Harold Godwinson

Harold Godwinson (s. 1022 – 14 Oktober 1066), sering kali dipanggil Harold II, merupakan raja Anglo-Saxon terakhir yang dimahkotakan di England. Harold memerintah daripada 6 Januari 1066[1] sehingga kematian beliau di pertempuran Hastings, menentang para penceroboh Norman yang dipimpin oleh William si Penakluk semasa penaklukan Norman ke atas England. Kematian beliau menandakan penamat kepada pemerintahan Anglo-Saxon di England.

Harold Godwinson
Harold Godwinson, daripada Tapestri Bayeux
Raja England
Pemerintahan5 Januari – 14 Oktober 1066
Kemahkotaan6 Januari 1066
Didahului olehEdward si Pengaku
Diikuti olehEdgar Ætheling (tidak dimahkotakan)
(otherwise) William si Pengaku
Keputeraansekitar 1022
Wessex, England
Kemangkatan14 Oktober 1066 (berumur sekitar 44 tahun)
berdekatan Senlac Hill, Sussex, England
PemakamanWaltham Abbey, Essex, atau Bosham, Sussex (dipertikaikan)
PasanganEdith si Adil
Edith dari Mercia
AnakandaGodwin
Edmund
Magnus
Gunhild
Gytha
Harold
Ulf
KerabatGodwin
AyahandaGodwin, Earl Wessex
BondaGytha Thorkelsdóttir

Harold adalah seorang earl yang berkuasa dan anggota sebuah keluarga Anglo-Saxon yang terkenal yang mempunyai ikatan dengan Cnut si Agung. Setelah kematian abang ipar beliau, Raja Edward si Pengaku pada 5 Januari 1066, Witenagemot telah bersidang dan memilih Harold untuk menaiki takhta; beliau merupakan raja England pertama yang dirajakan di Westminster Abbey. Pada akhir bulan September, beliau berjaya mengundurkan satu serangan yang dibuat oleh pesaing takhta iaitu Harald Hardrada dari Norway sebelum membawa pasukan tentera beliau ke selatan untuk bertemu dengan William si Penakluk di Hastings dua minggu kemudian.

Nota

Petikan

Rujukan

Bacaan lanjut

  • van Kempen, Ad F. J. (November 2016). "'A mission he bore – to Duke William he came': Harold Godwineson's Commentum and his covert ambitions". Historical Research. 89 (246): 591–612. doi:10.1111/1468-2281.12147.

Pautan luar

Harold Godwinson
Kerabat Godwin
Tarikh keputeraan: c. 1022 Tarikh kemangkatan: 14 Oktober 1066
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Edward si Pengaku
Raja England
1066
Diikuti oleh:
Edgar si Ætheling
or William I
Bangsawan England
Didahului oleh
Ælfgār
Earl Anglia Timur
1052–1053
Diikuti oleh:
Ælfgār
Didahului oleh
Godwin
Earl Wessex
1053–1066
Takhta digabungkan