Bendera pelangi (LGBT)

Bendera pelangi ialah, simbol utama komuniti lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) seperti dan pergerakan sosial LGBT . Warna-warna tersebut mencerminkan kepelbagaian komuniti LGBT dan spektrum seksualiti dan jantina manusia. Penggunaan bendera pelangi sebagai simbol kebanggaan gay bermula di San Francisco, California, dan menjadi adat di acara gerakan hak LGBT di seluruh dunia.

Bendera pelangi (LGBT)
Versi terkini bendera (1979)
KegunaanSimbol komuniti LGBT
Diterima pakai1978
RekaanBendera berjalur, lazimnya enam warna (dari atas): merah, jingga, kuning, hijau, biru dan ungu.
Direka olehGilbert Baker

Pada asalnya direka oleh artis Gilbert Baker, Lynn Segerblom, James McNamara dan aktivis lain,[1][2][3][4] reka bentuk itu menjalani beberapa semakan selepas bermula pada tahun 1978, dan terus memberi inspirasi kepada variasi. Walaupun bendera pelangi asal Baker mempunyai lapan warna,[5][6] dari 1979 hingga kini, varian yang paling biasa terdiri daripada enam jalur: merah, oren, kuning, hijau, biru, dan ungu. Bendera biasanya dipaparkan secara mendatar, dengan jalur merah di atas seperti pelangi semula jadi.

Sejarah

Bendera pelangi ialah simbol kebanggaan lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBT) dan gerakan sosial LGBT yang digunakan sejak 1970-an.

Asal-usul

Gilbert Baker, dilahirkan pada tahun 1951 dan dibesarkan di Parsons, Kansas, pernah berkhidmat dalam Tentera AS antara 1970 dan 1972. Selepas dilepaskan, Baker belajar menjahit secara sendiri. Pada tahun 1974, Baker bertemu Harvey Milk, seorang pemimpin gay yang berpengaruh yang kemudiannya mencabar Baker untuk mencipta simbol buat komuniti gay.[7] Bendera kebanggaan gay asal dikibarkan pada sambutan Perarakan Hari Kebebasan Gay di San Francisco pada 25 Jun 1978.[8][9] Sebelum peristiwa itu, segi tiga merah jambu telah digunakan sebagai simbol untuk komuniti LGBT, walaupun mewakili satu babak gelap dalam sejarah homoseksual. Rejim Nazi telah menggunakan seg itiga merah jambu sebagai pengenalpastian lelaki yang ditahan sebagai homoseksual di kem tahanan sepanjang Perang Dunia Kedua. Dengan itu, daripada bergantung pada alat penindasan Nazi, pihak LGBT ingin mencari simbol inspirasi baharu.

Versi lapan jalur asal direka oleh Gilbert Baker pada tahun 1978.
Versi tujuh warna kerana ketiadaan kain merah jambu
(1978–79)
Versi enam warna popular sejak tahun 1979, dengan warna pirus dan nila digantikan dengan biru.

Rakan rapat Baker, pembuat filem bebas Arthur J. Bressan Jr., mendesaknya untuk mencipta simbol baharu pada "fajar baharu kesedaran dan kebebasan gay".[10] Menurut profil yang diterbitkan dalam Bay Area Reporter pada 1985, Baker "memilih motif pelangi kerana perkaitannya dengan pergerakan hippie pada 60-an, tetapi dia menyatakan bahawa penggunaan reka bentuk itu bermula sejak zaman Mesir kuno."[11] Orang ramai telah membuat spekulasi bahawa Baker telah diilhamkan oleh lagu Judy Garland, "Over the Rainbow"; Garland adalah antara ikon gay pertama,[12][13] tetapi apabila ditanya, Baker berkata bahawa ia adalah "lebih kepada Rolling Stones dan lagu mereka 'She's a Rainbow'."[14] Baker berkemungkinan dipengaruhi oleh "Bendera Kaum" (dengan lima jalur mendatar: merah, putih, coklat, kuning, dan hitam) yang popular dalam kalangan gerakan keamanan dunia dan <i>hippie</i> pada 60-an.[15][16][17][18]

Bendera pelangi pertama yang ditugaskan oleh jawatankuasa kebanggaan baharu dihasilkan oleh pasukan yang termasuk artis Lynn Segerblom.[19] Segerblom kemudiannya dikenali sebagai Faerie Argyle Rainbow; menurutnya, Segerblom mencipta proses pencelupan asal untuk bendera.[20] Tiga puluh sukarelawan melukis dan menjahit dua bendera pertama bagi tujuan perarakan.[21] Reka bentuk bendera asal mempunyai lapan jalur, dengan makna khusus diberikan kepada setiap warna:[22][23][24]

Merah jambuSeks
MerahKehidupan
JinggaPenyembuhan
KuningSinar matahari
HijauAlam semula jadi
PirusAjaib
NilaKetenangan
VioletSemangat

Kedua-dua bendera yang asalnya dicipta untuk perarakan 1978 dipercayai hilang selama lebih empat dekad, sehingga satu daripadanya ditemui antara barang-barang Baker pada 2020.[25][26]

Selepas pembunuhan Penyelia Bandar Raya San Francisco Harvey Milk yang gay pada 27 November 1978,[27] permintaan bendera pelangi meningkat ketara. Sebagai tindak balas, syarikat bendera Paramount mula menjual versi menggunakan fabrik pelangi stok dengan tujuh jalur: merah, oren, kuning, hijau, pirus, nila dan ungu. Ketika Baker meningkatkan pengeluaran versi benderanya, Baker juga membuang jalur merah jambu panas kerana kain dalam warna itu tidak tersedia. Paramount Flag Co yang berpangkalan di San Francisco juga mula menjual lebihan stok bendera Rainbow Girls dari kedai runcitnya di sudut barat daya Polk and Post yang merupakan tempat kerja Baker.[28]

Pada tahun 1979, bendera itu diubah suai sekali lagi.[29] Bertujuan untuk menghiasi lampu jalan di sepanjang laluan perarakan dengan ratusan sepanduk pelangi, Baker memutuskan untuk membelah motif itu kepada dua dengan bilangan jalur genap mengapit setiap tiang lampu. Untuk mencapai kesan ini, Baker membuang jalur biru yang telah digunakan dalam bendera tujuh jalur. Hasilnya ialah versi enam jalur bendera yang akan menjadi standard pada masa hadapan—merah, oren, kuning, hijau, biru dan ungu.[28]

Rujukan