Bendera Itali

Bendera Itali (Itali: Bandiera d'Italia) atau juga diberi jolokan il Tricolore ([tri.ko.lo.re], "[panji] tiga warna") terdiri daripada tiga jalur menegak berwarna hijau, putih dan merah. Rekaan terkini bendera ini mula ditetapkan sejak 18 Jun 1946 sebelum dirasmikan pada 1 Januari 1948.[1]

Bendera Itali atau il Tricolore

Reka bentuk

Spesifikasi warna

Butiran rasmi warna-warna ini diberikan secara rasminya[2] dengan seberapa pindaan[3][4] oleh pemerintah Itali pada 2003. Setakat 23 September 2006, warna-warna Pantone yang ditakrifkan rasmi undang-undang republik[5][6] untuk bendera diperbuat daripada kain poliester seperti berikut:[7]

Nama warnaNomborRGBCMYKHSVHex
 Hijau (Fern Green)17-6153 TC(0, 140, 69)(100%, 0%, 51%, 45%)(150°, 100%, 55%)#008C45
Putih (Bright White)11-0601 TC(244, 245, 240)(0%, 0%, 2%, 4%)(72°, 2%, 96%)#F4F5F0
Merah (Flame Scarlet)18-1662 TC(205, 33, 42)(0%, 84%, 80%, 20%)(357°, 84%, 80%)#CD212A

Perlambangan

Warna-warna dalam bendera ini dikatakan mula dipakai segolongan pelajar Universiti Bologna pimpinan Luigi Zamboni dan Giovanni Battista De Rolandis 13–14 November 1794 yang cuba menumpaskan pemerintahan kepausan yang menguasai kota tersebut pada ketika itu;[8][9] mereka dikatakan telah mendapat ilham daripada pergerakan Jacobin yang merupakan antara pihak pencetus utama revolusi yang menggulingkan kerajaan Perancis pada ketika itu, namun pernyataan ini ada dipertikaikan seberapa sejarawan.[10] Suatu simpulan reben memperingati rusuhan ini dipersembahkan kepada 18 May 1796 Napoleon Bonaparte di Milan; warna-warna ini kemudiannya ditetapkan sebagai warna rasmi pasukan pengawal yang didirikan di rantau Itali diperintah beliau in.[11]

Bendera asas yang menampilkan rekaan triwarna ini mula dipakai Republik Cispadana - sebuah republik naungan Maharaja Napoleon - pada 7 Januari 1797 daripada penggunaan Legione Italiana daripada para askar Legion Lombardia: merah dan putih datang daripada bendera Milan manakala warna hijau datang daripada kelengkapan askar-askar legion ini.[12]

Evolusi reka bentuk bendera utama yang ada di Itali

Rujukan

Pautan luar