Gigabait

Gigabait atau Gbait (diterbitkan daripada awalan SI, giga-) ialah unit maklumat atau storan komputer yang membawa pengertian 1000³ bait atau 1024³ bait (1000³ = satu bilion). Simbolnya ialah GB (harus tidak dikelirukan dengan Gb yang digunakan untuk gigabit).

Kuantiti bait
Awalan SIKegunaan sejarahAwalan perduaan
Simbol
(nama)
Nilai Simbol NilaiSimbol
(nama)
 Nilai 
kB (kilobait)10001 = 103KB10241 = 210 KiB (kibibait)210
MB (megabait)10002 = 106MB10242 = 220 MiB (mebibait)220
GB (gigabait)10003 = 109GB10243 = 230 GiB (gibibait)230
TB (terabait)10004 = 1012TB10244 = 240 TiB (tebibait)240
PB (petabait)10005 = 1015PB10245 = 250 PiB (pebibait)250
EB (eksabait)10006 = 1018EB10246 = 260 EiB (eksbibait)260
ZB (zetabait)10007 = 1021ZB10247 = 270 ZiB (zebibait)270
YB (yotabait)10008 = 1024YB10248 = 280 YiB (yobibait)280
Unit Warisan
 Unit Nilai
 KB210 Bait = 1024 Bait
 MB220 Bait = 1024 KB
 GB230 Bait = 1024 MB
 TB240 Bait = 1024 GB

Perkataan "gigabait" adalah kabur maknanya, bergantung kepada konteks. Ketika merujuk kepada saiz ingatan capaian rawak (RAM) dan fail, gigabait secara tradisi mempunyai takrif perduaan sebanyak 1024³ bait. Untuk kegunaan-kegunaan lain, ia bermaksud tepat-tepat 1000³ bait. Supaya dapat mengatasi kekeliruan ini, semua badan piawaan yang berkaitan kini mempromosikan penggunaan istilah gibibait untuk takrif perduaan.

Takrif

Terdapat dua takrif yang berbeza sedikit untuk gigabait yang umum digunakan:

  • 1,000,000,000 bait atau 109 bait ialah takrif perpuluhan yang digunakan dalam telekomunikasi (seperti kelajuan rangkaian) dan oleh kebanyakan pengilang storan komputer (seperti cakera keras dan pemacu flash). Penggunaan ini adalah selaras dengan SI. Petikan-petikan daripada Seagate: "Piawai industri storan adalah untuk memaparkan muatan dalam perpuluhan", dan "Satu gigabait atau GB adalah sama dengan satu bilion bait ketika merujuk kepada muatan cakera keras". Petikan-petikan yang serupa juga boleh didapati dalam tapak web pengilang-pengilang storan yang lain.
  • 1,073,741,824 bait, iaitu sama dengan 1024³ atau 230 bait. Ini adalah takrif yang umumnya digunakan untuk ingatan komputer dan saiz fail. Sejak dari tahun 1999, IEC telah mengesyorkan bahawa unit ini harus digelar sebagai gibibait (dengan singkatan GiB). Microsoft menggunakan takrif ini untuk memaparkan saiz cakera keras, sebagaimana dengan kebanyakan sistem pengendalian yang lain.[1] Setiap sistem pengendalian menggunakan takrif ini apabila merujuk kepada saiz fail.

Gigabait lwn. gigabit

Dalam penggunaan moden yang lazim, satu bait ialah 8 bit. Oleh itu, satu gigabait adalah tepat sama dengan lapan gigabit.

