III-campur, III-gandaya--yayaya (gred 4)ya (gred 2)ya (gred 3)ya--
III/4-gandaya----ya----------
IVyaya--yaya----yaya

Jadual akhiran Bahasa Cina Pertengahan Awal

Jadual berikut menyenaraikan "akhiran" (i.e. seluruh suku kata selain konsonan awalan) Bahasa Cina Pertengahan Awal (BCP Awal) yang direkonstruksi oleh berbagai-bagai ahli linguistik. Ia juga menyenaraikan hasil Bahasa Cina Pertengahan Akhir (BCP Akhir) mengikut Pulleyblank, dan hasil Bahasa Mandarin Baru dalam ejaan Pinyin. Jadual ini tidak menyatakan dengan jelas akhiran yang berakhir dengan /p/, /t/ atau /k/ (iaitu suku kata "nada masuk"), tetapi ini boleh didapati dengan menggantikan /m/ dengan /p/, /n/ dengan /t/, dan /ŋ/ dengan /k/. Perhatikan bahawa sesetengah lajur bukan betul-betul dalam IPA.

Hasil Bahasa Cina Pertengahan Akhir (BCP Akhir)

Kod untuk kelas awalan:

  • G = gutural (velar atau larinks, iaitu konsonan belakang)
  • P = bibir (termasuk bibir-gigi)
  • PG = bibir atau gutural (iaitu konsonan grava)
  • A = konsonan akut (mana-mana selain PG)
  • SR = sibilan gelungan BCP Awal
  • ST = sibilan gusi
  • M = /m/
  • RXLʔ = gelungan BCP Awal, sibilan lelangit BCP Awal, /l/ atau /ʔ/
Hasil Bahasa Mandarin Baku

Hasil moden ini dinyatakan dengan kod-kod berikut:

  • P = hentian dwibibir (p, b)
  • PM = dwibibir (p, b, m)
  • F = bibir-gigi (f, w < /m-/)
  • T = hentian gusi (t, d)
  • S = sibilan gusi (c, z, s)
  • Š = sibilan gelungan (ch, zh, sh)
  • ŠR = gelungan (ch, zh, sh, r)
  • K = velum (k, g, h)
  • Q = sibilan lelangit (q, j, x); mengambil tempat konsonan velum atau sibilan gusi apabila disusuli oleh i atauü
  • G = gutural (velum atau tiada awalan; bagi yang tiada awalan, berpunca dari BCT ʔ- atau ŋ-/ng-, adakalanya dieja w- atau y- dalam Pinyin)
  • J = "jutural" (sama dengan gutural tetapi dengan sibilan lelangit di tempat konsonan velum; terdapat sebelum i atau ü)

Hasil-hasil ini tertulis sama ada dalam bentuk hasil satu demi satu dalam Pinyin, atau hasil gabungan dalam "Pinyin palsu" (yang mana hasil itu bermula dengan tanda "-" atahu huruf besar). "Pseudo-Pinyin" menggunakan kelaziman Pinyin tanpa sebarang singkatan yang biasanya terdapat dalam Pinyin. Contoh:

  • "-uei" menandakan sebutan /uei/ yang lazimnya dieja -ui atau wei
  • "-üe" menandakan sebutan /ye/ [ɥɛ], yang lazimnya dieja -ue (selepas q-, j-, x-); -üe (selepas l-, n-); atau yue
  • "-i" menandakan sebutan /i/ (lazimnya [i], tetapi [ɨ] selepas sibilan gusi atau gelungan); lazimnya dieja -i atau yi

Di mana tidak dinyatakan, pilihan sama ada konsonan velum atau lelangit disebut itu ditentukan oleh huruf vokal yang berikut: huruf lelangit sebelum -i atau , huruf velum bagi yang selebihnya.

Contoh: A listed outcome like -uo, Ge, PMo; juta Ta, kk. wo bererti bahawa hasilnya -e bagi konsonan gutural (iaitu ge, ke, he, e); -o untuk konsonan bibir (iaitu po, bo, mo); dan -uo bagi selebihnya; tetapi bagi hentian gusi, ada juga -a (iaitu sama ada tuo, duo atau ta, da), dan wo kadang-kadang terhasil di tempat e sebagai hasil dari BCP ʔ- atau ŋ- (hasil kedua-duannya ialah "awalan kosong" yang dikira sebagai "gutural" dalam hasil moden).

