Didi Astillah

Dayang Nazilah Awang Astillah atau lebih dikenali sebagai Didi Astillah (Jawi: ديدي اثتللاح; lahir 28 Ogos 1996) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.

Didi Astillah
Kelahiran
Dayang Nazilah binti Awang Astillah

(1996-08-28) 28 Ogos 1996 (umur 27)
Nama lainDidi Astillah
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara, penari
Tahun aktif1999–kini
Anak-anak2
SaudaraBella Astillah (kakak)
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Warner Music Malaysia
Pengkarya berkait
Adik - Adik Mutiara, The BeeSings, Miracle 5, Puteri

Didi bukanlah pendatang baru yang baru berkecimpung dalam dunia seni tetapi sudah memulakan kerjaya seninya seawal usia 3 tahun dan menghabiskan usia remajanya aktif dalam bidang nyanyian. Semakin dikenali ketika menyertai Idola Kecil Musim 1, selepas menyertai idola kecil musim pertama beliau menyertai program Kamilah Bintang di Astro Ceria Didi kini merupakan artis rakaman di bawah naungan Warner Music Malaysia.[1]

Kerjaya

Nyanyian

Bakat seni Didi mula dicungkil ketika berusia 3 tahun apabila Didi bergabung dengan kakaknya, Bella Astillah merakam album kanak-kanak dengan menyanyikan koleksi lagu kanak-kanak seperti Bangau Oh bangau, Tom Tom Bak, Air Pasang Dalam dan sebagainya. Melalui album kanak-kanak ini, Didi dan kakaknya dikenali sebagai Adik-Adik Mutiara. Bermula dari situ, bakat Didi mula berkembang dan berjaya menghasilkan 10 album.[2]

Didi juga pernah merakamkan album nasyid yang berjudul Jom Beribadat terbitan FMC bersama kumpulan nasyid remaja yang digelarkan Puteri.[3].

Percaya dan yakin dengan bakat yang ada pada dirinya, Didi menyertai rancangan realiti Idola Kecil musim pertama di TV9 pada tahun 2008 dan berjaya mara hingga ke peringkat separuh akhir. Tidak berhenti disitu, pada tahun 2010 Didi menyertai program pencarian bakat Kamilah Bintang musim pertama terbitan Astro Ceria dan berjaya muncul juara pada minggu ketiga[4].

Atas kecintaannya pada dunia nyanyian, Didi tidak jemu bereksperimentasi dan pernah berkolaborasi dengan penyanyi-penyanyi remaja seusianya, antaranya Didi pernah menganggotai kumpulan pop remaja yang dikenali sebagai Miracle 5 dan kumpulan vokal remaja, The BeeSings. Didi menganggotai Miracle 5 bersama 4 lagi remaja perempuan yang boleh menyanyi dan menari dan mereka telah menyanyikan semula lagu popular Adzrin Adzhar yang bertajuk Pujaan Malaya.[5] Didi menganggotai The BeeSings bersama dengan Fimie Don, Azzam Sham, Haqiem Rusli dan Aida Ross. Kumpulan The BeeSings sempat mengeluarkan dua single yang bertajuk Pentas Dunia dan Luar Biasa dan mendapat sambutan menggalakkan dari peminat-peminat cilik dan remaja tanahair.[6].

Menyedari bakat Didi serta pakej menyeluruh yang boleh ditawarkan oleh Didi, Warner Music Malaysia telah melamar Didi sebagai artis rakamannya pada tahun 2014 dan sekaligus menjadikan Didi buat pertama kalinya, bergerak secara solo dalam dunia seni. Bersama Warner Music Malaysia, Didi muncul dengan album solo pertamanya berjudul Didi Astillah yang menampilkan konsep muzik pop dance. Dalam usaha membawa imej baru sesuai dengan usia Didi yang menginjak dewasa, Didi memastikan lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album tersebut agar tampil segar dan lebih matang berbanding dengan lagu-lagu yang pernah dirakamnya ketika kecil/remaja.[7].

Didi kini tampil dengan single pertama berjudul Fikirkan Kamu ciptaan Posan Tobing, seorang komposer daripada Indonesia yang pernah menerbitkan lagu popular Sayang nyanyaian Shae.[8].

Pada 28 April 2017, Didi telah mengeluarkan album extended play yang berjudul Satu Bintang. Tajuk album ini juga merupakan salah satu single dalam album tersebut yang mempunyai lima buah lagu. Album EP tersebut diterbitkan di bawah Insictech Musicland Sdn Bhd dan pada 17 Ogos 2018, beliau mengeluarkan satu lagi album EP yang diberi nama Permaisuri. Album ini juga diterbitkan dibawah syarikat label yang sama dan mempunyai 5 buah lagu serta Permaisuri juga merupakan salah satu judul single dalam album ini. [9] [10]

Lakonan

Sebagai seorang anak seni yang dikurniakan pelbagai bakat, Didi juga aktif mengasah bakatnya dalam bidang lakonan yang mana Didi pernah muncul sebagai pelakon cilik/remaja dalam produksi-produksi tempatan.

