Liza Hanim

Pelakon dan penyanyi wanita Malaysia

Haliza Hanim Abdul Halim (lahir 19 November 1979) ialah seorang penyanyi, pelakon, penulis lagu dan ahli perniagaan Malaysia.[3] Beliau memulakan kerjayanya di industri muzik Malaysia seawal usia 17 tahun selepas memenangi sebagai Naib Juara dalam pertandingan nyanyian Golden Teen Search anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 22 Disember 1996. Selepas program itu berakhir, beliau telah dilamar oleh sebuah syarikat rakaman iaitu Suria Records.[4][5][6] Beliau merupakan salah seorang anak didik Adnan Abu Hassan dan disifatkan antara penyanyi terbaik Malaysia yang menguasai industri muzik di era 2000-an, sebaris dengan vokalis ternama seperti Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah dan Misha Omar.

Liza Hanim
Fail:Lizahanim.jpg
Liza pada 2022.
Kelahiran
Haliza Hanim binti Abdul Halim

(1979-11-19) 19 November 1979 (umur 44)
PendidikanDiploma Pengurusan Perniagaan[2]
Pusat pendidikanUniversiti Sunway[2]
Pekerjaan
Tahun aktif1994–kini
PasanganMohd Shahrin Shamsudin (k. 2003)
Anak-anak5
IbuBadariah Hanum
BapaAbdul Halim Abdul Razak
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
  • Suria Records (Disember 1996– Mei 2004)
  • Life Records (2006–2007)
  • LH Media (2006–kini)
  • Laugh Out Loud Entertainment (2017–kini)
Pengkarya berkait

Sepanjang kerjayanya, beliau telah memenangi pelbagai anugerah antaranya beliau dinobatkan sebagai pemenang vokal terbaik dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu 17 pada 12 Januari 2003. Beliau juga telah memenangi Anugerah Piala Perak yang dianjurkan oleh Festival Muzik Shanghai selama 3 hari berturut-turut iaitu pada 24 - 26 November 2000. Beliau juga mempunyai 7 album studio iaitu Epilog (1997), Di Mana Kan Ku Cari Ganti (1998), Puteri Jelmaan (1999), Istimewa (2000), Isyarat Jiwa (2001), Ku Teruskan (2003) dan Imagin (2007). Selain album studio, Liza Hanim turut memiliki 5 album kompilasi termasuklah Molek (1998), Srikandi (1999), Aidilfitri Di Alaf Baru (1999), Srikandi 2 (2002) dan Rindu Selalu (2005).

Antara lagu-lagu terkenal beliau ialah "Siapa Sangka Siapa Menduga", "Andainya Aku Bersuara", "Gelisah Mimpi", "Ku Teruskan" dan "Merawat Luka Terpendam".[7] Selain menceburi bidang muzik, beliau juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan. Beliau telah membintangi dua filem cereka iaitu KL Menjerit (2002), Laila Isabella (2003) dan sebuah pementasan teater. Selain itu, beliau juga pernah mendapat tawaran untuk berlakon dalam filem seram popular, Pontianak Harum Sundal Malam sekitar tahun 2003 namun terpaksa menolak tawaran tersebut oleh kerana keadaan beliau yang sedang hamil pada ketika itu. Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan yang lain termasuk Anugerah Industri MuzikAnugerah Juara Lagu dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Pada tahun 2017, beliau merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ke-4, yang mana beliau dinobatkan sebagai naib juara.[8]

Kerjaya

Pada tahun 1996, Liza Hanim yang ketika itu baru berusia 17 tahun, menjadi salah seorang peserta pertandingan Golden Teen Search terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan dinobatkan sebagai naib juara. Selepas tamat rancangan itu, Liza memulakan kerjaya muzik pada 1997 apabila beliau mengikat kontrak bersama Suria Records (SRC).[9][10]

