Führerbunker

Führerbunker ("Bunker Pemimpin") ialah sebuah tempat perlindungan (dari serangan udara) bawah tanah yang terletak berhampiran pejabat Kanselor Jerman di ibukota negara tersebut Berlin. Ia adalah sebahagian daripada kompleks bunker bawah tanah yang dibina dalam dua fasa, siap pada tahun 1936 dan 1944. Ia merupakan Markas Führer (Führerhauptquartiere) terakhir yang digunakan oleh Adolf Hitler.

Führerbunker
Bunker Führer
Julai 1947, foto pintu masuk belakang ke Führerbunker di taman Reichskanzlei. Jasad Hitler dan Eva Braun telah dibakar dalam lubang letupan di hadapan pintu keluar kecemasan sebelah kiri; binaan berbentuk kon di tengah digunakan sebagai ekzos asap, dan sebagai tempat perlindungan bom bagi pengawal.
Map
Maklumat umum
Bandar/pekanBerlin, Jerman
Koordinat52°30′45″N 13°22′53″E / 52.5125°N 13.3815°E / 52.5125; 13.3815 13°22′53″E / 52.5125°N 13.3815°E / 52.5125; 13.3815
Pembinaan bermula1943
Disiapkan pada
23 Oktober 1944
Diruntuhkan pada5 Disember 1947
Pembiayaan1.35 juta Reichsmark
PemilikReich Ketiga
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekAlbert Speer, Karl Piepenburg
Firma arkitekHochtief AG
Model 3D Canseleri Reich Baru berserta lokasi kompleks bunker
Model 3D Führerbunker (kiri) dan Vorbunker (kanan)

Hitler mendiami Führerbunker ini pada 16 Januari 1945 dan menjadi pusat pemerintahan Nazi sehingga hari-hari terakhir Perang Dunia II di Eropah. Disinilah Hitler mengahwini Eva Braun pada penghujung April 1945, sejurus sebelum mereka membunuh diri.

Selepas perang kedua-dua bangunan lama dan baru Kanseleri telah diruntuhkan oleh pihak Soviet. Meskipun beberapa kali kerja perobohan dibuat, sebahagian besar kompleks bawah tanah itu masih tidak terusik sehinggalah tahun 1988–89. Sewaktu pembinaan semula kawasan Berlin tersebut, bahagian-bahagian kompleks bunker lama yang digali kebanyakannya telah musnah. Tapak itu kekal tidak bertanda sehinggalah tahun 2006, apabila plak kecil berserta papan informasi skematik telah dipasang. Beberapa koridor bunker masih wujud, namun telah ditutup dari orang awam.

Pembinaan

Bunker Reich Canseleri pada mulanya dibina sebagai tempat perlindungan serangan udara sementara untuk Hitler (yang sebenarnya kurang menghabiskan masa di ibu negara pada keseluruhan perang). Peningkatan pengeboman ke atas Berlin membawa kepada perluasan kompleks itu sebagai tempat tinggal tetap. Kompleks rumit ini terdiri daripada dua pusat perlindungan berasingan, Vorbunker ("bunker hadapan"; bunker atas), siap pada tahun 1936, dan Führerbunker, bertempat 2.5 meter (8.2 kaki) lebih rendah daripada Vorbunker dan di sebelah barat daya, siap pada 1944.[1][2] Ia dihubungkan dengan tangga yang terletak pada sudut kanan dan boleh ditutup antara satu sama lain oleh dinding sekat dan pintu keluli.[3] Vorbunker terletak 1.5 meter (4.9 kaki) di bawah bilik bawah tanah dewan resepsi yang besar di belakang Reich Canseleri lama di Wilhelmstrasse 77.[4] Führerbunker terletak kira-kira 8.5 meter (28 kaki) di bawah taman Reich Canseleri lama, 120 meter (390 kaki) di utara bangunan Reich Canseleri baru di Voßstraße 6.[5] Selain berada lebih dalam di bawah tanah, Führerbunker itu lebih nampak kukuh. Bumbungnya diperbuat daripada konkrit hampir 3 meter (9.8 kaki) tebal.[6] Sejumlah 30 bilik kecil yang dilindungi oleh kira-kira 4 meter (13 kaki) konkrit.; pintu keluar membawa ke bangunan utama, serta sebuah pintu kecemasan sehingga ke taman. Pembinaan Führerbunker telah dilakukan oleh syarikat Hochtief sebagai sebahagian daripada program pembinaan bawah tanah yang luas di Berlin bermula pada tahun 1940.[7]

