Boeing 737

Boeing 737 ialah pesawat komersil untuk penerbangan jarak dekat dan sederhana. Ia pertama kalinya dibina pada tahun 1967 pesawat Boeng 737 adalah produk Boeing yang paling berjaya dengan jualan sebanyak 5000 unit.

Boeing 737
Air Berlin Boeing 737-700 dalam seragam hibrid Boeing dan Air Berlin
PerananPesawat
Negara pengeluarAmerika Syarikat
PengeluarBoeing Commercial Airplanes
Penerbangan pertama9 April 1967
Pengenalan10 Februari 1968 dengan Lufthansa
StatusAktif
Syarikat penerbangan utamaSouthwest Airlines
Continental Airlines
China Southern Airlines
China Eastern Airlines
Dikeluarkan1968 - semasa
Jumlah dibina5,857 setakat Oktober 2008[1]
Kos unit737-100 AS$32 juta[2]

737 NG AS$50-85 juta (2008)[3][4]

VariasiBoeing T-43
Boeing 737 Classic
Boeing 737 Next Generation
Air Asia Boeing 737-300
Garuda Indonesia Boeing 737-400

Sejarah

Pada era 1960-an, pesawat penumpang berkapasiti rendah dan bagi penerbangan jarak dekat dijuarai oleh BAC 1-11 dan Douglas DC-9. Boeing ketika itu boleh dikatakan terkebelakang berbanding dengan pesaing-pesaingnya dalam pembinaan pesawat jarak dekat. Pada 1964, Boeing memulakan program pembangunan 737 tetapi, untuk menjimatkan masa Boeing menggunakan semula rekaan Boeing 707 dan Boeing 727 dalam pembangunan 737. Ini merupakan satu kelebihan bagi 737 kerana lebar fiuslaj 737 yang direka ini mempu memuatkan enam tempat duduk, lebih satu tempat duduk berbanding BAC 1-11 dan Douglas DC-9. Akan tetapi, keputusan itu juga menyebabkan rekaan tersebut menjadi lapuk dan menimbulkan pelbagai masalah untuk sebarang rancangan pemodenan akan datang.

737-100 adalah rekaan pertama Boeing dan disebabkan fizikalnya yang pendek dan gemuk, Boeing menggelarkannya "FLUF" untuk 'Fat Little Ugly Fella' dimana pada masa yang sama, industri penerbangan memberi gelaran 'Baby Boeing'. Siri -100 dan -200 dapat dibezakan dengan siri-siri yang lain dengan melihat kedudukan enjinya yang bercantum dengan sayap pesawat. Manakala Pratt and Whitney JT8D adalah enjin asal untuk model ini

Penerbangan perdana 737 (sebuah pesawat siri 100) adalah pada 9 April 1967 dan penerbangan komersil pada Februari 1968 oleh Lufthansa. Bagi 737-200, penerbangan perdananya ialah pada 8 Ogos 1967. Akan tetapi, hanya 30 pesawat 737-100 sahaja yang memasuki perkhidmatan.

Pada awal 1980, 737 mengalami perubahan yang besar, iaitu penggantian enjin 737 dari JT8D kepada CFM56. Walau bagaimanapun, enjin ini terlalu besar berbanding dengan JT8D dan menyebabkan ia diampu oleh sayap dan bahagian bawah enjin ini terpaksa diratakan untuk tujuan kelegaan bumi. 737-300 memasuki perkhidmatan pada tahun 1984

Pada 1990 pula, kemunculan Airbus A320 yang dilengkapi dengan teknologi tinggi merupakan satu saingan baru bagi 737. Dan pada tahun 1993 Boeing memulakan pembangunan '737 - X Next Generation (NG)'. Program ini adalah untuk pembinaan siri -600, -700, -800 dan -900.

Dalam pembinaan NG ini, perubahan dilakukan dengan mereka sayap baru, alatan elektronik yang baru dan rekaan semula enjin pesawat. 737 NG dilengkapi dengan teknologi-teknologi dari Boeing 777, tingkap kokpit berteknologi tinggi, sistem dalaman pesawat yang baru (diambil dari 777), dengan penambahan menjadi sayap lawi yang mengurankan kos minyak dan memperbaiki perlepasan pesawat. Pesawat 737 NG boleh dikatakan sebagai sebuah model baru kerana ciri-cirinya yang banyak berbeza dengan siri-siri yang lama. Akan tetapi, Boeing berhenti menggunakan sistem terbang dengan dawai yang digunakan oleh Airbus A320.

