Bovini

Suku Bovini merupakan pengantara kepada Bovinae yang berasal dari Amerika Utara, Eurasia dan Afrika. Ini termasuk makhluk saola yang berupa antelop, kerbau Afrika dan Asia, dan klad yang terdiri daripada bison dan lembu liar daripada genus Bos.[3][4] Bukan setakat ahli terbesar dalam subkeluarga Bovinae, bahkan juga spesies terbesar dalam keluarga Bovidae. Spesies terbesarnya ialah seladang (Bos gaurus) dan kerbau liar (Bubalus arnee), pada berat antara 700 hingga 1,200 kilogram.[5][6][7][8] Di samping saiznya yang begitu besar, ia dibezakan daripada bovin dan bovid lain dengan paha yang pendek dan tebal serta tanduk yang licin pada kedua-dua jantina.[8]

Bovini
Julat zaman: Pertengahan Miosen - kini, 15–0 Ma [1][2]
Lembu bela jinak
Pengelasan saintifik s
Domain:Eukaryota
Alam:Animalia
Filum:Chordata
Kelas:Mammalia
Keluarga:Bovidae
Subkeluarga:Bovinae
Tribus:Bovini
Gray, 1821
Spesies jenis
Bos taurus
Linnaeus, 1758
Genus dan Subsuku
  • Alephis (Gromolard, 1980)
  • Eosyncerus (Vekua, 1972)
  • Jamous (Geraads et al., 2008)
  • Probison (Sahni & Khan, 1968)
  • Simatherium (Dietrich, 1941)
  • Udabnocerus (Burchak-Abramovich & Gabashvili, 1969)
  • Pseudorygina (Hassanin & Douzery, 1999)
  • Bubalina (Rütimeyer, 1865)
  • Bovina (Gray, 1821)

Bovini menjalin hubungan lama dan rumit dengan manusia. Lima atau tujuh spesies berjaya dibela jinak,terutama sekali lembu yang paling berjaya dalam rumpun. Dibelajinakkan sejurus selepas akhir Zaman Ais[9], terdapat kira-kira 1.4 bilion ekor lembu di dunia.[10] Bovini bela jinak diternak untuk daging, hasil tenusu, kulit atau dijadikan binatang penarik kenderaan. Namun banyak spesies lembu liar diancam kepupusan akibat kehilangan habitat kepada pembukaan tanah untuk menternak lembu di samping pemburuan tidak terkawal.[11][8] Ada yang sudah pupus seperti aurochs, dua subspesies bison Eropah dan mungkin sekali kouprey.[12]

Rujukan