Kapur

Kapur adalah material lembut berwarna putih dan halus berasal dari batuan enapan mineral kalsium tersusun. Tiga sebatian utama yang menghasilkan bahan ini iaitu: kalsium karbonat (CaCO3, mendominasi gamping dan kapur tambang), kalsium oksida (penyusun utama kapur tohor) dan kalsium hidroksida (banyak kapur mati). Kapur yang ditemukan di alam juga dapat tercampur dengan mineral magnesium membentuk formasi tersendiri iaitu dolomit.

Lombong (atau "tambang") kapur Bukit Jaddih di Desa Jaddih, Kecamatan Socah, Kabupaten Bangkalan, Jawa Timur
Pabrik kapur di Tagogapu, Padalarang, Bandung Barat pada tahun 1920-an

Pembentukan kapur banyak terjadi di dasar laut di mana terkumpulnya sisa organisme laut purba bercangkerang yang bertumpuk dan perlahan-lahan membentuk lapisan endapan. Setelah berjuta tahun, lapisan ini menjadi batuan melalui proses geologi.

Kapur adalah bahan yang sangat bermanfaat serta mudah diperolehi dengan kos murah untuk berbagai kegiatan manusia, terutamanya dalam bidang pembangunan dan pertanian.

The Needles, sebahagian formasi kapur terletak di Isle of Wight, selatan England.

Etimologi

Perkataan kapur diturunkan daripada akar Proto-Melayu-Polinesia *kapuR yang mencabang daripada akar proto-Austronesia *qapuʀ.[1]

Pemanfaatan

Pertanian

Pemberian kapur (pengapuran) adalah salah satu tindakan perbaikan (ameliorasi) tanah agar dapat meningkatkan pH tanah lalu memudahkan peresapan nutrien penting bagi tanaman, seperti fosforus dan kalsium sambil mengelakkan peningkatan kelarutan beberapa mineral yang dapat meracun (toksik) bagi tanaman. Pemberian kapur (liming), baik kapur kalsium maupun yang mengandung magnesium, dapat memperbaiki kesuburan tanah dan meningkatkan hasil.

Jenis kapur yang diberikan tergantung dari tujuan pengapuran[2]: kapur giling (kalsit super), kapur tohor atau kapur hidup (kalsit, quicklime), dolomit, kapur mati atau kapur tembok (slaked lime, Ca(OH)2), kapur liat atau marl, kapur bara (slag), dan cangkang kerang.

Seni dan pembinaan

Kapur dimasukkan sebagai suatu agen sekunder menghasilkan kilau dan rona yang dikehendaki dalam bahan pewarna semulajadi; malah juga sebagai bahan pengikat pewarna kepada benang dan kain yang dicelup warna ini agar tidak mudah terluntur warna tersebut.[3]

Kapur komponen utama dalam campuran simen yang memberikan sifat melekat dan mengubah penampilan.

Lihat pula

Rujukan

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno