Lepidoptera

order serangga

Lepidoptera merupakan order besar serangga termasuklah rama-rama dan kupu-kupu. Lepidoptera merupakan salah satu daripada order serangga yang paling terkenal di seluruh dunia,[1] mengandungi rama-rama dan tiga superfamili kupu-kupu, kupu-kupu skipper, dan rama-rama-kupu-kupu dan ditemui di mana-mana sahaja. Istilah ini dicipta oleh Linnaeus pada 1735 dan diterbitkan daripada Yunani Kuno λεπίδος (sisik) dan πτερόν (sayap).[2] Mengandungi kira-kira 174,250 spesies,[3] dalam 126 famili[4] dan 46 superfamili,[3] Lepidoptera menunjukkan banyak variasi pada struktur badan asas yang telah berevolusi untuk mendapatkan faedah dalam gaya hidup dan taburan. Anggaran terkini menunjukkan bahawa order ini mungkin ada lebih banyak spesies daripada yang difikirkan,[5] dan antara empat order yang mempunyai paling banyak spesies, bersama dengan Hymenoptera, Diptera, dan Coleoptera.[1]

Lepidoptera
Julat zaman: Jurasik – Sekarang
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Subkelas:
Pterygota
Infrakelas:
Neoptera
Superorder:
Endopterygota
Order:
Lepidoptera

Linnaeus, 1758
Suborder

Aglossata
Glossata
Heterobathmiina
Zeugloptera

Rujukan

Pautan luar