Album pertamanya, Epilog dikeluarkan pada November 1997 dengan lagu "Getaran Cinta Di Jiwa" dan "Siapa Sangka Siapa Menduga" dikeluarkan sebagai single. Pada tahun berikutnya, beliau bersama Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris muncul dengan album kompilasi bertajuk Molek. Album ini mengandungi 12 lagu yang mana Liza menyumbangkan tiga lagu. Beliau kemudian muncul dengan album kedua, Dimana Kan Ku Cari Ganti yang diterbitkan sebagai album khas bagi menghargai pasangan Seniman dan Biduanita Negara, P. Ramlee dan Saloma. Album ini juga melayakkan Liza menerima pencalonan bagi kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-6.[11]

Liza merupakan antara penyanyi yang menjayakan persembahan di Konsert Hari Wilayah yang diadakan pada 28 Februari 1998 di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Antara artis yang terlibat ialah Carol Oormila, Sara Loo dan Salih Yaacob.[12] Pada April 2000, Liza membuat persiapan untuk merakamkan album keempat, Istimewa.[13] Dikeluarkan pada Oktober 2000, Istimewa mengandungi 11 lagu dengan "Andainya Aku Bersuara" dan "Kata Hati" dikeluarkan sebagai single. Menerusi album ini, beliau turut merakamkan sebuah lagu berbahasa Inggeris bertajuk "Best of You".[14][15]

Pada Disember 2000, beliau terpilih mewakili Malaysia di pertandingan Festival Muzik Shanghai yang berlangsung di Shanghai, China sekaligus memenangi tempat kedua.[16][17] Dalam pertandingan itu, Liza membawakan lagu "Andai Aku Bersuara". Siti Nurhaliza turut menyerikan pertandingan sebagai penyanyi undangan.[18]

Kemudian pada Mac 2001, beliau menyumbangkan suaranya untuk lagu tema kempen Selamatkan Industri Muzik Malaysia, bertajuk "Mungkinkah Tiada Lagi Esok" ciptaan Johari Teh. Lagu ini mencerminkan luahan perasaan insan seni dan rasa simpati masyarakat terhadap karyawan ekoran masalah cetak rompak.[19] Pada bulan yang sama, beliau dinobatkan sebagai juara Anugerah Selebriti Anggun sekaligus menewaskan dua pencabarnya Jeslina Hashim dan Intan Sarafina yang ketika itu masih baru dalam bidang muzik.[20]

Pada Oktober 2001, beliau melancarkan album kelima, Isyarat Jiwa dengan lagu "Gelisah Mimpi" dikeluarkan sebagai single pertama. Sebuah muzik video juga telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini.[21]

Liza juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan, dengan membuat penampilan sulung di layar lebar menerusi filem KL Menjerit (2002) arahan Bade Hj. Azmi dengan digandingkan bersama Rosyam Nor, yang mana beliau memegang watak sebagai Linda Martopo.[22][23] Beliau dan Rosyam kemudian berlakon dalam filem Laila Isabella (2003) arahan Rashid Sibir. Dalam filem ini, Liza memegang watak sebagai Mira.

Pada Mei 2005, Liza ialah salah seorang daripada penyanyi yang mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian Mentor musim pertama yang mana beliau ialah mentor kepada Dewi Liana Seriestha.[24][25]

Beliau kemudian merakamkan album ketujuhnya, Imagin. Dikeluarkan pada September 2007, album ini merupakan album pertama Liza menerusi label rakaman sendiri, LH Media selepas kontraknya dengan Suria Records selama 10 tahun tamat.[26] Selepas album ini dikeluarkan, Liza mengundurkan diri seketika dari kerjaya muzik kerana ingin memberi tumpuan kepada keluarganya.[27][28] Beliau juga dipilih menjayakan watak Biduanita Negara, Allahyarhamah Puan Sri Saloma menerusi teater P. Ramlee The Musical pada 2008.[29][30][31]

Liza kembali bergiat aktif dalam industri muzik[32] dengan menjayakan persembahan di Konsert Awie & Superfriends 2017 yang berlangsung di Istana Budaya dari 6 hingga 9 April 2017. Beliau kemudian menyertai syarikat pengurusan artis, Laugh Out Loud Entertainment pada Ogos 2017.[33][34]