Didi akan muncul dalam drama Jamu Nesan, arahan penerbit Datuk Rafiena dan akan membawa watak sebagai ketua mafia bernama Madam Zoora. [11]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2009Skrip 7707Ros KecilFilem pertama
2010Damping MalamHasni
2024Nasi Lemak KimchiAtiqah

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2006Afi Dan AbahFifiAstro CeriaDrama pertama
2010Selamat Pagi Putera PuteriTV2
Gempur Sindiket Interlet
Tok Teh
Dilema Wanita
Nak Pulang Tak PulangTV1
2010Idola Kecil Balik KampungTV9
2013Bunga Merah Punya
Kelas SebelahTV2
2019Sweet DreamsMelissaAstro Ria
2020Manis Agnes Jam 5MiaTV Okey
2021Malaysian Ghost StoriesMarissaAstro RiaEpisod: “Ulek Mayang”
Perisik Cinta Tak DiundangInluencerTV3
2022Impian LaraBainunAwesome TV
Sembang Jarak JauhNadiaTV1
Jamu NesanMadam ZooraUnifi TVMenggantikan Zizi Kirana
Keluarga PasarAfinaTV Okey
Kinabalu Aku RinduFazira
2023Ku Akad Kau Dengan BismillahAqilahTV3
Kami Budak BandNina
Jaga Aku SelamanyaMiaPenampilan khas
Misteri Flat KiranaPontianak
Scammer Geng MarhabanShiraAstro Ria

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
Misi Aleesya NatashaTV2Telefilem pertama
Esok Hari RayaTV1
Sketsa RayaTV3
HasanahTV2
Cinderella StoryTV9
Idola Kecil the Muzikal
2008Potret AidilfitriTV3
2014Kemelut RinduTV2
2018Kahwin-KahwinAstro Citra
Kembarku RobotCikgu HalijahAstro Ceria
2020Baju Jersi AmarLaura SweetTV1
Apa Punya MenantuIlyaUnifi TV
2021Kabut SemalamAngahTV AlHijrah
2023Pinjamkan Aku PelangiMunirah (dewasa)TV1
2024 Hello My NetizenTV2

Diskografi

Album

EP

TahunAlbumSenarai runutButiran albumCatatan
2014
Didi Astillah
  • Pujaan Hatiku
  • La La La Aku Jatuh Cinta
  • Fikirkan Kamu
  • BFF Ku
  • Stop Mencintaiku
  • I Love You So
2017
Satu Bintang
  • Satu Bintang
  • Cintaku Seadanya
  • Klepek Klepek
  • Pacar Yang Hilang
  • Hujan Ingatkanmu
2018
Permaisuri
  • ‎Permaisuri
  • Kerana Cinta
  • SMS
  • Tuhan Jagakan Dia
  • Dengarlah Bintang Hatiku

Single

Sebagai artis utama

TahunTajukAlbumNota
2012Pentas Dunia
The BeeSings
kumpulan The BeeSings
Luar Biasa
Pujaan Malaya (REMIX)Tiada album singlekumpulan Miracle 5, menyanyikan semula lagu asal Adzrin Adzhar versi remix
2014Fikirkan Kamu
Pujaan Hatiku
Didi Astillah
La La La Aku Jatuh Cinta
Fikirkan Kamu
BFF Ku
Stop Mencintaiku
I Love You So
2017 Satu BintangSatu Bintang
Cintaku Seadanya
Klepek Klepek
Pacar Yang Hilangcover lagu kumpulan Biru Band
2018Hujan Ingatkanmu
‎PermaisuriPermaisuri
Kerana Cinta
SMS
Tuhan Jagakan Dia
Dengarlah Bintang Hatiku
Teka TekiTiada album singlemenampilkan Luna Tasha
2019Bersama Di Hari Rayabersama Bella Astillah

Sebagai artis yang ditampilkan

TahunTajukAlbumNota
2016Percaya

(Nawhki menampilkan Didi Astillah)

Tiada album single
Hari Baru

(Eddie G & Didi Astillah)

Kemunculan lain

TahunTajukAlbumNota
2012Hero BolaTiada album singlebersama Haqiem Rusli, OST drama Hero Bola
2013Embun Pagibersama Izzue Islam, OST drama Bunga Merah Punya
2016Kaamatan (Urang Kita)bersama Azmil Karim, Faizul Sany, Mell Sakura, Shalyn Zeita & Sean Vitales, projek khas bagi meraikan pesta Kaamatan.

Rujukan

Pautan luar