GFriend

GFriend (digayakan sebagai GFRIEND; Hangul여자친구; RRYeoja Chingu) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang dibentuk oleh Source Music pada tahun 2015.[2] Kumpulan ini terdiri daripada enam orang ahli iaitu: Sowon, Yerin, Eunha, Yuju, SinB dan Umji. Kumpulan ini debut menerusi album mini Season of Glass pada 15 Januari 2015. Kumpulan ini memenangi beberapa anugerah rookie wanita 2015 dan telah mendapat momentum sejak debut mereka walaupun berasal dari syarikat kecil.[3] Kumpulan ini juga menjadi kumpulan wanita pertama yang diwawancara untuk Grammy Mini Masterclass, siri wawancara yang dianjurkan oleh AS Grammy Museum Experience Prudential Center di mana para artis, pekerja industri muzik dan pemuzik bercakap mengenai muzik untuk golongan muda.[4]

GFriend
GFriend pada bulan Februari 2020
Dari kiri ke kanan: Umji, Eunha, Yuju, SinB, Yerin dan Sowon
Latar belakang
Berasal dariKorea Selatan Seoul, Korea Selatan
Genre
Tahun aktif2015 (2015)–2021 (2021)
Syarikat rakaman
Laman sesawang
Laman sesawang rasmi Korea
Laman sesawang rasmi Jepun
Bekas ahli
  • Sowon
  • Yerin
  • Eunha
  • Yuju
  • SinB
  • Umji
Nama Korea
Hangul여자친구
Hanja女子親舊
Perumian SemakanYeoja Chingu
McCune–ReischauerYŏja Chingu

Pada tahun 2016, kumpulan ini meneruskan kejayaan mereka dengan album mini ketiga mereka, Snowflake dan memenangi tempat pertama di banyak pertunjukan muzik dengan single utama "Rough". Mereka mengeluarkan album studio pertama mereka LOL pada bulan Julai 2016. Pada tahun 2017, kumpulan ini membuat comeback dengan konsep baru dengan album mink keempat mereka The Awakening dan pra-pesanan album melebihi 100,000 unit.[5] Kumpulan ini mengeluarkan album mini kelima mereka Parallel pada bulan Ogos 2017 dan versi semula album mini ini dikeluarkan sebulan kemudian dengan tajuk Rainbow. Pada tahun 2018, kumpulan ini mengadakan konsert pertama mereka sejak debut bertajuk Season of GFriend[6] dan kemudiannya Jelajah Asia pertama mereka dengan nama yang sama.[7]

Kumpulan ini mengeluarkan album mini keenam mereka Time for the Moon Night pada bulan April 2018 dan album mini khas Sunny Summer pada bulan Julai 2018. Kumpulan ini membuat debut rasmi di Jepun dengan kompilasi album, GFriend 1st Best pada bulan Mei 2018. Pada bulan Januari 2019, Kumpulan ini mengeluarkan album studio kedua mereka Time For Us dan mengeluarkan album mini ketujuh mereka pada bulan Julai tahun itu Fever Season. Keluaran akhir kumpulan ini terdiri daripada siri "回", yang terdiri daripada dua album mini dan album studio ketiga mereka. GFriend dibubarkan pada 22 Mei 2021, selepas semua ahli meninggalkan Source Music selepas kontrak mereka tamat.

Sejarah

2015: Debut dengan Season of Glass, Flower Bud dan peningkatan populariti

GFriend pada tahun 2015

Pada 15 Januari 2015, kumpulan ini mengeluarkan album mini pertama mereka Season of Glass.[8] Single utama "Glass Bead" digubah oleh Seo Yong-bae dan Iggy. Album ini muncul di nombor dua belas di carta mingguan Gaon.[9][10] Kumpulan ini memulakan promosi album mereka pada 16 Januari di dalam program muzik KBS, Music Bank. [11] Menurut YouTube, video muzik "Glass Bead" menduduki tempat nombor sembilan dalam sepuluh teratas "Video K-Pop Paling Banyak Ditonton di Seluruh Dunia pada Januari 2015".[12] Pada 28 Januari 2015, Billboard menamakan GFriend sebagai salah satu dari "5 Artis K-Pop Teratas yang Akan Ditonton pada 2015".[13]

Kumpulan ini mengeluarkan album mini kedua mereka Flower Bud dan video muzik untuk single utama "Me Gustas Tu" pada 23 Julai 2015. Kumpulan ini memulakan promosi kumpulan pada tarikh yang sama dengan perilisan album iaitu pada 23 Julai 2015 di Mnet M Countdown.[14]

