Kesan pandemik COVID-19 terhadap alam sekitar

Masalah pandemik COVID-19 mempengaruhi alam sekitar dan iklim. Pengurangan aktiviti moden manusia, seperti pergerakan kenderaan bermotor, menyebabkan tahap pencemaran udara dan air di pelbagai daerah mengalami penurunan.[2][3][4] Di China, kuarantin wilayah dan beberapa faktor lain telah mengakibatkan penurunan pelepasan karbon sebanyak 25 peratus dan pelepasan nitrogen oksida sebanyak 50 peratus. Ahli sains menganggarkan bahawa penurunan pelepasan tersebut telah menyelamatkan 77.000 kehidupan di Bumi dalam kurun waktu dua bulan.[5][6][7][8] Meskipun demikian, pandemik juga berpengaruh pada aktiviti haram seperti penebangan hutan hujan Amazon dan pemburuan liar di Afrika, menyukarkan usaha diplomasi dasar alam sekitar, dan menyebabkan kemelesetan ekonomi yang boleh menjejaskan perkembangan tenga mesra alam.[9][10][11][12][13][14]

Gambar dari NASA Earth Observatory menunjukkan penurunan pada tahap pencemaran di Wuhan. Gambar atas merupakan tahap NO2 yang tercatat pada awal 2019, sementara gambar bawah merupakan data dari awal 2020.[1]

Latar belakang

Sehingga 2020, peningkatan jumlah gas rumah hijau yang dihasilkan sejak awal era perindustrian telah menyebabkan suhu global meningkat. Hal ini menyebabkan kesan lain, seperti pencairan glasier dan peningkatan paras laut.[15][16][17] Sebelum pandemik COVID-19 berlaku, penyelidik berpendapat bahawa pengurangan aktiviti ekonomi dapat membantu menurunkan tahap pencemaran udara, laut, dan pemanasan global.[18]

Rujukan