Bahasa buatan

Bahasa buatan (juga dipanggil bahasa tiruan, bahasa rekaan, bahasa ciptaan, bahasa binaan, atau conlang) merupakan sesebuah bahasa dimana fonologi, tatabahasa, dan/atau perbendaharaan katanya direka oleh seorang atau sekumpulan manusia dan bukannya berkembang secara semulajadi. Terdapat banyak sebab untuk mencipta bahasa buatan:

Bendera Bahasa Buatan yang digunakan oleh komuniti bahasa buatan, ia melambangkan Menara Babel di hadapan matahari.

"Bahasa terancang"

Istilah bahasa terancang kadang-kadang digunakan untuk membawa erti bahasa perantaraan antarabangsa, dan oleh sesiapa yang tidak setuju istilah "buatan" digunakan. Contohnya, tidak ramai penutur bahasa perantaraan Interlingua menganggap bahasa mereka itu sebagai "buatan", kerana tiadanya kandungan bercirikan rekaan, tidak seperti bahasa Esperanto dan Ido. Sesetengah penutur bahasa Esperanto dan Ido juga mengelakkan istilah "bahasa buatan" untuk menafikan apa-apa yang "tidak semulajadi" mengenai penggunaan bahasa mereka dalam komunikasi manusia.

Menggelar sesuatu bahasa itu sebagai "terancang" juga membantu menyelesaikan kesulitan dengan istilah "bahasa buatan": istilah "bahasa terancang" sering digunakan secara longgar untuk merangkumi sebilangan kecil bahasa perantaraan yang tidak dipandang sebagai bahasa buatan. Contohnya, Interlingua memopunyai perbendaharaan kata dan tatabahasa yang terbentuk secara semulajadi yang dikatalogkan dan distandardkan oleh sebuah badan penyelidikan linguistik. Meskipun penstandardan boleh dianggap sebagai satu kaedah perancangan, namun adalah sukar untuk mencirikan bahasa yang kandungannya dikembangkan secara semulajadi sebagai bahasa buatan.

Begitu juga, Latino sine Flexione (LsF) ialah peringkasan bahasa Latin yang mana fleksinya telah digugurkan. As with Interlingua, maka adalah sukar untuk menjelaskan bagaimana LsF boleh dilihat sebagai bahasa buatan. Kedua-dua LsF dan Interlingua dianggap sebagai bahasa perantaraan utama, namun hanya Interlingua yang laris ditutur hari ini.

Di luar komuniti Esperanto, istilah perancangan bahasa membawa erti langkah-langkah preskriptif yang diambil mengenai bahasa semulajadi. Dalam erti kata ini, "bahasa semulajadi" pun mungkin sebenarnya adalah bahasa buatan dari beberapa segi. Bagi tatabahasa preskriptif, yang mana wujudnya hukum-hukum buatan sepenuhnya, keadaan bertambah sukar. Contohnya, hukum dalam bahasa Inggeris yang melarang infinitif pemisahan adalah buatan. Istilah "Glossopoeia" yang dicipta oleh J. R. R. Tolkien juga digunakan untuk membawa erti pembuatan bahasa.

Bahasa a priori dan a posteriori

Sebuah bahasa buatan a priori merupakan suatu bahasa dimana ciri-ciri linguistiknya (seperti perbendaharaan kata, tatabahasa, dan lain-lain) tidak berdasarkan sebarang bahasa semulajadi, manakala sebuah bahasa a posteriori pula sebaliknya.[1] Walaubagaimanapun, pembahagian ini tidak bersifat hitam putih, hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat banyak bahasa buatan yang boleh digelar sebagai bahasa a priori apabila diambil kira sebahagian ciri linguistiknya dan pada masa yang sama, ciri-ciri linguistiknya yang lain, turut membenarkan justifikasi bahawa sesebuah bahasa buatan itu sebagai bahasa a posteriori.

Senarai bahasa buatan

Bahasa Perantaraan Antarabangsa

Bahasa perantaraan antarabangsa (IAL) merupakan bahasa yang dicipta untuk memudahkan komunikasi di antara manusia merentasi garis bahasa ibunda, tanpa niat untukr menghapuskannya.

Nama BahasaKod ISOTahun CiptaanPenciptaHuraian
Bahasa Solresol-1827François SudreSebuah bahasa berdasarkan not-not muzik di dalam Solfege.
Bahasa Volapükvo, vol1879–1880Johann Martin SchleyerBahasa buatan pertama untuk memulakan perkembangan bahasa buatan.
Bahasa Esperantoeo, epo1887Ludwig Lazarus ZamenhofBahasa perantaraan antarabangsa yang paling popular, dan satu-satunya bahasa buatan yang mempunyai penutur yang menggunakannya sebagai bahasa ibunda.
Bahasa Idoio, ido1907sekumpulan penutur EsperantoBahasa buatan yang berasaskan Esperanto.
Bahasa Novialnov1928Otto JespersenSebuah bahasa ciptaan seorang pakar linguistik yang aktif dalam komuniti bahasa Esperanto dan Ido.
Bahasa Kotavaavk1978Staren FetceySebuah bahasa a priori yang berprinsipkan 'netraliti kebudayaan'. Komunitinya kebanyakan terdiri dari penutur bahasa Perancis.
Bahasa Lingwa de planeta-2010Dmitri Ivanov, Anastasia Lysenko, Elena Ivanova, Asya VinogradovaBahasa perantaraan antarabangsa pertama yang menyenaraikan bahasa bukan Eropah sebagai salah satu sumber utamanya.
Bahasa Pandunia-2005-2017Risto KupsalaBahasa buatan yang mengambil sumber dari 21 bahasa antarabangsa.
Bahasa Globasa-2019Hector OrtegaBahasa buatan yang terhasil susulan perselisihan pendapat sewaktu pembangunan bahasa Pandunia.

Bahasa Perantaraan Serantau

Seperti bahasa perantaraan antrabangsa, namun hanya merangkumi penutur kumpulan bahasa tertentu sahaja.

Nama BahasaKod ISOTahun CiptaanPenciptaHuraian
Bahasa Interslavikisv (dicadangkan)2006Ondrej Rečnik, Gabriel Svoboda, Jan van Steenbergen, Igor Polyakov, Vojtěch Merunka, Steeven RadzikowskiBertujuan untuk membantu komunikasi antara penutur bahasa Slavik, dikenali kerana kebolehfahaman yang tinggi di antara penutur bahasa-bahasa slavik.
Bahasa Guosa-Alex G. IgbinewekaBertujuan untuk menjadi lingua franca dalam ECOWAS.

Bahasa direka cipta

Bahasa direkacipta dibuat untuk mengkaji sesuatu hipotesis atau untuk berseksperimen dengan fitur-fitur linguistik yang inovatif. Bahasa-bahasa ini boleh dipecahkan kepada tiga kategori iaitu: bahasa berfalsafah, bahasa eksperimental dan bahasa logikal.

Nama BahasaKod ISOTahun CiptaanPenciptaHuraian
Bahasa Ithkuil-1978–2016John QuijadaSebuah bahasa logikal yang berhasrat untuk menghapuskan sebarang abiguiti dalam komunikasi.
Bahasa Lojbanjbo1987Kumpulan Bahasa LogikalSebuah bahasa logikal yang terhasil susulan kemunculan isu hakcipta berkenaan bahasa Loglan, sebuah bahasa logikal.
Bahasa Toki Ponatok2001Sonja LangSebuah bahasa minimalis yang hanya mempunyai 120 perkataan rasmi.

Bahasa kesenian

Bahasa kesenian merujuk kepada bahasa yang dicipta untuk memberi isian kedalam sesebuah dunia fiksyen. Istilah ini turut merujuk kepada bahasa yang bertujuan untuk menjadi wadah ekspresi seseorang.

Nama BahasaKod ISOTahun CiptaanPenciptaHuraian
Bahasa Quenyaqya1910–1973J. R. R. TolkienSebuah bahasa Elvish, diinspirasi daripada bahasa Finland, Greek dan Yunani Kuno.
Bahasa Sindarinsjn1915-1973J. R. R. TolkienSebuah bahasa Elvish, diinspirasi daripada bahasa Welsh.
Bahasa Klingontlh1989Marc OkrandSebuah bahasa yang ditutur oleh spesis Klingon di dalam siri Star Trek.
Bahasa Na'vi-2005Paul FromerSebuah bahasa yang ditutur oleh spesis Na'vi di dalam siri filem Avatar.
Bahasa Izyadi[1]-2022Mohamad FitriSebuah bahasa yang mengambil inspirasi daripada pelbagai bahasa, misalnya; bahasa Melayu, Arab, Inggeris, Cina dan Sanskrit.

Rujukan

Pautan luar

Pembelajaran
Komuniti
Bagaimana
Panduan
Wiki
🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno