Eduardo Saverin

Eduardo Saverin (lahir 19 Mac 1982)[2] ialah seorang usahawan Brazil-Amerika dan pengasas bersama Facebook bersama Mark Zuckerberg dan rakan-rakannya.[3] Beliau memegang 5% saham Facebook[4] dengan nilai US$2,5 bilion pada 4 Januari 2011.[5]

Eduardo P. Saverin
Saverin pada 2012
Kelahiran (1982-03-19) 19 Mac 1982 (umur 42)
Pusat pendidikanUniversiti Harvard
Nilai bersihUS$2,5 bilion (2011)[1]

Biografi

Eduardo Saverin dilahirkan di Sao Paulo, Brazil. Bapanya, Roberto Saverin, ialah usahawan Yahudi yang menjalankan pelbagai perniagaan seperti hartanah. Pada tahun 1993, beliau sekeluarga berpindah ke Amerika Syarikat ke wilayah Miami, Florida.Kemudian Eduardo belajar di Universiti Harvard dan mengikuti jurusan ekonomi. Di Harvard, beliau pernah menjadi presiden pertubuhan Harvard Investment Association. Beliau menamatkan pengajian dari Harvard dengan Kepujian pada 2006. Sewaktu di Harvard inilah, Saverin bertemu dengan Mark Zuckerberg. Pertemuan ini membawa kepada penubuhan Facebook. Pada tahun 2012, beliau melepaskan status warganegara Amerika Syarikat (AS) dan berpindah ke Singapura.[6]

Pada Jun 2015, beliau berkahwin dengan Elaine Andriejanssen[7], wanita warga Indonesia, upacara dan majlis pernikahan berlangsung di daerah pelancongan eksklusif French Riviera di Perancis.[8]

Rujukan

Pautan luar