Tempat tinggal Hitler adalah di dalam bahagian yang lebih baru ini, lebih rendah, dan menjelang Februari 1945 ia telah dihiasi dengan perabot yang berkualiti tinggi diambil dari Canseleri, bersama dengan beberapa bingkai lukisan minyak.[8] Selepas turun tangga ke dalam bahagian yang lebih rendah dan melalui pintu keluli, terdapat koridor yang panjang dengan satu siri bilik pada setiap sisi.[9] Di sebelah kanan adalah satu siri bilik termasuk bilik penjana/bilik pengudaraan dan papan suis telefon.[9] Di sebelah kiri adalah bilik tidur Eva Braun/bilik tamu (juga dikenali sebagai bilik tetamu peribadi Hitler), sebuah bilik antara (juga dikenali sebagai ruang tamu Hitler), yang membawa ke dalam bilik membaca/pejabat Hitler.[10][11] Di dinding tergantung potret besar Frederick Agung, salah seorang wira Hitler.[12] Sebuah pintu membawa ke dalam bilik tidur Hitler yang dihias sederhana.[11] Bersebelahannya adalah bilik mesyuarat/bilik peta (juga dikenali sebagai bilik taklimat/bilik situasi) yang mempunyai pintu yang menghala keluar ke bilik menunggu/bilik antara.[10][11]

Kompleks bunker adalah serba lengkap.[13] Walau bagaimanapun, oleh kerana Führerbunker berada di bawah paras air bumi, keadaan adalah lembap dan tidak menyenangkan, sebuah pam berjalan secara berterusan untuk membuang air tanah. Penjana diesel menyediakan bekalan elektrik dan air perigi telah dipam masuk sebagai bekalan air.[14] Sistem komunikasi termasuk teleks, papan suis telefon, dan satu set radio tentera dengan antena luaran. Apabila keadaan merosot di penghujung perang, Hitler menerima banyak berita perang dari siaran radio BBC dan melalui kurier.[15]

Lihat juga

Sumber

Bacaan lanjut

  • Boldt, Gerhard (1973). Hitler: The Last Ten Days. New York: Coward, McCann & Geoghegan. ISBN 978-0-698-10531-7.
  • C.I.U. General Staff, Geographical Section (1990). Ramsey, Winston G. (penyunting). Berlin: Allied Intelligence Map of Key Buildings. After the Battle – Battle of Britain International. ISBN 978-1-870067-33-1.
  • Fest, Joachim (2005). Inside Hitler's Bunker: The Last Days of the Third Reich. New York: Picador. ISBN 978-0-374-13577-5.
  • Junge, Traudl (2004). Müller, Melissa (penyunting). Until the Final Hour: Hitler's Last Secretary. New York: Arcade Publishing. ISBN 978-1-55970-728-2.
  • Neubauer, Christoph (2010). Stadtführer durch Hitlers Berlin (dalam bahasa Deutsch/English). Franfurt on the Oder: Flashback Medienverlag. ISBN 978-3-9813977-0-3.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • O'Donnell, James P. (2001) [1978]. The Bunker. New York: Da Capo Press. ISBN 978-0-306-80958-3.
  • Petrova, Ada; Watson, Peter (1995). The Death of Hitler: The Full Story with New Evidence from Secret Russian Archives. New York: Norton. ISBN 978-0-393-03914-6.
  • Ryan, Cornelius (1966). The Last Battle. New York: Simon and Schuster.
  • Tissier, Tony Le (1999). Race for the Reichstag: the 1945 Battle for Berlin (ed. illustrated, reprint). London; Portland, OR: Routledge. ISBN 978-0-7146-4929-0.
  • Trevor-Roper, Hugh (1992) [1947]. The Last Days of Hitler (ed. paperback). University of Chicago Press. ISBN 978-0-226-81224-3.

Pautan luar