Kereta Api Bawah Tanah Metropolitan Seoul

(Dilencongkan dari Seoul Metropolitan Subway)

Kereta Api Bawah Tanah Metropolitan (Bahasa Korea: 수도권 전철) ialah sistem kereta api bandar yang terdiri daripada 21 laluan kereta api bawah tanah, rel ringan, kereta api komuter dan transit rakyat yang terletak di kawasan barat laut negara Korea Selatan. Sistem ini memberi khidmat di kebanyakan kawasan ibu negara Seoul, metropolis Incheon dan bandar-bandar satelit di wilayah Gyeonggi. Sesetengah laluan serantau di dalam rangkaian ini menjangkau sehingga ke kawasan desa di utara wilayah Chungnam dan barat wilayah Gangwon.[3]

Kereta Api Bawah Tanah Metropolitan
كريتا اڤي باوه تانه ميتروڤوليتن
Umum
Nama asal
  • 수도권 전철 / 首都圈 電鐵
  • Sudogwon jeoncheol
Pemilik
  • Pemerintah Korea Selatan,
  • Pemerintah Metropolitan Seoul, Bandaraya Incheon,
  • Bucheon, Uijeongbu, Yongin
  • dan syarikat swasta lain
LokasiKawasan Ibu Negara Seoul dan kawasan sekitarnya
Jenis transit
Alihan laju, kereta api komuter
Jumlah laluan/aliran
21
Jumlah stesen
680
Bil. penumpang tahunan
2.619 bilion (2013, laluan 1-9)[1]
1.027 bilion (2012, Korail)[2]
Operasi
Mula beroperasi
15 Ogos 1974; 49 tahun yang lalu (1974-08-15)
PengendaliSeoul Metro, Korail, Perbadanan Transit Incheon dan pengendali kereta api swasta lain
Teknikal
Panjang sistem
1,113.2 kilometer (691.7 bt)
Tolok landasan
1,435 mm (4 kaki 8 12 in) tolok piawai
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Kereta Api Bawah Tanah Metropolitan Seoul
Hangul
Hanja
Perumian SemakanSudogwon Jeoncheol
McCune–ReischauerSudokwŏn Chŏnch'ŏl

Laluan kereta api pertama dalam rangkaian ini Laluan 1 mula dibina pada 1971 dan dibuka pada 1974, dengan operasi langsung ke kereta api pinggir bandar milik Korail. Hari ini, rangkaian tersebut merupakan salah satu sistem kereta api terbesar di dunia dengan panjang landasan sehingga 331.5 km (206.0 bt) untuk Laluan 1 hingga 9 sahaja, dengan perkhidmatan tanpa wayar dan internet di kesemua kereta api dan pintu tabir platform di kebanyakan stesen disediakan. Ia juga mempunyai maklumat kereta api dalam masa nyata di setiap stesen.

Latar belakang

Laluan pertama rangkaian kereta api bawah tanah atau metro mula dibina pada 1971 dengan bantuan iktisad dan teknikal dari Jepun.[4] Bahagian pertama laluan itu dibina dengan menggunakan kaedah pembinaan gali dan timbus. Ia akhirnya dibuka pada 15 Ogos 1974 dengan khidmat operasi langsung bersama laluan–laluan kereta api bandar sekeliling yang dikendalikan oleh Perbadanan Kereta Api Korea (Korail), serupa seperti sistem kereta api bawah tanah di Tokyo.[5] Pada hari ini, kebanyakan laluan rangkaian Kereta Api Kawasan Ibu Negara dikendalikan oleh dua syarikat utama iaitu Korail dan Perbadanan Pengangkutan Seoul (gabungan syarikat Seoul Metro dan Perbadanan Transit Laju Metropolitan Seoul).

Jaringan kereta api ini digambarkan sebagai sistem metro berbilang pengendali terpanjang di dunia mengikut panjang laluan.[6] Sistem ini dinilai sebagai salah satu sistem kereta api terbaik di dunia oleh CNN[7] dan Jalopnik.[8] Ia dikenali dengan kebersihan dan penggunaan yang mudah dengan teknologi maju seperti khidmat 4G LTE, Wi-Fi, DMB dan WiBro yang boleh dicapai di kesemua stesen dan kereta api.[9] Hampir kesemua stesen mempunyai pintu tabir platform; hanya beberapa stesen yang dikendalikan oleh Korail masih lagi dengan platform terbuka, sebelum ia selesai dipasang pada tahun 2017. Satu kedai maya pertama di dunia untuk pengguna telefon pintar telah dibuka di stesen Seolleung pada 2011.[7]

Kereta api dengan laluan-laluan bernombor biasanya beroperasi di landasan sebelah kanan, manakala kereta api dengan laluan-laluan bernama (contohnya AREX) beroperasi di sebelah kiri. Pengecualian untuk kereta api Laluan 1 dan juga Laluan 4 di selatan stesen Namtaeryeong kerana ia dikendalikan oleh syarikat pengendali kereta api kebangsaan Korea Selatan, Korail.[10]

Rangkaian kereta api

Sistem rangkaian Kereta Api Kawasan Ibu Negara disusun mengikut nombor dengan beberapa pengecualian (lihat jadual di bawah) yang dianggap sebagai laluan transit laju bandar yang terletak di kawasan ibu negara Seoul. Laluan–laluan komuter yang dikendalikan oleh Korail menyediakan perkhidmatan komuter seperti metro yang biasanya menjangkau sehingga luar sempadan kawasan ibu negara, di mana ia agak serupa seperti sistem RER di Paris, Perancis. Waktu operasi mungkin berbeza bergantung pada laluan itu dan rata-rata rangkaian kereta api ini beroperasi dari 5.30 pagi hingga 1 pagi pada hari Isnin hingga Jumaat dan tutup lebih awal (12 tengah malam) ketika hujung minggu.

