Dolores O'Riordan

Dolores Mary Eileen O'Riordan (/ˈrɪərdən/; 6 September 1971 – 15 Januari 2018) merupakan pemuzik dan penyanyi Ireland. Beliau merupakan penyanyi utama kumpulan rock The Cranberries selama 13 tahun sebelum kumpulan tersebut berpecah pada tahun 2003, dan kembali bersama pada tahun 2009.[1]

Dolores O'Riordan
O'Riordan membuat persembahan bersama The Cranberries pada Mac 2012
Kelahiran(1971-09-06)6 September 1971
Ballybricken, County Limerick, Ireland
Meninggal dunia15 Januari 2018(2018-01-15) (umur 46)
Mayfair, London, England
PekerjaanPemuzik, penyanyi, penulis lagu
Tahun aktif1990–2018
PasanganDon Burton (k. 1994; c. 2014)
Anak-anak3
Kerjaya muzik
GenreRock alternatif, post-grunge, Rock celtic
InstrumenPenyanyi, pemain gitar, keyboard, bass
Syarikat rakaman
Sanctuary, Cooking Vinyl
Pengkarya berkait
The Cranberries, D.A.R.K.

Album solo pertama beliau, Are You Listening?, dilancarkan pada Mei 2007 dan diikuti dengan album kedua No Baggage pada tahun 2009. Beliau turut pernah menjadi juri bagi The Voice of Ireland bagi musim 2013-14. Pada April 2014, O'Riordan menyertai dan mula merakamkan material baru bersama trio D.A.R.K..

O'Riordan meninggal dunia pada 15 Januari 2018 semasa beliau berada di London untuk sesi rakaman.


Biografi

Dolores Mary Eileen O'Riordan dilahirkan dan dibesarkan di Ballybricken, sebuah bandar di County Limerick, Ireland. Beliau merupakan anak kepada Terence dan Eileen O'Riordan serta merupakan anak bongsu daripada tujuh orang adik beradik. Beliau belajar di sekolah Laurel Hill Coláiste di Limerick.[2]

Pada 18 Julai 1994, O'Riordan mengahwini Don Burton, bekas pengurus jelajah Duran Duran. Mereka dikurniakan tiga orang anak. Pada tahun 1998, pasangan ini membeli sebuah ladang berukuran 61-hektar (150-ekar), yang dinamakan Riversfield Stud, terletak di Kilmallock, County Limerick, sebelum menjualnya enam tahun kemudian pada tahun 2004. Mereka kemudiannya berpindah ke Howth, County Dublin, dan menghabiskan musim panas di Buckhorn, Ontario, Kanada.[3][4] Pada tahun 2009, mereka sekeluarga berpindah sepenuhnya di Buckhorn.[5]

Pada Ogos 2013, O'Riordan kembali menetap di Ireland. Beliau dan suami berpisah pada tahun 2014 setelah dua puluh tahun bersama.[6]

Kematian

Pada 15 Januari 2018, di usia 46 tahun, ketika berada di London, England untuk sesi rakaman, O'Riordan telah meninggal dunia secara tiba-tiba.[7] Punca kematian tidak dikeluarkan kepada umum.[8]

Presiden Ireland, Michael D. Higgins merupakan antara yang terawal mengucapkan takziah,[9] selain beberapa individu dari seluruh dunia termasuklah Dave Davies (dari Kinks), Hozier, James Corden, dan Kodaline.[10]

Rujukan

Pautan luar