Kumbang

Kumbang ialah serangga yang membentuk order Coleoptera, dalam superorder Holometabola. Ia mengandungi lebih banyak spesies daripada order lain dalam alam haiwan, mengandungi hampir 25% daripada semua benda hidup yang dikenalpasti.[2] Kira-kira 40% daripada spesies serangga yang dikenal pasti ialah kumbang (kira-kira 400,000 spesies[3]), dan spesies baru sentiasa dijumpai. Beberapa anggaran meletakkan jumlah bilangan, yang telah dan belum dikenal pasti, sehingga setinggi 100 juta, tapi 1 juta mungkin lebih tepat.[4] Keluarga taksonomi terbesar, Curculionidae (kekabuh atau kumbang belalai), juga tergolong dalam order ini.

Kumbang
Julat zaman: 299–0 Ma Permian Terawal–Kini
Arah jam dari kiri: kumbang rusa keemasan betina (Lamprima aurata), kumbang badak (Megasoma sp.), kekabuh hidung panjang (Rhinotia hemistictus), kumbang koboi (Chondropyga dorsalis), dan spesies Amblytelus
Pengelasan saintifik s
Domain:Eukaryota
Alam:Animalia
Filum:Arthropoda
Kelas:Insecta
(tanpa pangkat):Endopterygota
Order:Coleoptera
Linnaeus, 1758
Suborder[1]
  • Adephaga
  • Archostemata
  • Myxophaga
  • Polyphaga
  • †Protocoleoptera

Lihat subkumpulan bagi order Coleoptera

Kumbang dapat dikenali daripada ciri sayap hadapan yang tebal dan keras, berfungsi melindungi sayap belakang yang nipis apabila tidak melakukan penerbangan. Sewaktu terbang, sayap belakang yang digunakan, manakala sayap hadapan terbuka dan terentang, tidak digunakan. Alat mulut kumbang terdiri daripada mandibel yang kuat digunakan untuk menggigit, mengerat atau mengunyah makanan yang terdiri daripada benda padat. Kumbang boleh didapati di pelbagai habitat daratan mahupun akuatik. Malah terdapat kumbang yang merupakan perosak bijirin yang disimpan, seperti kumbang beras dan kumbang tepung.

Rujukan

Pautan luar

Global