Ekonomi Lubnan

ekonomi negara

Ekonomi Lubnan telah mengalami krisis pelbagai dimensi berskala besar sejak 2019,[17] termasuk kejatuhan perbankan, krisis kecairan dan kemungkiran pemerintahan.[18] Ia diklasifikasikan sebagai ekonomi yang membangun, berpendapatan sederhana rendah. KDNK nominal dianggarkan $19 bilion pada 2020,[1] dengan KDNK per kapita berjumlah $2,500. Pada 2018 perbelanjaan pemerintahan berjumlah $15.9 bilion,[19] atau 23% daripada KDNK.

Ekonomi Lubnan
Beirut Central District
Mata wangPaun Lubnan (LBP)
Tahun fiskalTahun kalendar
Pertubuhan perdaganganCAEU
Perangkaan
KDNK
  • $7.36 bilion (nominal; anggaran 2021) pada nisbah pengeluaran tunai rasmi 1500/3900[1]
  • $74.110 bilion (PPP; anggaran 2020)[2]
KDNK per kapita
  • $4,000 (nominal, 2020.)[1]
  • $12,030 (PPP, 2020.)[1]
[3]
KDNK mengikut sektor
Inflasi (CPI)210% (anggaran 2022)[5]
Populasi
dibawah garis kemiskinan
  • 27.4% (2012)[6]
  • 63% pada kurang daripada $5.50/hari (2011)[7]
Pekali Gini31.8 sederhana (2011)[8]
Tenaga buruh
  • 2,399,073 (2019)[9]
  • tambahan pula, terdapat seramai 1 juta pekerja asing[4]
  • 39.5% kadar pekerjaan (2007)[10]
Tenaga buruh mengikut pekerjaan
Pengangguran6.2% (2019)[12]
Industri utamaperbankan, pelancongan, hartanah dan pembinaan, pemprosesan makanan, wain, barang kemas, simen, tekstil, produk mineral dan kimia, kayu dan produk perabot, penapisan minyak, fabrikasi logam
Ked. Kemudahan Menjalankan Perniagaan ke-143 (sederhana, 2020)[13]
Dagangan antarabangsa
Eksport $4.79 bilion (2021)[14]
Barangan yang dieksportbarang kemas, logam asas, bahan kimia, barangan pengguna, buah-buahan dan sayur-sayuran, tembakau, bahan galian pembinaan, jentera kuasa elektrik dan alat suis, gentian tekstil, kertas
Rakan dagangan eksport utama
Import $16.3 bilion (2021)[14]
Barangan yang diimportproduk petroleum, kereta, produk perubatan, pakaian, daging dan haiwan hidup, barangan pengguna, kertas, fabrik tekstil, tembakau, mesin dan peralatan elektrik, bahan kimia
Rakan dagangan import utama
Saham FDI
  • $61.02 bilion (2016)[4]
  • Luar negara: $13.46 bilion (2016)[4]
Kewangan awam
Hutang awamUS$74.5 bilion[15][16] (Sep 2018),
140% daripada KDNK (2018)
Hasil negara11.62 bilion (anggaran 2017)[4]
Perbelanjaan15.38 bilion (anggaran 2017)[4]
Bantuan ekonomipenerima $5.4 bilion (anggaran 2014)

Semua nilai kecuali dinyatakan sebaliknya, adalah dalam Dolar Amerika Syarikat (AS$ 1 = RM 3.4551)

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ekonomi berkembang dengan ketara selepas Perang Lubnan 2006, dengan pertumbuhan purata 9.1% antara 2007 dan 2010.[20] Selepas 2011, ekonomi tempatan terjejas oleh perang saudara Syria, berkembang dengan purata tahunan sebanyak 1.7% pada tempoh 2011–2016 dan sebanyak 1.5% pada 2017.[20] Pada 2018, saiz KDNK dianggarkan $54.1 bilion.[4] Lubnan adalah negara berhutang ketiga tertinggi di dunia dari segi nisbah hutang kepada KDNK. Akibatnya, pembayaran faedah menggunakan 48% daripada hasil pemerintah domestik pada 2016, sekali gus mengehadkan keupayaan pemerintah untuk membuat pelaburan yang diperlukan dalam infrastruktur dan barangan awam yang lain.[21]

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar