Doktor Zhivago

Doktor Zhivago (Bahasa Rusia: До́ктор Жива́го) ialah sebuah novel cereka sejarah bahasa Rusia tahun 1957 karya Boris Pasternak. Cerita ini mengisahkan seorang doktor dan penyajak yang terperangkap dalam keadaan gawat selepas perubahan ketara dalam poitik Rusia sejak meletusnya Revolusi Rusia 1905 sehinggalah ke Perang Dunia Kedua.

Doktor Zhivago
Fail:Doctor Zhivago-1st edition.jpg
First Russian edition cover
Umum
PengarangBoris Pasternak
Tajuk asal
Доктор Живаго
NegaraItali
Bahasabahasa Rusia
GenreCereka sejarah, romantik
Penerbitan
PenerbitFeltrinelli (edisi pertama)
Tarikh penerbitan
1957
Jenis media
Print (Hardback & Paperback)
Halaman592 (Pantheon)
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 0-679-77438-6 (Pantheon)

Buku asalnya mahu diterbitkan Pasternak dalam majalah Novy Mir namun ditolak bukan sahaja kerana tidak selaras fahaman realisme sosialis yang dikehendaki pihak kerajaan Soviet,[1] malah ada kandungan tertulis ia yang dianggap mencabar atau mengkritik ideologi Soviet[2] terutamanya berkaitan dasar-dasarnya (termasuk Stalinisme dan kolektivisasi) lalu menjadi cerminan pendirian Pasternak. Atas galakan penerbit Itali, Giangiacomo Feltrinelli, Pasternak menyeludup karyanya ke Milan untuk diterbitkan di sana pada tahun 1957. Karya ini berjaya meriah beliau Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan pada tahun berikutnya - berita tersebut menjadi suatu penghinaan dan batu api kepada Parti Komunis Soviet.[3]

Novel ini telah menjadi sebahagian komponen sastera utama dalam kurikulum sekolah seluruh Rusia sejak tahun 2003 untuk pelajar berusia 16-17 tahun.[4]

Jalan cerita

Cerita ini mengisahkan hayat Yuri Zhivago dari tempoh beliau Oleh itu, novel ini dibahagikan secara bab-bab tertentu yang merangkumi detik atau tempoh tertemtu yang penting dalam hidup Zhivago.

Bab 1

Bab 2

Bab 3

Bab 4

Bab 5

Bab 6 hingga 9

Bab 10 hingga 13

Bab 14

Bab 15

Epilog

Watak-watak utama

Watak yang tampil dalam novel ini sangat banyak bahkan boleh dikumpulkan secara generasi. Keadaan ini turut dirumitkan di mana watak-watak dalam novel ini sering fdipanggil menggunakan nama samaran atau gelaran tersendiri.

Berikut adalah barisan watak yang asas dalam penceritaan novel ini:

  • Yuri Andreyevich Zhivago (juga Yura, Yurochka)- seorang doktor dan penyajak.
  • Evgraf Andreyevich Zhivago (juga Granya) - adik tiri Yuri hasil hubungan ayahnya dengan Puteri Stolbunova-Enrizzi.
  • Larissa Fyodorovna Antipova (juga Lara)
  • Rodion Fyodorovich Guichard
  • Marina Shchapov - seorang perempuan yang pernah menjadi perhatian Yuri
  • Antonina Aleksandrovna Gromko (juga Tonya, Tonechka) - isteri Yuri


Adaptasi

Novel ini telah diadaptasi menjadi beberapa karya dalam format berbeza:

Filem
Televisyen
Pementasan teater
  • Doctor Zhivago - arahan John Frost di Lyric Theatre, Sydney pada Februari 2011 dilakonkan Anthony Warlow dan Lucy Maunder[7]
  • Zjivago - opera bahasa Sweden dipentaskan di Malmö Opera pada 29 Ogos 2014.[8]
  • Muzikal bahasa Jepun dipersembahkan oleh Takarazuka Revue pada Februari 2018.[9]

Rujukan

Pautan luar

Templat:Tunas-novel