Pada Oktober, beliau terpilih sebagai salah seorang daripada 12 peserta Gegar Vaganza musim keempat selepas menerima tawaran daripada Astro.[35][36] Beliau sebelum ini juga pernah menolak untuk menyertai pertandingan itu sebanyak 3 kali.[37][38][39] Beliau telah dinobatkan sebagai juara sekaligus memenangi wang tunai berjumlah RM50,000 di belakang Aishah yang dinobatkan sebagai juara.[40]

Selepas tamat Gegar Vaganza 4, pada Februari 2018, Liza muncul dengan single terbaharu, "Mimpi" hasil nukilan Hafiz Hamidun dengan liriknya ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya.[41][42] Menurut Liza, single ini dikeluarkan sebagai tanda terima kasih kepada peminat-peminatnya yang sentiasa menyokongnya sejak hari pertama kerjayanya dalam bidang muzik.[43][44]

Kemudian pada April 2018, beliau bersama Nurul Wahab dan Ayu Damit menjayakan persembahan di kempen A Night of Hope bagi membantu kanak-kanak yang menghidapi penyakit Diabetis Jenis I.[45]

Liza dan Aishah kembali bekerjasama dengan menjayakan persembahan bersama di konsert Dua Diva yang berlangsung di Esplanade Singapura.[46] Diadakan pada Julai 2018, acara ini merupakan sebahagian daripada acara hiburan tahunan, Pesta Raya yang diadakan setiap tahun di Esplanade.[47]

Pada 16 September 2018, sempena sambutan Hari Malaysia ke-55, Liza menjayakan persembahan istimewa di Konsert Semalam Di Malaya anjuran Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO). Konsert ini antara lain menampilkan barisan penyanyi seperti Aishah, Musly Ramlee dan Rachel Guerzo Trio.[48] Dalam siri konsert ini, Liza menyanyikan beberapa lagu termasuk "Semalam Di Malaya".[49] Dalam temuramah dengan Berita Harian, Liza mengakui perlu menunggu selama 21 tahun untuk beraksi di MPO dan ia menjadi peristiwa penting yang terpahat dalam ingatannya.[50]

Meskipun sarat hamil, beliau kembali beraksi di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 33 yang berlangsung pada 9 November 2018 dengan mempersembahkan lagu "Mimpi" nyanyiannya, yang layak mara ke separuh akhir. Ini merupakan penampilan pertama Liza di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik dalam tempoh 10 tahun selepas kali terakhir ialah pada 2008 menerusi lagu "Merawat Luka Terpendam".[51][52]

Beliau juga diundang menjayakan persembahan di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 September 2019 dengan membawakan lagu "Juara Dusta" nyanyian asal Ariff Bahran. Liza kemudian menjayakan persembahan di National Symphony Orchestra Epic Screen Theatres in Concert yang diadakan selama dua hari, iaitu pada 1 dan 2 November 2019 di Istana Budaya. Beliau berkongsi pentas bersama Sean Ghazi dan Black Hanifah.[51]

Pada April 2020, beliau muncul dengan single "Tiada" yang ditujukan khas kepada bapanya, Abdul Halim Abdul Razak yang meninggal dunia pada Jun 2019.[53][54]

Gegar Vaganza 2017

Liza Hanim merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim keempat pada 2017. Beliau telah dinobatkan sebagai naib juara sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000. Beliau sebelum ini juga pernah menolak untuk menyertai Gegar Vaganza sebanyak tiga kali.[35][36][37][38] Berikut ialah senarai persembahan beliau:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 4)
KonsertTemaLagu tugasanPenyanyi asalGiliran PersembahanKeputusan
Minggu 1Masihkah Kau Ingat"Siapa Sangka Siapa Menduga"Dirinya sendiriPertamaSELAMAT
Minggu 2Sekali Dengar Terus Melekat"Aku Hanya Pendatang"Francissca PeterKe-12SELAMAT
Minggu 3Berani Ke Tidak?"Lagu Untukmu"Meet Uncle HussainKe-10SELAMAT
Minggu 4Berdua Lebih Baik"Dirgahayu" (duet bersama Hafiz Suip)Siti Nurhaliza & Faizal TahirKe-5SELAMAT
Minggu 5Kaum Kerabat"Lelaki Teragung"Dayang NurfaizahKe-9SELAMAT
Minggu 6Jangan Kata Tak Tahu"Warkah Untukku"Ara JohariKe-3SELAMAT
Minggu 7Separuh Akhir: Goyang Kaki Goyang Tangan & Runut BunyiPusingan 1: "Kesal"
Pusingan 2: "Jagalah Diri"
Ella
Jaclyn Victor
Ke-7SELAMAT
Minggu 8Akhir: Berani Ke TidakBebas: "Meniti Titian Usang"
Battle (Hip Hop): "Supergirls" (bersama Aishah)
Search
De Fam
Ke-4
Ke-5
NAIB JUARA

