Liga T1

Liga T1 (Bahasa Thai: ไทยลีก 1 disebut sebagai ไท-หลีก-หนึ่ง) sering dirujuk sebagai Liga Thai 1, ialah peringkat liga teratas dalam sistem liga bola sepak Thailand. Liga bola sepak ini mempunyai 16 kelab dalam 1 musim perlawanan, ia beroperasi pada sistem kelayakan dan penyingkiran (promosyen dan relegasyen) dengan peringkat dibawahnya Liga T2. Musim berlangsung dari Ogos hingga Mei, dengan setiap kelab bermain sebanyak 30 perlawanan (bermain kesemua 15 pasukan lain di tempat sendiri dan di tempat lawan). Liga ini ditaja oleh Toyota Motor Thailand dan oleh sebab itu secara rasmi disebut sebagai Hilux Revo Thai League. Dalam Liga T1, kebanyakan perlawanan dimainkan pada hari Sabtu dan Ahad, dengan beberapa perlawanan dimainkan pada hari Rabu dan Jumaat.[1] [2]

Statistik

Juara liga

#TahunJuaraNaib Juara
11996–97Bangkok BankStock Exchange of Thailand
21997Air Force United F.C.Sinthana
31998SinthanaAir Force United F.C.
41999Air Force United F.C.Port
52000BEC Tero SasanaAir Force United F.C.
62001–02BEC Tero SasanaOsotsapa
72002–03Krung Thai BankBEC Tero Sasana
82003–04Krung Thai BankBEC Tero Sasana
92004–05Tobacco MonopolyPEA
102006Bangkok UniversityOsotsapa
112007ChonburiKrung Thai Bank
122008PEAChonburi
132009Muangthong UnitedChonburi
142010Muangthong UnitedBuriram United
152011Buriram PEAChonburi
162012Muangthong UnitedChonburi
172013Buriram UnitedMuangthong United
182014Buriram UnitedChonburi
192015Buriram UnitedMuangthong United
202016Muangthong UnitedBangkok United
212017Buriram UnitedMuangthong United
222018Buriram UnitedBangkok United
232019Chiangrai UnitedBuriram United
242020–21BG Pathum UnitedBuriram United
252021–22Buriram UnitedBG Pathum United
262022–23Buriram UnitedBangkok United
272023–24

Rujukan