Hasil-hasil ini menganggapkan perkaitan normal antara awalan BCP Awal dan awalan Bahasa Mandarin Baku:

  • Hentian dan geseran bersuara BCP Awal hilang suaranya dalam bahasa Mandarin; hentian dalam suku kata dengan nada 1 berhembus, yang selebihnya tidak berhembus.
  • Sibilan lelangit dan hentian gelungan BCP Awal menjadi sibilan gelungan dalam bahasa Mandarin.
  • Perubahan sengauan BCP Awal ke Mandarin: nr- menjadi n-; ny- menjadi r-, atau kadang-kalanya suku kata er; ng- digugurkan.
  • Konsonan gutural BCP Awal /ʔ-/ digugurkan, h- digugurkan dari jujukan hj-.
  • Konsonan velum dan sibilan gusi BCP Awal menjadi sibilan lelangit sebelum -i- atau -ü- (/y/) dalam bahasa Mandarin awal.
  • Bagi akhiran-akhiran tertentu, hentian bibir BCP Awal menjadi f- Mandarin, sementara m- BCP Awal biasanya menjadi w- Mandarin; inilah yang ditandai oleh F-. Huruf kecil f- terdapat pada akhiran yang mana hentian bibir BCP Awal menjadi f- Mandarin, tetapi sama ada tiada contoh jelas bagi m- BCP Awal dengan akhiran yang sama, mahupun m- BCP Awal dengan akhiran itu menjadim- Mandarin, bukan w-.

Terdapat beberapa situasi yang mana dua awalan BCP Awal yang berbeza telah bergabung, namun hasil modennya tetap berbeza bergantung pada awalan BCP Awalnya:

