Elektrolisis

Elektrolisis ("penguraian [dengan] tenaga elektrik") ialah proses penguraian elektrolit kepada unsur juzuknya apabila arus elektrik mengalir melaluinya. Arus elektrik boleh dialirkan melalui elektrolit dengan menggunakan dua elektrod: elektrod yang disambungkan kepada terminal positif yang dinamakan anod, manakala elektrod yang disambungkan kepada terminal negatif dinamakan katod. Semasa elektrolisis berlaku, ion negatif akan bergerak dari katod ke anod sebagai anion negatif. Ion positif pula akan bergerak dari anod ke katod yang mana ion ini dikenali sebagai kation positif.

Latar belakang

Istilah "elektrolisis" diperkenalkan oleh Michael Faraday pada abad ke-19 atas cadangan sejarawan sains Inggeris William Whewell, daripada perkataan bahasa Yunani ἤλεκτρον elektron iaitu "ambar" yang dikaitkan dengan fenomena elektrik sejak kurun ke-17, dan λύσις lysis yang bermaksud "pelarutan".[1] Elektrolisis sebagai alat mengkaji tindak balas kimia dan mendapatkan unsur asli walau bagaimanapun telah terlebih dahulu diamalkan sebelum diberikan istilah khusus oleh Faraday.

Kaedah

Komponen utama yang diperlukan untuk mencapai elektrolisi adalah:

Elektrod yang diperbuat daripada logam, grafit and bahan separa pengalir digunakan secara meluas. Pemilihan elektrod yang sesuai bergantung kepada tindak balas kimia antara elektrod dengan elektrolit dan kos pembuatan.

Kegunaan industri

Proses Hall-Heroult dalam pemprosesan aluminium.

Proses pengilangan

Dalam pembuatan, elektrolisis boleh digunakan untuk:

  • Elektrosaduran, di mana filem nipis logam dimendapkan di atas bahan substrat. Penyaduran elektrik digunakan dalam banyak industri untuk tujuan fungsian atau hiasan, seperti badan kenderaan dan syiling nikel.
  • Pemesinan elektrokimia (ECM), di mana katod elektrolisis digunakan sebagai alat berbentuk untuk mengeluarkan bahan melalui pengoksidaan anodik daripada bahan kerja. ECM selalunya digunakan sebagai teknik untuk menggores permukaan logam seperti alatan atau pisau dengan tanda atau logo kekal.

Kajian terkini

Elektrolisis karbon dioksida

Penurunan karbon dioksida melalui elektrolisis boleh menghasilkan bahan-bahan kimia perlu seperti metana, etilena, etanol dan lain-lain,[2][3][4] dan teknologi ini sedang dikaji sebagai proses penghasilan molekul organik neutral karbon berpotensi.[5][6]

Rujukan

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno