Kedudukan Akademik Universiti Sedunia

Kedudukan Akademik Universiti Sedunia atau Academic Ranking of World Universities (ARWU), sering juga disebut Kedudukan Shanghai (Shanghai Ranking), ialah salah satu penerbitan tahunan kedudukan universiti dunia. Senarai kedudukan ARWU pada awalnya disusun dan dikeluarkan oleh Universiti Jiao Tong Shanghai pada tahun 2003, menjadikannya sebagai senarai kedudukan universiti global pertama dengan pelbagai indikator.[1][2]

Kedudukan Akademik Universiti Sedunia
(Academic Ranking of World Universities, ARWU)
KategoriPendidikan tinggi
KekerapanTahunan
PenerbitShanghai Ranking Consultancy (2009~kini)
Universiti Jiao Tong Shanghai (2003~2008)
NegaraChina
BahasaSepuluh bahasa termasuk bahasa Inggeris & mandarin
Laman webwww.shanghairanking.com
Kedudukan Akademik Universiti Sedunia, 2003-2018, Sepuluh Besar

Sejak 2009, senarai kedudukan ARWU telah diterbitkan setiap tahun dan dilindungi hak cipta oleh Shanghai Ranking Consultancy, sebuah pertubuham yang berfokus pada pendidikan tinggi dan secara sah tidak tertakluk serta tidak terikat kepada sebarang universiti atau lembaga pemerintah.[3] Pada tahun 2011, dewan penasihat antarabangsa yang terdiri dari sarjana dan penyelidik dasar dibentuk untuk memberikan saranan.[4][5] Senarai ARWU saat ini termasuk senarai kedudukan institusi pendidikan tinggi global secara keseluruhan dan untuk pilihan mata pelajaran individu, selain itu terdapat juga senarai "Kedudukan China" dan "Kedudukan HEI Macedonia" bebas serantai.

ARWU dianggap sebagai salah satu dari tiga pemeringkat universito yang paling berpengaruh dan diamati secara luas, di samping QS World University Rankings dan Times Higher Education World University Rankings.[6][7][8][9][10][11][12] ARWU banyak menerima maklum balas positif untuk objektiviti dan metodologinya,[10][11][12] tetapi mengundang kritikan meluas kerana gagal menyesuaikan dengan ukuran institusi, sehingga institusi pendidikan yang lebih besar cenderung menempati kedudukan di atas yang lebih kecil.[9][13][14]

Rujukan

Pautan luar