Kepulauan Caroline

kepulauan

147°05′E / 6.050°N 147.083°E / 6.050; 147.083

Kepulauan Caroline ialah kepulauan yang terletak di sebelah barat Lautan Pasifik, di sebelah utara New Guinea. Secara politik, kepulauan tersebut terbahagi antara Persekutuan Mikronesia di bahagian timur kepulauan, dan Republik Palau di bahagian paling barat. Dari segi sejarah, wilayah ini juga disebut Nuevas Filipinas atau New Philippines,[1] ketika pulau-pulau tersebut menjadi sebahagian dari Hindia Sepanyol dan diperintah dari Manila di Filipina.

Peta Persekutuan Mikronesia. Palau berada di sebelah barat peta.
Lokasi Kepualaun Caroline

Kepulauan ini menjangkau jarak sekitar 3540 kilometer (2200 batu), dari Tobi, Palau di titik paling barat ke Kosrae di paling timur.[2]

Penghuraian

Kumpulan ini terdiri daripada sekitar 500 pulau karang kecil, di sebelah timur Filipina, di Lautan Pasifik; jarak dari Manila ke Yap, salah satu pulau yang lebih besar dari kumpulan itu, adalah 1.200 batu (1.900 km).[3]

Sebahagian besar pulau terdiri dari atol karang rata, tetapi ada yang tinggi di atas permukaan laut.

Penduduk

Penduduk asli menuturkan pelbagai bahasa Mikronesia termasuk Pohnpei, Chuuk, Carolinia, dan Kosrae, serta bahasa Malayo-Polinesia Barat, Palau dan Chamorro, dan bahasa Yap yang tidak diklasifikasikan (mungkin salah satu bahasa Kepulauan Admiralty). Populasi penting yang lain termasuk orang Filipina dan Jepun.

Pada 1985 sebuah kajian dibuat mengenai asal-usul kompas sisi yang digunakan di Kepulauan Caroline.[4]

Rujukan

Bibliografi

Pautan luar