Haider al-Abadi

Haider Jawad Kadhim Al-Abadi (atau al-'Ibadi; Arab: حيدر جواد كاظم العبادي, dilahirkan pada 25 April 1952) merupakan seorang ahli politik dari Iraq yang dipilih sebagai Perdana Menteri Iraq sejak September 2014. Sebelum itu, beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Komunikasi Iraq dari tahun 2003 hingga 2004 ketika pentadbiran peralihan selepas penggulingan kuasa Saddam Hussein.

Haider al-Abadi
حيدر العبادي
Al-Abadi pada tahun 2015
Perdana Menteri Iraq ke-48
Memegang jawatan
8 September 2014
PresidenFuad Masum
Didahului olehNouri al-Maliki
Pemimpin Islamic Dawa Party
Memegang jawatan
8 September 2014
Didahului olehNouri al-Maliki
Timbalan pemimpin Islamic Dawa Party
Dalam jawatan
15 Januari 2007 – 8 September 2014
Didahului olehNouri al-Maliki
Digantikan olehBaha Araji
Menteri Komunikasi Iraq
Dalam jawatan
1 September 2003 – 1 Jun 2004
Didahului olehMuhammad Saeed al-Sahhaf
Digantikan olehMuhammad Ali Hakim
Butiran peribadi
LahirHaider Jawad Kadhim Al-Abadi
(1952-04-25) 25 April 1952 (umur 71)[perlu rujukan]
Baghdad, Iraq
Parti politikIslamic Dawa Party
Anak-anak3
Alma materUniversiti Teknologi Iraq
Universiti Victoria Manchester
Laman web rasmiwww.pmo.iq

Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Presiden Iraq, Fuad Masum pada 11 Ogos 2014 menggantikan Nouri al-Maliki[1] dan diperkenan oleh Parlimen Iraq pada 8 September 2014.[2]

Kehidupan awal dan pendidikan

Ayah Haider al-Abadi ialah pengamal perubatan di Hospital Neurologi Baghdad dan Ketua Inspektor Kementerian Kesihatan Iraq tetapi terpaksa bersara pada tahun 1979 kerana ketidaksepakatan dengan ketua pemerintah ketika itu dan meninggal dunia di luar negara.[3] Al-Abadi, juga mahir bertutur di dalam bahasa Inggeris, beliau menamatkan pengajian sekolah menengah pada tahun 1970 di Sekolah Menengah Markaziyah Al-Azhar, Baghdad (Arab: الإعدادية المركزية).sehingga tahum 1975, kemudian beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Iraq dan Universiti Baghdad.[4]Pada tahun 1980, beliau berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Victoria, Manchester, England.[5]

Kerjaya

Al-Abadi menyertai Parti Dawa pada tahun 1967. Dua orang saudaranya telah dibunuh dan seorang lagi juga telah dibunuh ketika di dalam penjara 1980, 1981, dan 1982 disabitkan sebagai tahanan politik. Pada tahun 1981, abangnya ditangkap dan dipenjarakan selama 10 tahun. Pada tahun 1977, beliau menjadi ketua parti semasa belajar di London.[6] Pada tahun 1979, beliau menjadi ahli kepimpinan eksekutif Parti Dawa.[7] Pada tahun 1983, pihak kerajaan telah merampas pasport al-Abadi kerana didakwa bersekongkol dengan parti pembangkang yang lain untuk melawan Parti Sosialis Arab Ba'ath - Wilayah Iraq / Parti Ba'ath.

Pengasingan

Kembali ke Iraq

Perdana Menteri Iraq (2014-kini)

Rujukan

Pautan luar

Jawatan politik
Didahului oleh
Muhammad Saeed al-Sahhaf
Menteri Komunikasi Iraq
2003–2004
Diikuti oleh:
Muhammad Ali Hakim
Didahului oleh
Nouri al-Maliki
Perdana Menteri Iraq
2014–kini
Pemegang jawatan kini
Jawatan parti politik
Didahului oleh
Nouri al-Maliki
Timbalan pemimpin Islamic Dawa Party
2007–2014
Diikuti oleh:
Baha Araji
Didahului oleh
Nouri al-Maliki
Pemimpin Islamic Dawa Party
2014–kini
Pemegang jawatan kini