Bella Astillah

Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia

Dayang Ara Nabellah Awang Astillah atau lebih dikenali sebagai Bella Astillah (Jawi: بللا اثتللاح; lahir 15 Mac 1994) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.

Bella Astillah
Kelahiran
Dayang Ara Nabellah binti Awang Astillah

(1994-03-15) 15 Mac 1994 (umur 30)
Pekerjaan
  • Pelakon
  • penyanyi
Tahun aktif2006–kini
PasanganAliff Aziz
(k. 2016)
Anak-anak2
SaudaraDidi Astillah (adik)
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Universal Music Malaysia
Pengkarya berkait
Adik - Adik Mutiara & Didi Astillah

Beliau merupakan isteri kepada penyanyi Aliff Aziz yang dikahwininya pada 2016. [1][2]

Kerjaya

Kerjaya seni Bella Astillah bermula semasa bayi apabila beliau bersama adiknya, Didi Astillah merakamkan sebuah album kanak-kanak dan menyanyikan pelbagai lagu kanak-kanak. Menerusi album kanak-kanak ini, Bella dan adiknya dikenali sebagai Anak-Anak Mutiara. Pada tahun 2019, beliau berlakon di samping Nafiz Muaz dalam drama adaptasi novel, Cinta Belum Tamat Tempoh, seterusnya muncul dengan single solo pertamanya, "Tenang", dikeluarkan pada 27 Mac 2020.

Kehidupan peribadi

Pada akhir 2016, selepas berkenalan selama dua tahun serta bertunang hampir 9 bulan, Bella dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz melangsungkan perkahwinannya secara rasmi dan mengadakan majlis resepsi yang dihadiri oleh 1,000 tetamu di Top Glove, Shah Alam, Selangor. Hasil perkongsian hidupnya dengan Aliff, beliau dikurniakan seorang anak, Mohamed Ayden Adrean.

Pasangan ini memfailkan perceraian pada 16 Mei 2019 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.[3] Beliau membuat keputusan untuk meneruskan hidup tanpa Aliff kerana tidak tahan dengan sikap Aliff yang berlaku curang terhadapnya.[4][5] Namun pada April 2020, Bella mengesahkan di laman IG beliau bahawa beliau dan Aliff telah rujuk kembali pada tahun 2019 ketika Bella dalam tempoh iddah.[6][7]

Pada 18 Julai 2020, beliau dikurniakan seorang anak perempuan, Ara Adreanna.[8]

Diskografi

Single

Sebagai artis utama

TahunTajukAlbumCatatan
2006Diari RamadhanSingleOST drama Diari Ramadhan Rafique
2019Bersama Di Hari Rayabersama Didi Astillah
2020Tenang
2023Pano

Sebagai artis yang ditampilkan

TahunTajukAlbumCatatan
2019Jom Raya

(Aliff Syukri menampilkan Bella Astillah & Zizi Kirana)

Single

Kemunculan lain

TahunTajukAlbumCatatan
2019StarlelaSinglebersama Ifa Raziah & Zizi Kirana
2020Preggy Mamamenampilkan BOSS, lagu bagi produk Jus Mamariam
#jangankeluar bersama yonnyboii, Shila Amzah, Hafiz Hamidun, Rabbit Mac, Shalma Eliana, Sophia Liana, Alvin Chong, Luca Sickta, Kmy Kmo, Tuju, Kowachee, DOLLA, ASYRFNSIR, Abubakarxli, Siqma, Malik Abdullah
2022Tetap Disinibersama suaminya Aliff Aziz

Filemografi

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2019Cinta Belum Tamat TempohQaisaraAstro RiaDrama pertama
2021Yang Bakal Mati Ramadan IniZaliaAwesome TV
RamadaniLydiaTV3
Kampung KolestrolBellaTV9
Malaysian Ghost StoriesMariaAstro RiaEpisod "Balan balan"
Kita ReguLanaAstro Arena
Perisik Cinta Tak DiundangEriannaTV3
2022Aku Tanpa CintamuNuha
Adakah Engkau MenunggukuMaya
2022–2023Cina ButaBellaAstro RiaPenampilan khas
2023Tanah Kubur (Musim 16)SuziAstro OasisEpisod: "Maruah Murah"

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2019Jamil Balik KampungJamilahAstro CitraTelefilem pertama
2021Mek BungaYatiTV2
2022Doktor IdamanMeemTV3
Sekolah SampahNureenAstro Citra
Kerusi KecilAdraTV1
2024Restu Untuk Mila

Televisyen

TahunTajukSebagaiSaluran TVCatatan
2019Masak Apa Tu?Pasangan Selebriti PilihanTV3bersama suami beliau Aliff Aziz
2020Nyanyi Dari RumahArtis PilihanTV2bersama Ezad Lazim & Aizat Amdan
The Sherry ShowTetamu JemputanTV3bersama Fizo Omar dan Mas Idayu
2021Sepahtu Reunion LiveMilaAstro WarnaEpisod: "Di Sebalik Pentas"
Punchline DACDirinya sendiri
2022Famili Duo (Musim 2)Peserta pasangan selebritiTV3bersama sepupunya Wani Kayrie

Siniar

TahunTajukPerananCatatan
2023Studio SembangArtis Jemputanbersama Amelia Henderson

Rujukan

Pautan luar