Kumpulan ini mendapat perhatian antarabangsa selepas video ahli GFriend tetap meneruskan persembahan "Me Gustas Tu" walaupun terjatuh banyak kali di atas pentas disebabkan oleh lantai licin menjadi viral pada bulan September 2015. Kumpulan ini dipuji kerana sikap profesional mereka terutamanya Yuju yang jatuh sebanyak lapan kali dan terseliuh jari semasa persembahan ini.[15][16]

Pada 17 September 2015, kumpulan ini sekali lagi mendapat perhatian sebagai satu-satunya kumpulan wanita yang dicalonkan dalam kategori "Artis Korea Terbaik" di 2015 MTV Europe Music Awards kategori bersama kumpulan lelaki B1A4, BTS, Got7 dan VIXX.[17]

"Me Gustas Tu" memasuki carta 100 Terbaik Akhir Tahun Gaon sebagai lagu terlaris ke-38 pada tahun 2015.[18] "Me Gustas Tu" dan juga "Glass Bead" masing-masing berada di kedudukan ke-18 dan ke-44 dalam Top 100 Akhir Tahun Bugs 2015.[19]

2016: Snowflake, kemenangan muzik pertama dan LOL

Pada 25 Januari 2016, kumpulan ini mengeluarkan album mini ketiga mereka Snowflake bersama single utama "Rough". "Rough" adalah lagu terakhir untuk melengkapkan trilogi konsep sekolah tinggi GFriend bersama "Glass Bead" dan "Me Gustas Tu". Kumpulan ini memulakan promosi untuk Snowflake pada 26 Januari di dalam program muzik SBS MTV, The Show. Album ini muncul di nombor sepuluh di Carta Album Dunia Billboard,[20] dan video muzik "Rough" di YouTube menduduki tempat ketiga dalam sepuluh teratas "Paling Banyak Dilihat Video K-Pop Di Seluruh Dunia pada Januari 2016".[21]

Gfriend di pentas semasa KCON16 LA, pada 30 Julai 2016.

Pada 2 Februari, kumpulan ini menerima kemenangan program muzik pertama mereka untuk lagu "Rough" di dalam The Show. Mereka kemudiannya memenangi empat belas anugerah di dalam rancangan muzik termasuk memenangi "triple crown" pertama mereka di dalam M Countdown, Music Bank, Show Champion dan Inkigayo. Dengan 15 kemenangan, ia meletakkan mereka di tempat kedua untuk kemenangan terbanyak bagi sesebuah kumpulan wanita dibelakang Apink yang merekodkan 17 kemenangan menerusi "Luv".[22][23] Lagu "Rough" juga menduduki tempat pertama di dalam ranking separuh pertama tahun 2016 Carta Gaon..[24]

Pada 15 Jun, kumpulan ini telah diumumkan akan membintangi bersama Mamamoo di dalam musim baru Showtime. Pada 29 Jun, Source Music memulakan promosi untuk album studio pertama GFriend LOL, yang merupakan singkatan dari "Laughing Out Loud (ketawa terbahak-bahak)" dan "Lots of Love (Banyak Cinta)". LOL dikeluarkan pada 11 Julai dengan single utama "Navillera" dan mempunyai lebih dari 60,000 salinan pra-pesanan di seluruh dunia.[25] Pada 19 Julai, kumpulan ini memperoleh kemenangan pertunjukan muzik pertama mereka untuk single "Navillera" di The Show.[26]

Album studio pertama kumpulan ini, LOL dikeluarkan pada 11 Julai bersama lagu utama, "Navillera".[27] Pada 19 Julai, GFriend memenangi program muzik pertama mereka untuk lagu "Navillera" di dalam The Show.[28]

Menjelang akhir tahun, YouTube mendedahkan 10 MV K-pop teratas yang paling disukai oleh orang Korea Selatan pada tahun 2016. "Rough" dan "Navillera" masing-masing berada di kedudukan ke-2 dan ke-10 dalam senarai itu.[29][30] "Rough" dan "Navillera" juga masing-masing menduduki tempat ke-2 dan ke-11 dalam Top 100 Akhir Tahun Bugs 2016.[31] "Rough" juga menduduki tempat ke-13 dalam Billboard 20 Lagu K-Pop Terbaik 2016: Critic's Picks.[32] Pada pertunjukan akhir tahun 2016 KBS Song Festival, penilaian penonton puncak untuk keseluruhan pertunjukan dicatatkan semasa persembahan "Rough" GFriend pada 10.3%.[33] "Rough" juga menjadi lagu yang paling banyak dimuat turun pada tahun 2016 mengikut Carta Muat turun Akhir Tahun Carta Gaon 2016.[34]

