Lambang Kristian

Lambang Kristian adalah simbol, lambang atau tanda yang digunakan untuk men-simbolkan Identiti Agama Kristian (bahasa Inggris: Christian symbolism).[1] Simbol-simbol itu meliputi lambang-lambang kuno (archetypes), tindakan, karya seni atau peristiwa peringatan dalam tradisi Kristiann. Objek-objek atau tindakan-tindakan tersebut diambil erti dalamnya untuk melambangkan iman Kristiani.


Sebahagian daripada siri tentang

Simbol Agama Kristian

 
Yesus Kristus
Yesus Kristus  · Kelahiran  · Penyaliban  · Wafat  · Kebangkitan
Asas
Gereja  · Kerajaan  · Pegangan  · Perjanjian Baru
Alkitab
Wasiat Lama  · Wasiat Baru  · Injil  · Kanun  · Kitab  · Apokrifa
Teologi
Tuhan (Bapa  · Anak  · Roh Kudus)  · Apologetik  · Katolikisme  · Kristologi  · Misi  · Pembaptisan  · Sejarah teologi  · Penyelamatan  · Tritunggal
Sejarah dan tradisi
Pengikut  · Bunda Maria  · Santo Petrus  · Paulus si Hawari  · Bapa Gereja  · Awal  · Konstantinus Agung  · Persidangan  · Thomas Aquinas  · Perpecahan Timur-Barat  · Perang Salib  · Reformasi Protestan
Tajuk umum
Agama lain  · Kesarwabangsaan  · Kesenian  · Khutbah  · Kritikan  · Liturgi  · Muzik  · Simbolik  · Sembahyang  · Tahun gereja
Denominasi dan gerakan

Portal Kristian

Simbol-Simbol

Salib

Bentuk salib, yang seperti huruf "T", mulai digunakan sebagai simbol Kekristianan Awal sejak abad ke-2. Pada akhir abad ke-2,[2] sebagaimana tertulis dalam Octavius karyanya, Marcus Minucius Felix menolak tuduhan bahawa Kristian itu menyembah atau memuja salib. Salib (crucifix, stauros dalam bahasa Yunani) pada tempoh tersebut direpresentasikan dengan huruf T.[3]

Pada awal abad ke-3, Salib telah dikaitkan dengan Kristus sehingga Klemens dari Alexandria, yang meninggal antara tahun 211 dan 216, tanpa takut disalahartikan menggunakan frasa τὸ κυριακὸν σημεῖον (tanda Tuhan) yang bermaksud "salib",[4] apabila dia mengulangi idea yang baru berkembang. sejak munculnya Surat Barnabas, bahawa angka 318 (dalam penulisan angka Yunani menggunakan huruf-huruf ΤΙΗ) dalam Kejadian 14:14 adalah suatu ramalan perlambang semacam salib (T), garis tegak dengan garis melintang, melambangkan nilai 300) dan Yesus (ΙΗ, dua hurud pertama nama-Nya dalam bahasa Yunani, ΙΗΣΟΥΣ, melambangkan nilai 18).[5]

Tertulianus yang hidup sezaman dengan Klemens juga menolak tuduhan bahawa orang Kristian adalah crucis religiosi (yaitu "pemuja/penyembah tiang gantungan"), dan membalikkan tuduhan tersebut dengan cara mempersamakan penyembahan berhala pagan dengan penyembahan tiang pancang atau tonggak.[6] Dalam bukunya De Corona, ditulis tahun 204, Tertullian menceritakan tradisi orang Kristian berulang kali menggerakkan tangan mereka untuk membuat tanda salib di hati mereka.[7] Walaupun salib telah diiktiraf sejak fajar agama Kristian, salib tidak muncul sehingga abad ke-5. Sarjana dan ahli sejarah Pertengahan Perancis M.-M. Davy telah menerangkan secara terperinci "Simbolisme Romanesque" berkenaan kemunculan salib ini dalam perkembangan Zaman Pertengahan di Eropah Barat.[8]

Rujukan

Lihat Juga