UnitSingkatanBil. megabaitKegunaan
  gigabait  GB
("B" dalam huruf besar)
1000Storan komputer (misalnya cakera keras 500 GB)
gigabaitGB
("B" dalam huruf besar)
1024Ingatan komputer (misalnya ingatan capaian rawak 4 GB)
gigabitGb
("b" dalam huruf kecil)
125Truput rangkaian (misalnya kadar pindahan data 1 Gb/s)

Kekeliruan pengguna

Mengikut dapatan pada tahun 2007, kebanyakan cakera keras pengguna ditakrifkan mengikut julat gigabait muatannya. Muatan sebenar biasanya merupakan suatu angka yang lebih atau kurang daripada kelas yang ditetapkan. Walaupun kebanyakan pengilang cakera keras dan cakera flash mentakrifkan 1 gigabait sebagai 1,000,000,000 bait, sistem-sistem pengendalian komputer yang digunakan oleh kebanyakan pengguna biasanya menghitung gigabait dengan membahagikan jumlah baitnya (sama ada muatan cakera, saiz fail, atau ingatan capaian rawak sistem) dengan 1,073,741,824. Perbezaan ini adalah punca kekeliruan, khususnya di kalangan mereka yang bukan daripada latar belakang teknik kerana sebuah cakera keras dengan muatan yang terkadar oleh pengilang sebagai 400 gigabait mungkin akan dilaporkan sebagai hanya mempunyai muatan sebanyak 372 GB oleh sistem pengendalian pengguna, bergantung kepada jenis laporan yang dijanakan.

Perbezaan antara unit berasaskan SI dengan unit berasaskan awalan perduaan bertambah secara eksponen. Dengan kata yang lain, satu kilobait SI adalah hampir sama dengan 98% kibibait, tetapi satu megabait adalah kurang daripada 96% mebibait, dengan satu gigabait merupakan 93.1% gibibait. Ini bermaksud bahawa sebuah pemacu cakera keras 500 GB akan dipaparkan sebagai "468 GB". Apabila saiz-saiz storan menjadi lebih besar dan unit-unit yang lebih tinggi digunakan, perbezaan ini akan menjadi lebih nyata.

Perhatikanlah bahawa ingatan komputer dirujuk mengikut asas 2 kerana reka bentuknya. Oleh itu, saiz ingatan sentiasa merupakan suatu kuasa dua (atau kuantiti yang berkait rapat, misalnya 384 MiB = 3×227 bait) dan dengan itu, unit-unit perduaan adalah lebih sesuai untuk rujukan kepada ingatan capaian rawak (RAM). Ukuran-ukuran komputer yang lain, misalnya saiz perkakasan storan, kadar pemindahan data, kelajuan jam, kendalian per saat dan sebagainya tidak berasaskan kuasa dua pada dirinya dan oleh itu, biasanya diberikan dalam unit perpuluhan.

Sebagai contoh, ambillah sebuah pemacu keras yang boleh menyimpan tepat-tepat 250×109 atau 250 bilion bait selepas pemformatan. Umumnya, sistem-sistem pengendalian menghitung saiz cakera dan fail dengan menggunakan angka perduaan. Oleh sebab itu, pemacu 250 GB tersebut akan dilaporkan sebagai "234.68 GB". Sebagai akibat, percanggahan yang ketara akan timbul antara apa dipercayai oleh pengguna sebagai yang dibelinya dengan apa yang dilaporkan oleh sistem pengendalian.

Sesetengah pengguna berasa tertipu apabila mereka mendapati perbezaan ini, dan mendakwa bahawa para pengilang pemacu dan pengilang peranti pemindahan data sengaja menggunakan ukuran perpuluhan untuk meningkatkan bilangan dengan cara yang menipu. Terdapat banyak juga tindakan undang-undang yang diambil tentang kekeliruan ini (sila lihat Awalan perduaan — Pertikaian undang-undang).

Punca masalah ini sudah tentu berasal daripada takrif rasmi unit-unit SI yang tidak begitu dikenali, dengan sesetengah penyelesaian undang-undang merangkumi arahan-arahan bahawa pengilang menggunakan maklumat yang lebih jelas, misalnya dengan menyatakan saiz cakera keras dalam kedua-dua unit GB dan GiB.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar