Hari Penyatuan Semula

Hari Penyatuan Semula (Vietnam: Ngày Thống nhất), Hari Kemenangan (Ngày Chiến thắng) atau Hari Pembebasan (Ngày Giải phóng or Ngày Giải phóng miền Nam) atau nama rasmi Hari Pembebasan Selatan demi Penyatuan Semula Negara (Giải phóng miền Nam, thống nhất đất nước)[2] ialah cuti umum di Vietnam yang memperingati peristiwa apabila angkatan bersenjata Vietnam Utara dan Việt Cộng menawan Saigon (kini Bandar Raya Ho Chi Minh) pada 30 April 1975. Ini menandakan berakhirnya Perang Vietnam, dikenali dalam bahasa Vietnam sebagai Kháng chiến chống Mỹ cứu nước ("Perang Tentangan Anti-Amerika demi Penyelamatan Negara") atau Chiến tranh Việt Nam (Perang Vietnam). Ia permulaan tempoh peralihan menuju penyatuan semula, yang berlaku di pilihan raya negara demi penyatuan semula negara pada 2 Julai 1976, apabila Republik Vietnam Selatan dan Vietnam Utara menggabungkan dua negara merdeka, membentuk negara masa kini sebagai Vietnam.[3]

Hari Penyatuan Semula
Sepanduk di Hanoi untuk Hari Penyatuan Semula
Nama rasmiHari membebaskan Selatan demi penyatuan semula negara (Giải phóng miền Nam, thống nhất đất nước)
Juga dikenali sebagai
Hari Penyatuan Semula (Ngày Thống nhất)
Hari Pembebasan (Ngày Giải phóng)
Hari kemenangan (Ngày Chiến thắng)[1]
April Hitam (Tháng Tư Đen)
Kejatuhan Saigon (Sài Gòn Thất thủ)
Diraikan oleh/di
Vietnam
JenisKebangsaan
KepentinganMenandakan pembebasan Selatan demi penyatuan semula negara
UpacaraVietnam
Tarikh30 April
Kekerapantahunan
Berkaitan dengan
Pembebasan Saigon

Dalam masyarakat Vietnam Perantauan, hari tersebut diperingati sebagai "Kejatuhan Saigon", "April Hitam" (Tháng Tư Đen),[4][5][6][7][8][9] "Hari Malu Kebangsaan" (Ngày Quốc Nhục) atau "Hari Kebencian Kebangsaan" (Ngày Quốc Hận).[5][10][11][12][13] Ini ialah hari peringatan bagi orang Vietnam dibuang negeri yang berkhidmat, terjejas, dan dipaksa pindah di masyarakat perantauan itu, dan hari tersebut ialah hari renungan. Ramai orang Amerika daripada pelbagai etnik menyambut hari tersebut untuk peringatan dan perpaduan.

Galeri

Lihat juga

Video

Rujukan

Templat:Public holidays in Vietnam