Guangzhou Metro

Guangzhou Metro (Cina ringkas: 广州地铁Cina tradisional: 廣州地鐵Pinyin Mandarin: Guǎngzhōu DìtiěJyutping: Gwong²zau¹ Dei⁶tit³) merupakan sistem metro bagi bandar Guangzhou, Guangdong di China. Ia beroperasi di bawah syarikat milik negeri, Guangzhou Metro Corporation dan merupakan sistem metro keempat yang dibina di tanah besar China selepas Beijing, Tianjin dan Shanghai.

Guangzhou Metro
Umum
PemilikBandar Guangzhou
LokasiGuangzhou
Foshan
Jenis transit
Transit aliran deras
Jumlah laluan/aliran
13
Jumlah stesen
232[note 1]
Bil. penumpang harian
7.36 juta (2017 Avg.)[1]
10.0257 juta (Kemuncak 31 Disember 2017)[2]
Bil. penumpang tahunan
2.568 billion (2016)[3]
Laman sesawang
www.gzmtr.com
Operasi
Mula beroperasi
28 Jun 1997
PengendaliGuangzhou Metro Corporation
Jumlah kenderaan
383 gerabak (setakat 2016)[4]
Teknikal
Panjang sistem
391.8 km (243.5 bt)[5]
Tolok landasan
1,435 mm (4 kaki 8 12 in)
Jejari kelengkungan minimum
206 m (676 ka)[6]
Pengelektrikan
Refs[7][8][9][10] Overhead lines Third rail
1500 V DC  1   2   3   7 
 8   9   13 
 Guangfo 
 4   5   6   14 
600 V AC  APM 
Peta sistem
Schematics
Physical layout
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Guangzhou Metro
Cina Ringkas:广州地铁
Cina Tradisional:廣州地鐵

Usaha terawal membina sebuah sistem transit aliran deras di Guangzhou bermula sejak tahun 1960. Dalam masa dua dekad, projek ini telah dibawa ke dalam agenda sebanyak lima kali, namun terbengkalai setiap kali diangkat kerana masalah kewangan dan teknikal.[11][12] Persediaan pembinaan Guangzhou Metro pada hari ini tidak bermula sehinggalah tahun 1980-an, dan pembinaan aliran pertama, Aliran 1, secara rasminya bermula pada tahun 1993.[12][13] Line 1 opened four years later in 1997 with five stations in operation.[14]

Setakat Disember 2017 Guangzhou Metro mempunyai 13 buah aliran yang beroperasi iaitu Aliran 1, Aliran 2, Aliran 3, Aliran 4, Aliran 5, Aliran 6, Aliran 7, Aliran 8, Aliran 9, Aliran 13, Aliran 14, Aliran Guangfo, dan Zhujiang New Town APM yang menghubungkan kawasan bandar dan pinggir bandar. Aliran Guangfo menghubungkan Guangzhou dan Foshan serta merupakan aliran metro pertama di antara dua buah bandar dalam negara.[15] Waktu perkhidamatan harian bermula dari jam 6:00 pagi dan berakhir pada tengah malam dengan purata penumpang melebihi 7 juta.[16][1][17] Dengan 2.568 billion penumpang pada tahun 2016, Guangzhou Metro menjadi sistem metro keempat tersibuk di dunia selepas Beijing, Shanghai dan Seoul. Guangzhou Metro beroperasi untuk 231 buah stesen,[note 1] termasuk 28 buah stesen pertukaran serta 390.7 km aliran.

Pembinaan peluasan jaringan metro telah dirancang bagi tahun 2011-2020. Pembinaan bermula dengan Aliran 11, Aliran 18, Aliran 21 dan peluasan Aliran 8 dan Aliran Guangfo serta peluasan Aliran 7 ke Shunde, Foshan. Jumlah kapasiti operasi dijangka melebihi 600 km menjelang 2020.[18] Guangzhou Metro kini giat membina penghubung antara bandar-bandar berdekatan. Foshan telah dihubungkan menerusi Guangfo Metro dengan Aliran 7 dan Aliran 2 Foshan Metro sedang dalam pembinaan. Bandar Dongguan dicadangkan untuk dihubungkan melalui Aliran 13 Guangzhou Metro dengan Dongguan Metro.[19] Bandar Huizhou dicadangkan pada tahun 2016 bahawa Aliran 16 Guangzhou Metro diperluaskan ke Kounti Longmen, mencapai integrasi Huizhou dan Guangzhou. Pada Januari 2018, Datuk Bandar Huizhou, Mai Jiaomeng mendedahkan bahawa Huizhou sedang mengkaji dua perhubungan Guangzhou Metro dengan Aliran 16 menuju ke Bandar Yonghan, Kounti Longmen dan Aliran 21 diperluaskan ke Gunung Luofu di Kounti Boluo.[20][21]

Nota

Rujukan

Bibliografi

Pautan luar

113°15′53″E / 23.1089°N 113.2647°E / 23.1089; 113.2647