AREX merupakan laluan kereta api penghubung yang menyambungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon (IIA) dan Lapangan Terbang Gimpo dengan Seoul. Ia menawarkan perkhidmatan ekspres ke IIA serta khidmat komuter yang berhenti di semua stesen untuk penduduk yang tinggal di kawasan sekitar laluan ini.

Jadual laluan kereta api

Nama sistem laluanTerminalPanjang (km)StesenPemilikPengendali
SistemLaluan sebenar
Laluan 1Laluan 1
(laluan Jongro)
SeoulCheongnyangni200.698Bandaraya Khas Seoul
Ibu Pejabat Prasarana Bandaraya Khas Seoul
Perbadanan Pengangkutan Seoul
Laluan GyeongwonHoegiSoyosanPemerintah Republik Korea
Kementerian Tanah, Prasarana dan Pengangkutan
Pihak Berkuasa Rangkaian Rel Korea
Perbadanan Kereta Api Korea
Laluan GyeongbuSeoulCheonan
Laluan GyeonginGuroIncheon
Laluan Kereta Api Laju GyeongbuPejabat Daerah GeumcheonGwangmyeong
Laluan Pangkalan ByeongjeomByeongjeomSeodongtan
Laluan JanghangCheonanSinchang
Laluan 2Laluan utama (Lingkaran Euljiro)Dewan Bandaraya60.251Bandaraya Khas Seoul
Ibu Pejabat Prasarana Bandaraya Khas Seoul
Perbadanan Pengangkutan Seoul
Laluan cabang SeongsuSeongsuKejiranan Sinseol
Laluan cabang SinjeongSindorimKkachisan
Laluan 3Laluan 3JichukOgeum57.444
Laluan IlsanDaehwaPemerintah Republik Korea
Kementerian Tanah, Prasarana dan Pengangkutan
Pihak Berkuasa Rangkaian Rel Korea
Perbadanan Kereta Api Korea
Laluan 4Laluan 4DanggogaeNamtaeryeong71.548Bandaraya Khas Seoul
Ibu Pejabat Prasarana Bandaraya Khas Seoul
Perbadanan Pengangkutan Seoul
Laluan GwacheonGeumjeongPemerintah Republik Korea
Kementerian Tanah, Prasarana dan Pengangkutan
Pihak Berkuasa Rangkaian Rel Korea
Perbadanan Kereta Api Korea
Laluan AnsanOido
Laluan 5Laluan utamaBanghwaKejiranan Sangil52.351Bandaraya Khas Seoul
Ibu Pejabat Prasarana Bandaraya Khas Seoul
Perbadanan Pengangkutan Seoul
Laluan cabangGangdongMacheon
Laluan 6EungamBonghwasan35.138
Laluan 7JangamPejabat Daerah Bupyeong57.151Bandaraya Khas Seoul
Bandaraya Bucheon
Bandaraya Metropolitan Incheon
Ibu Pejabat Prasarana Bandaraya Khas Seoul
Laluan 8AmsaMoran17.717Bandaraya Khas Seoul
Ibu Pejabat Prasarana Bandaraya Khas Seoul
Laluan 9GaehwaKompleks Sukan31.730Bandaraya Khas Seoul
Ibu Pejabat Prasarana Bandaraya Khas Seoul
Perbadanan Laluan 9 Seoul Metro
Seoul Line 9 Operation
AREX[nota 1]SeoulLapangan Terbang Antarabangsa Incheon58.013Pemerintah Republik Korea
Kementerian Tanah, Prasarana dan Pengangkutan
Pihak Berkuasa Rangkaian Rel Korea
Perbadanan Kereta Api Lapangan Terbang
Laluan Gyeongui–JungangLaluan GyeonguiSeoulMunsan128.155Perbadanan Kereta Api Korea
Laluan YongsanYongsanGajwa
Laluan GyeongwonHoegi
Laluan JungangCheongnyangniJipyeong
Laluan GyeongchunMangu85.624
Laluan GyeongwonHoegi
Laluan ManguManguUniversiti Kwangwoon
Laluan GyeongchunChuncheon
Laluan GyeonggangPangyoYeoju57.011
Laluan BundangWangsimniSuwon52.936
Laluan SuinOidoIncheon19.914
Laluan ShinbundangGangnamGwanggyo31.012Pemerintah Republik Korea
Kementerian Tanah, Prasarana dan Pengangkutan
Pihak Berkuasa Rangkaian Rel Korea
Perbadanan Laluan Shinbundang
Perbadanan Kereta Api Gyeonggi
NeoTrans
Laluan 1 IncheonGyeyangDaerah Perniagaan Antarabangsa29.429Bandaraya Metropolitan Incheon
Ibu Pejabat Lalu Lintas Bandaraya Metropolitan Incheon
Perbadanan Pengangkutan Incheon
Laluan 2 IncheonGeomdan OryuUnyeon29.227
Kereta Api Ringan Uijeongbu[nota 2]BalgokTapseok10.615Bandaraya UijeongbuPerbadanan Kereta Api Ringan Uijeongbu
EverLine[nota 3]GiheungJeondae–Everland18.415Bandaraya YonginPerbadanan Alihan Laju Yongin
Laluan Ui[nota 4]BukhansanKejiranan Shinseol11.413Bandaraya Khas SeoulPerbadanan Kereta Api Ringan Ui–Sinseol
Jumlah keseluruhan:1,117.3587[nota 5]

Peta laluan

Rangkaian laluan–laluan dalam Kereta Api Kawasan Ibu Negara

Rujukan

Catatan

Umum

Pautan luar

  • Laman sesawang rasmi syarikat