Gula perang

Gula perang ialah suatu produk gula sukrosa dengan warna perangnya yang tersendiri disebabkan kandungan molasesnya. Ia gula lembut ditapis separa atau tidak ditapis langsung yang terdiri daripada hablur gula dengan kandungan molases yang sedikit sama ada ia dalam bentuk sisa yang tertinggal (gula perang semulajadi) mahupun ditambah kepada gula putih yang ditapis (gula perang komersil).

Hablur gula perang
Gula (sukrosa), perang (dengan molases)
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga1,576 kJ (377 kcal)
Karbohidrat97.33 g
- Gula96.21 g
- Serabut diet0 g
Lemak0 g
Protein0 g
Air1.77 g
Tiamina (vit. B1)0.008 mg (1%)
Riboflavin (vit. B2)0.007 mg (1%)
Niasin (vit. B3)0.082 mg (1%)
Vitamin B60.026 mg (2%)
Folat (vit. B9)1 μg (0%)
Kalsium85 mg (9%)
Besi1.91 mg (15%)
Magnesium29 mg (8%)
Fosforus22 mg (3%)
Kalium133 mg (3%)
Natrium39 mg (3%)
Zink0.18 mg (2%)
Full link to USDA database entry
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.

Teks piawaian penghasilan, pengendalian dan keselamatan makanan yang diiktiraf seluruh dunia iaitu Codex Alimentarius menetapkan agar gula perang mengandungi sekurang-kurangnya 88% sukrosa termasuk gula songsang.[1] Gula perang komersial boleh mengandungi dari 4.5% (gula perang muda) sehingga 6.5% kandungan molases (gula perang tua) berdasarkan isipadu penuh produk akhir.[2] Gula perang komersial biasa mengandungi sehingga 10% molases jika mengikut berat penuh.[3] Produk ini secara semulajadinya terasa lembap disebabkan sifat higroskopi molases, maka ia dilabel sebagai "lembut".

Penghasilan

Gula perang seringnya dihasilkan dengan menambahkan molases tebu kepada hablur gula putih yang ditapis untuk mengawal nisbah hablur gula dengan lebih terperinci serta menjimatkan kos penghasilan. Produk akhir yang dihasilkan cenderung lebih kasar berbanding jenis mentahnya malah molasesnya boleh dicuci keluar dengan mudah dari hablur gula asal berbanding dengan gula perang mentah yang kelihatan hampir putih meskipun dicuci.

Rujukan