  • Sibilan gelungan dan lelangi BCP Awal bergabung dalam BCP Akhir, tetapi adakalanya hasil modennya berbeza. Cth: di bawah -ip, notasi -i, Še < SR- bererti bahawa syip BCP Awal > shi tetapi srip BCP Awal > she.
  • ng- dan ʔ- BCP Awal kedua-duanya hilang, tetapi adakalanya berbeza hasilnya. Cth: -ai, ya < ʔ-, Qie bererti bahawa hasil modennya ialah ya bagi suku kata BCP Awal yang bermula dengan ʔ-, dan ai bagi suku kata BCP Awal yang bermula dengan ng- /ŋ-/. Selain itu, -ao, ao < ʔ-, Jiao bererti bahawa hasil modennya ialah ao bagi suku kata BCP Awal yang bermula dengan ʔ-, dan yao bagi suku kata BCP Awal yang bermula dengan ng-/ŋ-/ (oleh sebab J- merangkumi konsonan-konsonan velum yang asal); begitu juga untuk -uo, wo < ʔ-, Jüe, yang menandakan wo lwn yue.
Kelas rima YunjingKelas rima QieyundivisipembundaranBernhard KarlgrenLi RongEdwin G. Pulleyblank 1William H. BaxterAbraham Y.S. ChanSebutan bahasa Mandarin Baku
BCP AwalBCP AkhirJinlingLuoyangnormalAkhir -p/t/k
果 (luar)Ibukaɑɑa [ɑ]a [ɑ], Pua [ɑ]aɑɐ-uo, Ge, PMo; juga Ta, kk. wo
Itutupwa [wɑ]ua [uɑ]wa-uo; juga Ge
III-campurbukai̯ɑɨa [ɨɑ]ia [iɑ]jaɑœQie
III-campurtutupi̯wɑiuɑua [uɑ]ya [yɑ]jwaQüe
假 (luar)IIbukaaaaɨ (ɛɨ)aː [ɑː], Gjaː [Gjɑː]ææɛ-a, Jia
IItutupwauawaɨ (wɛɨ)waː [wɑː]-ua
III-campurbukai̯aiaia [iɑ]ia [iɑ]Jie, ŠRe
遇 (dalam)Itutupuooɔuǝ̆ [uɔ]uuə-u
III-campurtutupi̯woɨǝ̆iǝ̆ [iɛ], SRəǝ̆ [SRɤ] (yǝ̆ [yɛ], SRuǝ̆ [SRuɔ])joœø-ü, Fu, ŠRu
III-campurtutupi̯uiouǝ̆yǝ̆ [yɛ], SRuǝ̆ [SRuɔ]juøø
Kelas rima YunjingKelas rima QieyundivisipembundaranBernhard KarlgrenLi RongEdwin G. Pulleyblank 1William H. BaxterAbraham Y.S. ChanSebutan bahasa Mandarin Baku
BCP AwalBCP AkhirJinlingLuoyangnormalAkhir -p/t/k
蟹 (luar)Ibukaɑ̌iɒiəjajojəjəj-ai, Pei
Itutupuɑ̌iuɒiwəjuajwojʏjʏj-uei, PMei, lei, nei
Ibukaɑiɑiajajajɑjɐj-ai, Pei
Itutupwɑiuɑiwajuajwajwɑjwɐj-uei
IIbukaǝ̆iɛiəɨjaːj, Gjaːjɛjɑjɛj-ai, Qie; juga Pei
IItutupwǝ̆iuɛiwəɨjwaːjwɛjwɑjwɛjKuai
IIbukaaiɛaɨjaːj, Gjaːjɛ (ɛɨ)2ɛɛj-ai, ya < ʔ-, Qie; juga Pa
IItutupwaiwaɨjwaːjwɛ (wɛɨ)2wɛj-ua; juga wai
IIbukaaiaiaɨj(s)3aːj, GjaːjæjH3æjɛj-ai, Qie
IItutupwaiuaiwaɨj(s)3waːjwæjH3wæjwɛjKuai
III-gandabukai̯ɛiiɛiiajiajjejejej-i
III/4-gandabukajɛijiajPGjiajjiejjejjej
III-gandatutupi̯wɛiiuɛiwiajyajjwejwejwej-uei
III/4-gandatutupjuɛijwiajPGjyajjwiejwjejwjej
III-bebasbukai̯æiiɐiɨajiajjojøjøjfei, yi
III-bebastutupi̯wæiiuɐiuajyajjwojwøjwøjKuei
IVbukaieieiɛjPGjiaj, Aiajejɐjɪj-i
IVtutupiweiueiwɛjGjyajwejwɐjwɪjKuei
止 (dalam)III-gandabukaieiǝ̆i, SRṛ, STẓjeei-i, er < ny-; kk. Pei
III/4-gandabukajejiǝ̆PGjijiejeji
III-gandatutupwiěiuewiǝ̆yj, SRujjwewewi-uei, lei
III/4-gandatutupjuejwiǝ̆PGjyjjwiewjewji
III-gandabukaiiii, SRṛ, STẓijii-i, er < ny-; kk. PMei
III/4-gandabukajijiPGjijijjiji
III-gandatutupwiuiwiyj, SRujwijwiwi-uei, lei, yi?
III/4-gandatutupjuijwiPGjyjjwijwjiwji
III-campurbukaiɨi, SRṛ, STẓiie-i, er < ny-
III-bebasbukaěiiəiɨjijɨjyjyjJi, Fei
III-bebastutupwěiiuəiujyjjwɨjwyjwyjGuei
Kelas rima YunjingKelas rima QieyundivisipembundaranBernhard KarlgrenLi RongEdwin G. Pulleyblank 1William H. BaxterAbraham Y.S. ChanSebutan bahasa Mandarin Baku
BCP AwalBCP AkhirJinlingLuoyangnormalAkhir -p/t/k
效 (luar)Ibukaɑuɑuaw(u)awawɑwɐw-ao
IIbukaauauaɨwaːw, Gjaːwæwɛwɛw-ao, ao < ʔ-, Jiao
III-gandabukai̯ɛuiɛuiawiawjewewew-iao, ŠRao
III/4-gandabukajɛujiawPGjiawjiewjewjew
IVbukaieueuɛwPGjiaw, Aiawewɪwɪw
流 (dalam)Ibukaə̆uuəwəwuwʉu-ou; juga mu
III-campurbukaiə̆uiuuwiw, SRəw, Məwjuwyy-iou, fou, mou, ŠRou; juga Sou < Š-
III/4-gandabukai̯ĕuiĕujiwjiwjiwiwiw-iou
Kelas rima YunjingKelas rima QieyundivisipembundaranBernhard KarlgrenLi RongEdwin G. Pulleyblank 1William H. BaxterAbraham Y.S. ChanSebutan bahasa Mandarin Baku
