Bikini

Bikini adalah sejenis pakaian renang wanita terdiri daripada dua bahagian yang menutupi payudara secukupnya manakala satu lagi menutupi bahagian faraj malah juga punggung. Bentuk kedua-dua bahagian baju ini menyerupai pakaian dalam wanita, dan pada bagian bawahnya dapat berupa seluar dalam yang sangat kecil (g-string) sampai brief atau celana pendek square-cut.

Dua orang wanita mengenakan bikini di pantai Salvador, negeri Bahia, Brazil.

Sejarah

Pakaian renang dua potong digunakan wanita untuk kegunaan atletik telah ditemukan di lukisan-lukisan Yunani kuno dari tahun 1400 SM. Bikini modern diperkenalkan oleh Louis Réard, seorang jurutera Perancis, pada 1946 dan menimbulkan kegemparan ketika dipakai di pantai-pantai Perancis pada 1947.

Pakaian jenis ini diberi nama "bikini" sempena Atol Bikini yang menjadi lokasi pengujian bom atom dilangsungkan tentera Amerika Syarikat di sana - berita ini sangat menggemparkan saat pakaian renang ini juga segera menjadi masyhur pada masa sama, maka kejadian dahsyat itu menjadi kiasan dipakai Réard menamakan pakaian renang jenis ini kepada meluasnya pemakaian ia yang diharapkan beliau.[1][2][3][4] Nama atol tersebut serapan nama setempatnya Pikinni dalam bahasa Marshall: pik bermaksud "muka datar" and ni bermaksud "nyiur" (ni dan nyiur turunan seakar Malayo-Polinesia *niuR)[5] sekaligus bermaksud "kawasan nyiur".[6]

Penggunaan

Bikini merupakan pakaian renang pantai yang paling banyak digunakan di dunia, namun penggunaan ia tidak lazim malah ditegah untuk tujuan bersukan misalnya pada pertandingan lumba renang di mana pakaian renang sepotong lebih biasa digunakan.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno