Dietilamida asid lisergik

Dietilamida asid lisergik, LSD-25, LSD (dahulunya lisergida, dan biasanya dikenali sebagai asid) ialah drug psikedelik separa tiruan daripada keluarga ergolina. LSD tidak menagihkan, tidak toksik, dan dikenali untuk kesan psikologinya yang boleh merangkumi:

  • tampakan mata tertutup dan tampakan mata terbuka;
  • rasa herotan masa;
  • kematian ego; dan
  • anjakan kognitif yang ketara;
Dietilamida asid lisergik
Data klinikal
Nama lainLSD, LSD-25,
lysergide,
D-lysergic acid diethyl amide,
N,N- diethyl- D- lysergamide
Kategori
kehamilan
  • AU: X (High risk)
Kaedah
pemberian
Oral, Intravenous
Status perundangan
Status perundangan
  • AU: S9 (Bahan terlarang)
  • KA: Jadual III
  • UK: Class A
  • AS: Schedule I
Data farmakokinetik
MetabolismeHepatic
Penyingkiran separuh hayat3-5 hours[1][2]
PerkumuhanRenal
Pengecam
  • (6aR,9R)- N,N- diethyl- 7-methyl- 4,6,6a,7,8,9-
    hexahydroindolo- [4,3-fg] quinoline- 9-carboxamide
Nombor CAS
PubChem CID
ChemSpider
CompTox Dashboard (EPA)
ECHA InfoCard100.000.031 Sunting ini di Wikidata
Data kimia dan fizikal
FormulaC20H25N3O
Jisim molar323.43 g/mol
Model 3D (JSmol)
Takat lebur80 °C (176 °F)
  (verify)

selain daripada peranan utamanya dalam budaya saingan 1960-an. Ia digunakan terutamanya oleh psikonaut sebagai enteogen serta juga dalam terapi psikedelik.

LSD disintesiskan buat pertama kali oleh Albert Hofmann pada 1938 daripada ergot, kulat bijian yang biasanya tumbuh pada pokok gandum. Bentuk nama pendek LSD berasal daripada nama kodnya yang awal, LSD-25, yang merupakan pula singkatan daripada perkataan Jerman, "Lysergsäure-diethylamid", diikuti oleh satu nombor jujukan.[3][4]

LSD peka terhadap oksigen, cahaya ultraungu, dan klorin (khususnya dalam bentuk larutan), sungguhpun potensinya dapat bertahan selama bertahun-tahun jika disimpan jauh dari cahaya dan lembapan pada suhu rendah. Dalam bentuk tulen, ia tidak berwarna, tidak berbau, dan sedikit pahit.[5]

LSD biasanya diberikan melalui mulut di atas substrat seperti kertas telap, kiub gula, atau gelatin. Dalam bentuk cecair, ia boleh diberikan melalui suntikan intraotot atau terapi intravena. Aras ambang dos yang diperlukan untuk menghasilkan kesan psikoaktif untuk manusia ialah antara 20 dan 30 µg (mikrogram).[6]

Diperkenalkan oleh Sandoz Laboratories (Makmal Sandoz), dengan tanda dagang Delysid, sebagai satu ubat dengan pelbagai kegunaan psikiatri pada 1947, LSD dengan pantasnya menjadi satu agen terapeutik yang memberikan harapan. Dari tahun 1950-an hingga awal 1970-an, ahli psikiatri, terapi, dan penyelidik menguruskan LSD kepada beribu-ribu orang sebagai rawatan untuk alkoholisme, serta untuk kegelisahan dan kemurungan pada orang yang mengalami kanser peringkat lanjut. Bagaimanapun, penggunaan rekreasi drug itu oleh budaya belia di dunia Barat sewaktu 1960-an mencetuskan kontroversi politik yang akhirnya mengakibatkan larangannya.[7] Sebilangan pertubuhan, termasuk Beckley Foundation, MAPS, Heffter Research Institute, dan Albert Hofmann Foundation, membiayai, menggalakkan, dan menyelaraskan penyelidikan LSD bagi tujuan kegunaan perubatan.[8]

Lihat juga

  • 1960-an
  • ALD-52, analog kimia LSD
  • Amerika Syarikat lwn. Stanley, kes Mahkamah Agung, pampasan untuk uji kaji LSD tentera rahsia
  • LSA, analog kimia LSD
  • Legenda bandar tentang LSD
  • Metisergid, ubat sakit kepala yang berkait dengan LSD daripada segi kimia
  • Minda Bebas
  • Pengalaman psikedelik

Rujukan

Pautan luar