2017: Perjumpaan peminat pertama, The Awakening, Parallel dan Rainbow

Pada 23 Februari 2017, Source Music mengumumkan bahawa GFriend akan membuat comeback pada 6 Mac.[35] Pada 27 Februari 2017, album mini keempat mereka didedahkan sebagai The Awakening dengan single utama, "Fingertip".[36][37] Pra-pesanan global The Awakening melebihi 100,000 salinan, satu rekod peribadi baharu.[5] Selain itu, album ini juga membuat debut di Nombor lima di Billboard World Albums chart.[38]

Pada bulan April 2017, kumpulan ini mengadakan perjumpaan peminat pertama mereka, "Dear Buddy".[39]

Pada 1 Ogos 2017, kumpulan ini mengeluarkan album mini kelima mereka Parallel dengan single utama "Love Whisper".[40] Pada bulan September, mereka mengeluarkan versi semula album mini kelima mereka Rainbow dengan single utama "Summer Rain".[41]

2018: Konsert solo pertama, Time for the Moon Night, debut Jepun, Sunny Summer dan "Memoria"

GFriend membuka tahun ini dengan konsert solo pertama mereka, "Season of GFriend", pada 6 dan 7 Januari 2018.[42] Gfriend mentandatangani dengan King Records.[43][44]

Album mini keenam mereka Time for the Moon Night muncul di tempat teratas Download, Album & Social charts di Gaon,[45][46][47] menjual lebih daripada 84,000 salinan di Korea Selatan.[48] Minggu berikutnya, dilaporkan bahawa kumpulan ini terikat dengan Girls' Generation dan Twice sebagai kumpulan wanita dengan penyertaan terbanyak dalam 10 Teratas Billboard World Albums Chart, dengan lima setiap satu.[49] Pada minggu kedua promosi album, GFriend memenangi enam anugerah dalam program muzik, menjadikan "Time for the Moon Night" lagu pertama tahun 2018 yang memenangi semua hadiah di program muzikal.[50][51]

Pada akhir Mei, kumpulan ini mempromosikan album kompilasi mereka Kyō Kara Watashitachi wa ~ GFriend 1st Best ~ di Jepun, yang dikeluarkan pada 23 Mei.[52][53] Album debut Jepun GFriend memuncak di Nombor 10 dalam carta album mingguan Oricon.[54]

Pada 19 Julai, kumpulan ini mengeluarkan album mini musim panas Sunny Summer.[55] Mereka membuat debut dalam carta Billboard Social 50 di nombor 30, seminggu selepas keluaran album.[56]

Pada 10 Oktober, kumpulan ini mengeluarkan album single Jepun pertama mereka "Memoria /夜 (Time for the moon night)".[57] Ia memulakan debut di nombor enam dalam carta single mingguan Oricon dan nombor lima di penjualan single teratas mingguan Billboard Jepun.[58][59]

2019: Time for Us, single Jepun, Fever Season, dan Fallin' Light

Pada 14 Januari, kumpulan ini mengeluarkan album studio kedua mereka Time for Us dengan single utama "Sunrise".[60][61] Time for Us menjadi album Korea paling laris kumpulan dengan lebih daripada 86,000 salinan terjual berdasarkan Gaon Chart.[62] Pada 13 Februari, kumpulan jni mengeluarkan album single Jepun kedua mereka, "Sunrise (JP ver.)/La Pam Pam".[63] Pada 13 Mac, kumpulan ini mengeluarkan album single Jepun ketiga mereka, "Flower/Beautiful".[64]

Pada 1 Julai, kumpulan ini mengeluarkan album mini ketujuh mereka Fever Season dengan single utama "Fever". Album mini terdiri daripada lapan buah lagu, termasuk versi instrumental untuk single utama mereka.[65] Kumpulan ini juga mempromosikan di Jepun dengan kolaborasi bersama kumpulan pop Jepun Sonar Pocket dan mengeluarkan album single Jepun, Oh Difficult - Sonar Pocket×GFriend, pada 3 Julai.[66]

Pada 13 November, kumpulan ini mengeluarkan album studio Jepun pertama mereka, Fallin 'Light, dengan single utama dengan nama yang sama.[67] Album ini juga memuatkan semua lagu Jepun mereka yang lalu sejak "Memoria" serta lagu baru.

