Farrah Fawcett

Farrah Leni Fawcett (/ˈfærə ˈfɔːsɪt/; asalnya disebut Ferrah; 2 Februari 1947 – 25 Jun 2009) ialah seorang pelakon, model dan artis Amerika Syarikat. Beliau ialah pencalon Anugerah Emmy dan Anugerah Golden Globe, Fawcett meraih kemasyhuran antarabangsa dengan melakonkan watak penyiasat persendirian Jill Munroe dalam musim pertama siri Charlie's Angels (1976–1977).

Farrah Fawcett
Fawcett pada 1977
Kelahiran
Ferrah Leni Fawcett[1]

(1947-02-02)2 Februari 1947
Corpus Christi, Texas, A.S.
Meninggal duniaJun 25, 2009(2009-06-25) (umur 62)
DikebumikanPierce Brothers Westwood Village Memorial Park and Mortuary, Los Angeles, California U.S.
Nama lainFarrah Fawcett-Majors
Farrah Faucet
PendidikanUniversiti Texas (tarik diri)
PekerjaanPelakon, model, artis
Tahun aktif1969–2006
Terkenal keranaJill Munroe – Charlie's Angels
PasanganLee Majors (k. 1973; c. 1982)
Rakan kongsi domestikRyan O'Neal (1979–1997; 2001–2009, kematiannya)
Anak-anak1

Fawcett memulakan kerjayanya pada 1960an muncul dalam iklan dan peranan undangan di televisyen.[2][3] Pada 1970an, beliau muncul dalam siri televisyen, termasuk peranan berulang dalam Harry O (1974–1976), dan The Six Million Dollar Man (1974–1978) bersama suami pertamanya, pelakon Lee Majors. Kejayaannya hadir pada 1976 apabila memegang watak Jill Munroe dalam Charlie's Angels, bersama Kate Jackson dan Jaclyn Smith. Siri ini membawa mereka kepada puncak kemasyhuran, termasuk Fawcett, yang ketika itu dikenali sebagai "Farrah Fawcett-Majors". Selepas hanya muncul dalam musim pertama, beliau memutuskan untuk meninggalkan rancangan itu, namun kembali sebagai pelakon undangan dalam enam episod musim ketiga dan keempat (1978–1980). Bagi wataknya dalam Charlie's Angels, beliau menerima pencalonan Golden Globe pertama.

Fawcett didiagnosis menghidap kanser dubur pada tahun 2006, dan beliau meninggal dunia tiga tahun kemudian pada usia 62 tahun. Dokumentari NBC 2009, Farrah’s Story merakamkan semangat beliau bertarung dengan penyakit itu. Beliau secara anumerta memperoleh pencalonan Emmy keempat untuk kerja sebagai penerbit di dokumentari.[4][5][6]

Filemografi

Filem

TahunFilemPerananCatatan
1969Love Is a Funny ThingPatriciaFilem pertama
1970Myra BreckinridgeMary Ann Pringle
1976Logan's RunHolly 13Sebagai Farrah Fawcett-Majors
1978Somebody Killed Her HusbandJenny MooreSebagai Farrah Fawcett-Majors
1979An Almost Perfect AffairDirinya sendiriTidak dikreditkan
1979SunburnEllieSebagai Farrah Fawcett-Majors
1980Saturn 3Alex
1981Murder in TexasJoan RobinsonBerdasarkan kisah benar buku Thomas Thompson 1976 "Blood and Money"
1981The Cannonball RunPamela Glover
1986ExtremitiesMarjorie
1989See You in the MorningJo Livingstone
1995Man of the HouseSandy Archer
1997The ApostleJessie Dewey
1997The LovemasterCraig's Dream Date
1997Playboy: Farrah Fawcett, All of MeDirinya sendiriTerus ke video
1998The Brave Little Toaster Goes to MarsFaucetSuara
2000The FlunkyDirinya sendir
2000Dr. T & the WomenKate Travis
2004The CookoutMrs. CrowleyPeranan lakonan terakhir
2008A Wing & a Prayer: Farrah's Fight for LifeDirinya sendiriDokumentari

Rujukan

Pautan luar