Dwidewan

Dwidewan (Jawi: دويديوان; bahasa Inggeris: Bicameral) merujuk kepada Parlimen atau tempat penggubalan undang-undang yang terdiri dari dua dewan di mana setiap dewan mempunyai ahli serta cara pemilihannya yang tersendiri. Kebanyakan negara di dunia seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun mempunyai Parlimen bersistem dwidewan. Di Malaysia misalnya, ahli Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya, manakala kebanyakan ahli Dewan Negara adalah dilantik oleh Presiden atau Raja seperti Yang Di-Pertuan Agong. Dalam penggubalan undang-undang, rang undang-undang mestilah melalui kedua-dua dewan sebelumnya ia diluluskan. Oleh itu, di dalam Parlimen dwidewan kedua-dua dewan saling memeriksa dan mengimbang atau "Check and balance" satu sama lain untuk memastikan Akta yang dihasilkan bukan menyebelahi sebarang parti politik atau menyukarkan rakyat. Namun, sistem dwidewan biasanya tidak berkesan kerana Dewan di mana ahlinya yang dilantik jarang sekali menolak rang undang-undang yang diusulkan dari Dewan Rakyat.

Contoh Parlimen Dwidewan di seluruh dunia

Berikut adalah beberapa contoh Parlimen dwidewan di seluruh dunia. Lazimnya, dewan rendah yang dipilih rakyat akan dipanggil dewan perwakilan representative atau common. Manakala dewan yang tinggi di mana ahlinya dilantik akan dipanggil Senat atau Majlis Negeri-negeri atau provinsi. Walaupun begitu terdapat beberapa negara di mana ahli dari kedua-dua dewan adalah dipilih oleh rakyat misalnya Thailand. Di rantau Asia Tenggara, hanya Singapura dan Brunei mangamalkan sistem parlimen satu dewan.

NegaraNama Dewan
Afrika SelatanNational Assembly (Perhimpunan Kebangsaan) dan National Council of Provinces
Amerika SyarikatHouse of Representatives (Dewan Perwakilan) dan Senate (Dewan Senat)
ArgentinaCámara de Diputados (Dewan Perwakilan) dan Senado (Dewan Senat)
AustraliaHouse of Representatives dan Senate
KanadaHouse of Commons dan Senate
FilipinaKapulungan ng mga Kinatawan (Dewan Perwakilan Rakyat) dan Senado (Dewan Senat)
IndiaLok Sabha (Dewan Rakyat) dan Rajya Sabha (Majlis Negeri-Negeri)
IndonesiaDewan Perwakilan Rakyat dan Dewan Perwakilan Daerah
IrelandDáil Éireann (Dewan Perwakilan) dan Seanad Éireann (Dewan Senat)
JepunDewan Rakyat (Jepun: 衆議院, Hepburn: Shuugi-in) dan Dewan Pertuanan (Jepun: 参議院, Hepburn: Sangi-in)
JermanBundestag dan Bundesrat
MalaysiaDewan Rakyat dan Dewan Negara
PerancisAssemblée Nationale (Perhimpunan Kebangsaan) dan Senat (Dewan Senat)
RusiaState Duma (Dewan Rakyat) dan Federation Council (Majlis Persekutuan)
SepanyolCongreso de los Diputados (Dewan Perwakilan) dan Senado (Dewan Senat)
Thailandsapha phuthaen ratsadon - สภาผู้แทนราษฎร (Dewan Perwakilan) dan wuthisapha - วุฒิสภา(Dewan Senat)
United KingdomHouse of Commons (Dewan Perwakilan) dan House of Lords (Dewan Pertuanan)