Jiwa

inti pati individu

Jiwa secara bahasa berasal daripada kat bahasa Sanskrit yang artinya "benih kehidupan". Dalam pelbagai agama dan falsafah, jiwa ialah bahagian bukan jasmani (bukan material) dalam seseorang. Biasanya jiwa dipercaya merangkumi kesedaran dan personaliti serta sinonim dengan roh dan akal.[1] Dalam teologi, jiwa dipercaya hidup terus selepas seseorang meninggal, dan sebahagian agama mengajarkan bahawa Tuhan ialah pencipta jiwa. Di beberapa budaya, benda-benda mati dikatakan mempunyai jiwa; kepercayaan ini disebut sebagai animisme.[2] Kegunaan istilah jiwa dan roh sering kali disamakan, walaupun perkataan pertama lebih sering berhubungan dengan keduniaan berbanding kata yang kedua.[3] Jiwa dan psyche boleh juga digunakan secara sinonim, walaupun psyche lebih berkonotasi fizikal, manakala jiwa berhubungan dekat dengan metafizik dan agama.[4] Jiwa juga diertikan sebagai seluruh kehidupan batin manusia (daripada aspek perasaan, kesedaran, angan-angan, dan sebagainya).[5]

Gambaran jiwa dalam Rosarioum Philosphorum.

Rujukan

Pautan luar

Bacaan lanjut

  • Bremmer, Jan (1983). The Early Greek Concept of the Soul (PDF). Princeton: Princeton University Press. ISBN 0-691-03131-2. Dicapai pada 2007-08-16.
  • Christopher, Milbourne, Search for the Soul, Thomas Y. Crowell Publishers, 1979
  • McGraw, John J., Brain & Belief: An Exploration of the Human Soul, Aegis Press, 2004