BCP AwalBCP AkhirJinlingLuoyangnormalAkhir -p/t/k
咸 (luar)Ibukaɑ̌mɒməmamomɔmɔm-an-a, Ke
Ibukaɑmɑmamamamɑmɐm
IIbukaǝ̆mɐməɨmaːm, Gjaːmɛmɛmɛm-an, JianJia, Ša
IIbukaamamaɨmaːm, Gjaːmæmæmɛm
III-gandabukai̯ɛmiɛmiamiamjemømøm-ian, ŠRan-ie, Še
III/4-gandabukajɛmjiamPGjiamjiemjøm?jøm?
III-bebasbukai̯æmiɐmɨamiamjæmemem-ian, fan-ie, fa
III-bebastutupi̯wæmiuɐmuamiamjom/jwom?œmøm
IVbukaiememɛmPGjiam, Aiamemɪmɪm-ianQie
深 (dalam)III-gandabukai̯əmiəmimim, SRəmimimim-in, ŠRen; juga Sen < Š--i, Še < SR-
III/4-gandabukajəmjimPGjimjimjimjim
Kelas rima YunjingKelas rima QieyundivisipembundaranBernhard KarlgrenLi RongEdwin G. Pulleyblank 1William H. BaxterAbraham Y.S. ChanSebutan bahasa Mandarin Baku
BCP AwalBCP AkhirJinlingLuoyangnormalAkhir -p/t/k
山 (luar)Ibukaɑnɑnanananɑnɐn-an-a, Ge, PMo
Itutupuɑnuɑnwanuanwanwɑnwɐn-uan-uo
IIbukaananaɨnaːn, Gjaːnænænæn-an, Jian-a, Jia
IItutupwanuanwaɨnwaːnwænwænwæn-uanKua
IIbukaǝ̆nɛnəɨnaːn, Gjaːnɛnɛnɛ-an, Jian-a, Jia
IItutupwǝ̆nuɛnwəɨnwaːnwɛnwɛnwɛnKuanGua
III-gandabukai̯ɛniɛnianianjenenen-ian, ŠRan-ie, ŠRe
III/4-gandabukajɛnjianPGjianjienjenjen
III-gandatutupi̯wɛniuɛnwianyanjwenwenwen-uan, Jüan; juga lianJüe, lie, Šuo
III/4-gandatutupjuɛnjwianPGjyanjwienwjenwjen
III-bebasbukai̯æniɐnɨanianjonønønJian, FanJie, fa
III-bebastutupi̯wæniuɐnuanyanjwonwønwønJüan, fanJüe
IVbukaienenɛnPGjian, Aianenɪnɪn-ian-ie
IVtutupiwenuenwɛnjyanwenwɪnwɪnJüanQüe
臻 (dalam)IbukaənənənənonənənGenKe
Itutupu̯ənuənwənunwonʏnʏn-uen, PMen-u, PMo, ne
III-gandabukai̯ɛniɛninSRənininin-in, ŠRen; juga Sen < Š--i, Še < SR-
III-gandabukai̯ēniēninin, SRənininin
III/4-gandabukajēnjinPGjinjinjinjin
III-gandatutupi̯wēniuēnwinynwinwinwin-uen, Jün
III-gandatutupi̯uēniuēnwinynwinwinwin
III/4-gandatutupjuēnjwinPGjynjwinjwinjwin
欣(殷?)III-bebasbukai̯əniənɨninjɨninynJinJi
III-bebastutupi̯uəniuənunyn, yt, SRutjunynynJün, FenJü, Fu
Kelas rima YunjingKelas rima QieyundivisipembundaranBernhard KarlgrenLi RongEdwin G. Pulleyblank 1William H. BaxterAbraham Y.S. ChanSebutan bahasa Mandarin Baku
BCP AwalBCP AkhirJinlingLuoyangnormalAkhir -p/t/k
宕 (luar)Ibukaɑŋɑŋaŋ [ɑŋ]aŋ [ɑŋ]ɑŋɐŋ-ang-uo, Ge, PMo; juga lao; kk. Sao
Itutupwɑŋuɑŋwaŋ [wɑŋ]uaŋ [uɑŋ]waŋwɑŋwɐŋKuangKuo
III-campurbukai̯aŋiaŋɨaŋ [ɨɑŋ]iaŋ [iɑŋ], SRaːŋ [SRɑːŋ]jaŋœŋœŋ-iang, Fang, ŠRang; juga Šuang < SR--üe, ŠRuo; juga Jiao
III-campurtutupi̯waŋiuaŋuaŋ [uɑŋ]yaŋ [yɑŋ]jwaŋwœŋwœŋKuangQüe
江 (luar)IIbukaɔŋɔŋaɨwŋaːwŋ, RXLʔwaːwŋ, GjaːwŋæwŋɔŋɔŋQiang, Pang, Šuang < TR--uo, wo < ʔ-, Jüe, Pao; juga Qiao, Po
曾 (dalam)Ibukaəŋəŋəŋəǝ̆ŋ [ɤŋ]-eng-e, PMo; juga Sei, lei
Itutupwəŋuəŋwəŋuǝ̆ŋ [uɔŋ]woŋwoŋwoŋKongKuo
III-campurbukai̯əŋiəŋiǝ̆ŋ [iɛŋ], iǝ̆k [iɛk], SRəǝ̆k [SRɤk]-ing, ŠReng-i, Še < SR-; juga Se < SR-
III-campurtutupi̯wəŋiuəŋwiŋyǝ̆ŋ [yɛŋ]wiŋwiŋwiŋtidak diperhatikan
梗 (luar)IIbukaæŋɐŋaɨjŋaːjŋ, GjaːjŋæŋæŋɛŋJing, -eng; juga Keng-ai, Ge; juga PMo, Se < Š-
IItutupwæŋuɐŋwaɨjŋwaːjŋwæŋwæŋwɛŋKengtidak diperhatikan
IIbukaɛŋɛŋəɨjŋaːjŋ, GjaːjŋɛŋɛŋɛŋJing, -eng; juga Keng-ai, Ge; juga Se < Š-
IItutupwɛŋuɛŋwəɨjŋwaːjŋwɛŋwɛŋwɛŋKongKuo
III-gandabukai̯æŋiɐŋiajŋiajŋjæŋjɛŋ-ing, Šeng-i
III-gandatutupi̯wæŋiuɐŋwiajŋyajŋjwæŋweŋwjɛŋQiongtidak diperhatikan
III-gandabukai̯ɛŋiɛŋiajŋiajŋjeŋ-ing, Šeng-i
III/4-gandabukajɛŋjiajŋPGjiajŋjieŋjeŋjeŋ
III-gandatutupi̯wɛŋiuɛŋwiajŋyajŋjweŋweŋweŋQiong, yingyi
III/4-gandatutupjuɛŋjwiajŋjyajŋjwieŋwjeŋwjeŋ
IVbukaieŋɛjŋPGjiajŋ, Aiajŋɪŋɪŋ-ing-i
IVtutupiweŋueŋKwɛjŋjyajŋweŋwɪŋwɪŋQiongtidak diperhatikan
通 (dalam)Itutupəwŋəwŋuwŋʉŋuwŋ-ong, weng, PMeng; kk. Seng-u; juga wo
Itutupuoŋawŋəwŋowŋ
III-campurtutupiuŋiuŋuwŋiwŋ, SRəwŋ, Məwŋjuwŋ-ong, Jiong, feng; juga Kong-u, Jü; juga liu, ŠRou
III-campurtutupi̯woŋioŋuawŋywŋjowŋøŋøŋ