Pada tahun 2001, Boeing membina 737-900 yang mampu terbang lebih jauh dan menampung penumpang lebih banyak dari 707.

Kokpit 737 yang ditayangkan di Museum of Flight, Seattle, Washington

Variasi

Model 737 boleh dibahagikan kepada tiga generasi, termasuk sembilan kelainan utama. Model "Original" terdiri daripada 737-100, 737-200/-200 Advanced. Model "Classic" terdiri daripada 737-300, 737-400, dan 737-500. Variasi "Next Generation" terdiri daripada 737-600, 737-700/-700ER, 737-800, dan 737-900/-900ER.

737 asal

737-100

Model awal adalah 737-100. Ia telah dilancarkan oleh Lufthansa pada 1965. -100 telah diperkenalkan pada Januari 17, 1967 dan memasuki perkhidmatan pada 1968. Pesawat ini adalah paling kecil dalam 737. Hanya tiga puluh 737-100 telah ditempah dan diserah, dan tiada 737-100 kekal dalam perkhidmatan pada hari ini.

737-200

737-200 adalah versi 737-100 dengan lanjutan fiuslaj. Ia telah dilancarkan oleh United Airlines pada 1965. -200 telah diperkenalkan pada Jun 29, 1967 dan memasuki perkhidmatan pada 1968. 737-200 Advanced adalah satu versi dari -200 yang diperbaiki, diperkenalkan oleh All Nippon Airways pada 20 Mei 1971.[5] Pesawat ini mempunyai aerodinamik yang meningkat, brek roda automatik, enjin lebih berkuasa, kapasiti bahan bakar lebih banyak dan jarak lebih jauh berbanding -200.[6]

737 Classic

Siri baru 737 Classic memepunyai enjin turbokipas CFM56, yang menghasilkan perolehan penting dalam ekonomi bahan api dan pengurangan bunyi bising, tetapi juga menimbulkan satu cabaran kejuruteraan berbekalkan low ground clearance 737.

737 Next Generation

Sejak awal 1990-an, ia menjadi jelas Airbus A320 yang baru adalah satu ancaman yang serius untuk bahagian pasaran Boeing, sebagaimana Airbus memenangi pelanggan setia 737 dahulunya seperti Lufthansa dan United Airlines.

