Persidangan Kristian

Persidangan Gereja (Ecumenical council) ialah sebuah persidangan para biskop Gereja yang diadakan untuk membincang dan menyelesaikan permasalahan doktrin dan amalan Gereja. Perkataan ekumenikal berasal daripada bahasa Yunani "Οικουμένη", yang secara harfiah bererti "dihuni", dan pada asalnya merupakan satu kata-kata yang merujuk pada wilayah Empayar Rom memandangkan persidangan terawal semuanya dicetuskan oleh maharaja Rom. Dalam penggunaan terkemudian, ia digunapakai dalam bentuk yang lebih umum untuk mengertikan semua tempat yang dihuni manusia, oleh sebab itu "seluruh dunia" atau "umum". Penerimaan terhadap persidangan-persidangan bersejarah berbeza-beza antara mazhab Kristian.

Sebahagian daripada siri tentang

Simbol Agama Kristian

 
Yesus Kristus
Yesus Kristus  · Kelahiran  · Penyaliban  · Wafat  · Kebangkitan
Asas
Gereja  · Kerajaan  · Pegangan  · Perjanjian Baru
Alkitab
Wasiat Lama  · Wasiat Baru  · Injil  · Kanun  · Kitab  · Apokrifa
Teologi
Tuhan (Bapa  · Anak  · Roh Kudus)  · Apologetik  · Katolikisme  · Kristologi  · Misi  · Pembaptisan  · Sejarah teologi  · Penyelamatan  · Tritunggal
Sejarah dan tradisi
Pengikut  · Bunda Maria  · Santo Petrus  · Paulus si Hawari  · Bapa Gereja  · Awal  · Konstantinus Agung  · Persidangan  · Thomas Aquinas  · Perpecahan Timur-Barat  · Perang Salib  · Reformasi Protestan
Tajuk umum
Agama lain  · Kesarwabangsaan  · Kesenian  · Khutbah  · Kritikan  · Liturgi  · Muzik  · Simbolik  · Sembahyang  · Tahun gereja
Denominasi dan gerakan

Portal Kristian

"Seluruh Gereja" terbentuk oleh kebanyakan golongan Kristian Ortodoks TImur yang memasukkan semua bidang kuasa Ortodoks Timur ke dalam perhubungan penuh dengan setiap yang lainnya. Ini tidak melibatkan golongan Roman Katolik/Gereja-gereja Katolik Timur, dan juga Gereja-gereja Ortodoks Orient. Ketika sebilangan penganut Ortodoks Timur hanya akan melihat sesuatu persidangan itu sebagai bersifat kegerejaan penuh jika ia membabitkan semua ketua-ketua gereja zaman dahulu, termasuklah Rom, ini bukanlah pandangan jumhur golongan Ortodoks Timur. Begitu juga dengan pihak Roman Katolik yang mentakrifkan "seluruh gereja" sebagai "hanya" mereka yang berada dalam bidang kuasa penuh Uskup Rom. Sekali lagi, sesetengah penganut Roman Katolik merasakan perlunya memasukkan Gereja-gereja Timur dalam persidangan gereja, dalam erti kata penuh dan wajar. Sebagaimana yang disebutkan Paus John Paul II, Gereja perlu bernafas "dengan dua peparunya" (merujuk pada Upacara Timur Gereja Katolik dalam kesatuan dengan Rom). Pertemuan-pertemuan yang lebih bersifat tempatan juga kadang kala disebut sebagai "synod", tetapi perbezaan antara synod dan persidangan tidak begitu besar dan ketara. Walau bagaimana pun, kedua-dua belah pihak, dan ramai golongan Protestan, mengiktiraf kesahihan "Tujuh Persidangan Gereja", dengan pengecualian Persidangan Quinisext yang ditolak oleh penganut Roman Katolik tetapi dianggap sebagai sebahagian daripada Persidangan ke-6 oleh golongan Ortodoks Timur.

Perkataan Yunani "synod" (σύνοδος) berasal daripada "syn" (dalam bahasa Yunani: σύν; in bahasa Inggeris: bersama-sama) dan "odos" (dalam bahasa Yunani οδος; dalam bahasa Inggeris: jalan), jadi sebuah synod adalah kedatangan bersama beberapa orang yang berkongsi satu unsur yang serupa, dalam kes ini para biskop Kristian.

Perbuatan Para Rasul mencatatkan Persidangan Jerusalem menumpukan ketegangan antara mengekalkan amalan Yahudi dalam masyarakat penganut Kristian awal dengan saudara baru golongan Gentile. Walaupun keputusan-keputusannya diterima oleh semua penganut Kristian[1] dan takrifan-takrifan terkemudian persidangan gereja kelihatan selaras dengan satu-satunya Persidangan biblikal ini, tiada gereja Kristian yang memasukkannya ketika membuat penomboran persidangan-persidangan gereja.