↑1  Jadual ini menggunakan notasi dalam Pulleyblank (1991) (Lexicon of Reconstructed Pronunciation), yang serba sedikit berbeza dengan Pulleyblank (1984) (Middle Chinese), seperti yang berikut:

Middle ChineseLexicon of Reconstructed Pronunciation
a
aaă
iǝ̆
ɨăɨǝ̆
uǝ̆
yǝ̆
ǝăǝǝ̆

↑2  Menurut Baxter (1992), akhiran-akhiran ini dieja ɛɨ dan wɛɨ, tetapi menurut Baxter & Sagart (2010), akhiran-akhiran itu diubah kepada ɛ dan .

↑3  Akhiran-akhiran ini hanya terdapat dalam nada 3 ("nada pergi"). Ini adalah kerana ia berpunca dari akhiran-akhiran bahasa Cina Lama di -ts >-js, sementara akhiran-akhiran bahasa Cina Lama yang sepadan dalam -j hilang /j/. Oleh yang demikian, ia sering terdapat dalam Pulleyblank (1962) sebagai cth.aɨj(s) dan dalam Baxter (1992) sebagai cth. æjH, yang mana s dan H merupakan notasi masing-masing bagi nada ke-3.

Nada (四聲)

Rima bahasa Cina zaman pertengahan juga dilengkapi empat nada iaitu: "nada rata" (平聲 píngshēng), "nada naik" (上聲 shǎngshēng), "nada pergi" (去聲 qùshēng) dan "nada masuk" (入聲 rùshēng). Nada rata, naik dan pergi hanya didapati dalam suku kata yang berakhir dengan bunyi vokal atau konsonan sengau, sementara nada masuk hanya didapati dalam suku kata yang berakhir dengan konsonan hentian.

Bukan mudah untuk menentukan ciri-ciri keempat-empat nada bahasa Cina Pertengahan. Jika mengikut erti harfiah nama nada-nada tersebut, maka "nada rata" itu nada yang mendatar atau berparas sederhana, "nada naik" itu nada yang meninggi atau berparas tinggi, dan "nada pergi" pula nada yang merendah atau berparas rendah. Boleh dikatakan nada masuk bukanlah nada, sebaliknya sifat suku kata yang berakhiran konsonan hentian, tetapi digolongkan sebagai nada berasingan kerana dipercayai bunyinya berbeza dari ketiga-tiga nada lain.

Rujukan

Pautan luar