2020–2021: Siri "回" dan dibubarkan

Pada 3 Februari, GFriend mengeluarkan album mini kelapan mereka bertajuk 回: Labyrinth, dengan single utama "Crossroads".[68][69] ini menandakan comeback Korea pertama kumpulan ini setelah pemerolehan Source Music oleh Big Hit Entertainment pada tahun 2019.[69]

Album mini kesembilan mereka, 回:Song of the Sirens telah dikeluarkan pada 13 Julai dengan single utama "Apple".[70]

Pada 14 Oktober, kumpulan ini mengeluarkan 回:Labyrinth ~Crossroads~, yang mengandungi versi bahasa Jepun "Crossroads" dan "Labyrinth". Ia diikuti oleh 回:Song of the Sirens ~Apple~ pada 21 Oktober, mengandungi versi bahasa Jepun "Apple" dan "Tarot Cards".[71] Album studio ketiga GFriend, 回:Walpurgis Night dikeluarkan pada 9 November dengan single utama "Mago".[72]

Pada 11 September, diumumkan di laman web rasmi Jepun kumpulan ini bahawa dua single Jepun akan dikeluarkan: 回:Labyrinth ~Crossroads~, yang mengandungi versi Bahasa Jepun "Crossroads" dan "Labyrinth", dikeluarkan pada 14 Oktober dan 回:Song of the Sirens ~Apple~, yang mengandungi versi Bahasa Jepun "Apple" dan "Tarot Cards", dikeluarkan pada 21 Oktober.[73]

Pada 22 Mei 2021, kesemua enam orang ahli meninggalkan Source Music selepas kontrak mereka tamat dan kumpulan ini secara rasminya dibubarkan.[74][75] Eunha, SinB dan Umji kemudiannya membentuk kumpulan Viviz pada tahun 2022, selepas menandatangani kontrak dengan BPM Entertainment.[76]

Ahli

Diskografi

Album Korea

  • LOL (2016)
  • Time For Us (2019)
  • 回: Walpurgis Night (2020)

Album Jepun

  • Fallin' Light (2019)

Filemografi

Rancangan realiti

TahunTajukSaluran TVNotaRef.
2015GFriend! Look After Our DogSkytv12 episod[77]
One Fine DayMBC MusicDifilemkan di Cebu, Filipina, 4 episod[78]
2016GFriend – Where R U Going?!iMBC, V Live, MBCkpopDifilemkan di Pulau Jeju, 7 episod[79]
Mamamoo x GFriend ShowtimeMBC Every 18 episod[80]
GFriend Loves EuropeskyTravelDifilemkan di Austria, Hungary, dan Slovenia, 8 episod[81]
2017The Friends in Adriatic SeaKStar, Cube TV, E! AsiaDifilemkan di Itali dan Slovenia, 5 episod[82]
2019GFriend Summer Vacation in OkinawaU-NextDifilemkan di Okinawa, Jepun, 10 episod[83]
2020GFriend's MemoriaWeverse, V Live, YouTubeMusim 1 difilemkan di Chuncheon, 4 episod[84]
GFriend's Memoria Season 2Weverse, V Live, YouTubeMusim 2 difilemkan di Pantai YangYang Gaenmaeul, 6 episod[85]
GFriend's Memoria <ONE HALF #1>Weverse, V Live, YouTube3 episod[86]
GFriend's Memoria Season 3Weverse, V Live, YouTubeMusim 3 difilemkan di Gapyeong Hanok Village, 7 episod[87]
GFriend's Memoria Season 4Weverse, V Live, YouTubeMusim 4 difilemkan di Buddy High School dengan Konsep Aneka Ragam, 3 episod[88]
2021GFriend's Memoria - New Year's PartyWeverse, V Live, YouTube2 episod[89]
GFriend's Memoria - The Cooking ShowWeverse, V Live, YouTubeKonsep Rancangan Aneka Ragam, 2 episod[90]
GFriend's Memoria - Detective GFriendWeverse, V Live, YouTubeKonsep Rancangan Aneka Ragam, 2 episod[91]
GFriend's Memoria - Talk ShowWeverse, V Live, YouTube2 episod[92]
GFriend's Memoria - Home TogetherWeverse, V Live, YouTube3 episod[93]
GFriend's Memoria - Game FriendWeverse, V Live, YouTubeKonsep Rancangan Aneka Ragam, 2 episod[94]

DVD & Blu-Ray

  • GFriend - Where R U Going? (2016)[95]
  • 2016 Season's Greetings[96]
  • 2017 Season's Greetings[97]
  • 2018 Season's Greetings[98]
  • 2018 GFRIEND 1st Concert "Season of GFriend" (2018)[99]
  • 2019 Season's Greetings "Be In Full Bloom"[100]
  • 2018 GFRIEND 1st Concert ENCORE "Season of Gfriend" (2019)[101]
  • GFriend 1st Photo Book "여자친구" (2019)[102]
  • 2020 Season's Greetings[103]
  • 2019 GFRIEND ASIA TOUR in Seoul Go Go GFRIEND! (2020)[104]
  • GFriend 2nd Photo Book (CHOICE) (2020)[105][106]
  • 2021 Season's Greetings[107]

Pencalonan dan anugerah

Rujukan

Pautan luar