Spesifikasi

737-100737-400737-500737-600737-700/
737-700ER
737-800737-900ER
Krew kokpitDua
Kapasiti penumpang118 (1-class, dense)
104 (1-class, standard)
168 (1-class, dense),
159 (1-class, standard)
132 (1-class, dense),
123 (1-class, standard))
149 (1-class, dense),
140 (1-class, standard)
189 (1-class, dense),
175 (1-class, standard),
162 (2-class)
215 (1-class, high-density),
204 (1-class, dense),
177 (1-class, standard)
Seat Pitch30 in (1-class, dense),
34 in (1-class, standard)
30 in (1-class, dense), 32 in (1-class, standard)28 in (1-class, high-density),
30 in (1-class, dense),
32 in(1-class, standard)
Seat width17.2 in (1-class, 6 abreast seating)
Panjang94 kaki
(28.6 m)
119 kaki 6 in
(36.5 m)
101 kaki 8 in
(31.1 m)
102 kaki 6 in
(31.2 m)
110 kaki 4 in
(33.6 m)
129 kaki 6 in
(39.5 m)
138 kaki 2 in
(42.1 m)
Rentang sayap93 kaki
(28.3 m)
94 kaki 8 in
(28.9 m)
117 kaki 5 in
(35.7 m)
Tinggi37 kaki
(11.3 m)
36 kaki 5 in
(11.1 m)
41 kaki 3 in
(12.6 m)
41 kaki 2 in
(12.5 m)
Wing Sweepback25° (436 mrad)25.02° (437 mrad)
Aspect Ratio8.839.169.45
Lebar fiuslaj12 kaki 4 in (3.76 m)
Tinggi fiuslaj13 kaki 2 in (4.01 m)
Lebar kabin11 kaki 7 in (3.54 m)
Tinggi kabin7 kaki 3 in (2.20 m)
Berat bersih61,864 lb
(28,120 kg)
73,040 lb
(33,200 kg)
68,860 lb
(31,300 kg)
80,031 lb
(36,378 kg)
84,100 lb
(38,147 kg)
91,108 lb
(41,413 kg)
98,495 lb
(44,676 kg)
Berat berlepas maksimum108,218 lb
(49,190 kg)
149,710 lb
(68,050 kg)
133,210 lb
(60,550 kg)
145,500 lb
(66,000 kg)
Basic: 154,500 lb
(70,080 kg)
ER: 171,000 lb
(77,565 kg)
174,200 lb
(79,010 kg)
187,700 lb
(85,130 kg)
Berat mendarat maksimum99,000 lb
(44,906 kg)
124,000 lb
(56,246 kg)
110,000 lb
(49,895 kg)
121,500 lb
(55,112 kg)
128,928 lb
(58,604 kg)
146,300 lb
(66,361 kg)
Kapasiti kargo650 kaki³
(18.4 m³)
1,373 kaki³
(38.9 m³)
822 kaki³
(23.3 m³)
756 kaki³
(21.4 m³)
966 kaki³
(27.3 m³)
1,591 kaki³
(45.1 m³)
1,852 kaki³
(52.5 m³)
Berlepas pada MTOW6,646 kaki (1,990 m)8,483 kaki (2,540 m)8,249 kaki (2,470 m)8,016 kaki (2,400 m)8,283 kaki (2,480 m)8,181 kaki (2,450 m)
Lelangit perkhidmatan (Service ceiling)35,000 kaki
(10,700 m)
37,000 kaki
(11,300 m)
41,000 kaki
(12,500 m)
Kelajuan terbangMach 0.74 (485 mph, 780 km/h)Mach 0.785 (514 mph, 828 km/h)Mach 0.78 (511 mph, 823 km/h)
Kelajuan maksimumMach 0.82 (544 mph, 876 km/h, 473 kt)
Jarak pada muatan penuh1,860 NM (3,440 km)2,165 NM (4,005 km)2,402 NM (4,444 km)3,050 NM (5,648 km)Basic: 3,365 NM (6,230 km)
WL: 3,900 NM (7,220 km)
ER: 5,375 NM (9,955 km)
3,060 NM (5,665 km)2,700 NM (4,996 km) in 1 class layout,
3,200 NM (5,925 km) in 2 class layout
with 2 aux. tanks
Kapasiti maksimum bahan api4,725 Gelen
(17,860 L)
6,130 Gelen
(23,170 L)
6,296 Gelen
(23,800 L)
6,875 Gelen
(26,020 L)
7,837 Gelen
(29,660 L)
Enjin (x 2)Pratt & Whitney JT8D-7CFM International 56-3B-2CFM 56-3B-1CFM 56-7B20CFM 56-7B26CFM 56-7B27CFM 56-7
Tujah maksimum (x 2)19,000 lbf (84.5 kN)22,000 lbf (97.9 kN)20,000 lbf (89.0 kN)20,600 lbf (91.6 kN)26,300 lbf (116.0 kN)27,300 lbf (121.4 kN)
Tujah terbang (x 2)3,870 lbf (17.21 kN)4,930 lbf (21.92 kN)4,902 lbf (21.805 kN)5,210 lbf (23.18 kN)5,480 lbf (24.38 kN)
Diameter kipas44 in (1.12 m)60 in (1.52 m)61 in (1.55 m)
Panjang enjin126 in (3.20 m)93 in (2.36 m)98.7 in (2.51 m)
Engine Ground Clearance20 in (51 cm)18 in (46 cm)19 in (48 cm)

Sources: Boeing 737 Specifications,[7] 737 Airport Planning Report[8]

Kemalangan

Sehingga Mei 2010, sejumlah 303 kejadian membabitkan 737 telah berlaku,[9] termasuk 140 kemalangan hilang pesawat[10] mengakibatkan sejumlah 4,097 kecelakaan. 737 juga terlibat dalam 106 rampasan melibatkan 324 kehilangan nyawa.[11]

Kejadian penting melibatkan pesawat 737-100/-200

Lihat Boeing 737 Classic incidents dan Boeing 737 Next Generation incidents untuk variasi lain 737.

Rujukan

Pautan luar