Senarai persidangan gereja

Inskripsi kurun ke-4 yang melambangkan al-Masih sebagai Pengembala yang Baik

Tujuh Persidangan Gereja yang Pertama

Tempoh agama Kristian daripada Persidangan Nicaea Pertama (325) hingga Persidangan Nicea Kedua (787) dinamakan sebagai tempoh Tujuh Persidangan Gereja.

  • 1. Persidangan Nicaea Pertama (325); tidak mengakui Arianisme dan Quartodecimanisme, menerima pakai Pengakuan Iman Nicea yang asal. Persidangan ini dan semua persidangan berikutnya tidak diiktiraf oleh gereja-gereja bukan tritunggal—Arianisme, Unitari, Mormon, dan Saksi-Saksi Yehuwa.
  • 2. Persidangan Constantinople Pertama (381); menyemak kembali Pengakuan Iman Nicea kepada bentuk yang digunakan sekarang di gereja-gereja Timur dan Ortodoks Orient dan melarang sebarang pindaan lanjut Pengakuan Iman tersebut tanpa persetujuan persidangan gereja.
  • 3. Persidangan Ephesus Pertama (431); tidak mengakui Nestorianisme, mengisytiharkan Maryam Perawan sebagai Theotokos(bahasa Yunani Η Θεοτόκος, "Pembawa Tuhan" atau lebih umum lagi "Ibu Tuhan").
  • 4. Catatan: Lihat Persidangan Gereja Keempat untuk mengetahui perbezaan dalam membuat penomboran bagi persidangan ini dan persidangan berikutnya.
    • Persidangan Ephesus Kedua (449); menolak Nestorianisme. Pope Dioscorus mendapati Eutyches menjadi penganut Ortodoks. Dioscorus, bagaimana pun, mengisytiharkan kutukan terhadap Eutyches tidak lama selepas Persidangan Chalcedon. Persidangan ini tidak diiktiraf oleh golongan Chalcedon (golongan Katolik dan Ortodoks Byzantine).
    • Persidangan Chalcedon (451); tidak mengakui doktrin monofisitisme ajaran Eutyches yang menggambarkan dan menggariskan dua zat al-Masihsebagai manusia dan tuhan; menerima pakai Pengakuan Iman Chalcedon. Bagi mereka yang menerimanya, ia adalah Persidangan Gereja Keempat (menamakan persidangan sebelumnya yang ditolak oleh persidangan ini sebagai "Synod Perompak"). Persidangan ini dan semua persidangan berikutnya tidak diiktiraf oleh Kommunion Ortodoks Orient. Persidangan ini tidak diterima oleh golongan Katolik sehinggalah Persidangan Lyon Kedua (1274).
  • 5. Persidangan Constantinople Kedua (553); mengesahkan keputusan-keputusan dan doktrin-doktrin yang dihuraikan oleh persidangan-persidangan sebelumnya, mengutuk tulisan-tulisan pengikut baru Arius, Nestor dan Monofisit, mendekrikan Theopaschite Formula.
  • 6. Persidangan Constantinople Ketiga (680–681; tidak mengakui Monothelitisme,mengesahkan bahawa al-Masih mempunyai kehendak kemanusiaan dan ketuhanan.
    • Persidangan Quinisext (= Kelima dan Keenam) atau Persidangan di Trullo (692); lebih kepada persidangan pentadbiran yang mengangkat beberapa hukum gereja tempatan ke status gereja, menubuhkan prinsip-prinsip disiplin pendeta, dan menumpukan kanun Alkitab. Ia tidak dianggap sebagai satu persidangan dapat berdiri penuh di atas haknya sendiri kerana ia tidak memutuskan permasalahan doktrin. Persidangan ini diterima oleh Gereja Ortodoks Timur sebagai sebahagian daripada Persidangan Constantinople Ketiga, tetapi ditolak oleh golongan Roman Katolik.
  • 7. Persidangan Nicaea Kedua (787); pengembalian penghormatan terhadap ikon dan penamat ikonoklasme. Ia ditolak oleh beberapa mazhab Protestan yang sebaliknya lebih mengutamakan Persidangan Hieria (754) yang juga menggambarkan dirinya sebagai Persidangan Gereja Ketujuh dan telah mengutuk penghormatan terhadap ikon.

Lihat juga Synod Ancyra pada tahun 341.

Rujukan