Kehidupan peribadi

Perhubungan dengan Mohd Shahrin Mohd Samsudin

Selepas sekian lama menjalinkan hubungan, Liza Hanim dan tunangnya ketika itu, Mohd Shahrin Mohd Samsudin yang merupakan anggota kumpulan Indigo telah mengumumkan bahawa perkahwinan mereka akan diadakan pada 21 Mac 2003. [55] Perkahwinan mereka telah mendapat respon yang positif daripada kalangan peminat kedua-dua pasangan.

Mengimbas kembali kenangan manis diawal pertemuan dan kisah percintaan mereka yang bermula di Waterfront, Kuching pada tahun 2000. Sewaktu itu mereka berdua bersama beberapa barisan artis yang terlibat dalam menjayakan siri jelajah CATS Radio Antap Tour 2000 di kawasan utama sekitar Sarawak seperti Miri, Bintulu, Sibu dan Kuching selama 10 hari berturut-turut. [56]

Pasangan ini terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 06 Mei 2002 di kediaman keluarga Liza Hanim di Taman Sri Andalas. [57] Majlis pernikahan telah diadakan pada 21 Mac 2003, majlis tersebut telah berlangsung pada jam 3:30 petang. Dalam majlis tersebut turut dihadiri tetamu termasuk selebriti, rakan-rakan rapat dan keluarga. Turut kelihatan pelakon dan penyanyi Juliana Banos yang hadir dalam majlis tersebut.

Pada majlis pernikahan tersebut, Mohd Shahrin Mohd Samsudin kelihatan segak dengan menggayakan busana Baju Melayu Johor berwarna putih manakala Liza Hanim, kelihatan sopan dengan memperagakan Baju Kurung Johor berwarna putih.

Dengan hanya sekali lafaz nikah sahaja, Liza Hanim telah sah bergelar isteri kepada Mohd Shahrin Mohd Samsudin. Dilaporkan Liza Hanim telah menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran sebanyak RM8,888.88. Dalam majlis tersebut, Mohd Shahrin Mohd Samsudin telah memberikan sembilan dulang hantaran, sebagai balasan Liza Hanim memberikan sebelas dulang hantaran.

Cahaya mata Liza Hanim

Hasil daripada perkahwinan mereka telah dikurniakan lima cahaya mata iaitu Marsya Qistina, 20, Marissa Qaireen, 16, Mohamed Salahuddin, 13, Mohamed Ibrahim, 9 dan Mohamed Al Fateh, 5. [58][59][60] iaitu dua puteri dan tiga putera.[61][62] Kesemua mereka mewarisi bakat nyanyian dan menunjukkan minat terhadap bidang muzik. Terdahulu, persembahan Liza Hanim bersama dua anak perempuannya menyanyikan lagu Beribu Sesalan nyanyian asal Ning Baizura, Shila Amzah dan Jaclyn Victor tular di media sosial sehingga ramai yang terpesona dengan bakat yang diwarisi dua puterinya itu.

Marsya Qistina yang merupakan anak sulung daripada pasangan ini sering kali digandingkan bersama ibunya dalam beberapa acara. [63][64] Marsya Qistina juga merupakan graduan Universiti Poly-Tech Malaysia dalam jurusan Diploma In Teaching English As A Second Language.

Bakat

Profil vokal

Jenis vokal Liza ialah Soprano Koloratura Lirik Cahaya dengan nota pertengahan rendah seperti yang kedengaran dala lagu "Siapa Dia" (C3), "Perasaan Terhenti" (Eb3) dan "Kata Hati" (F3). Nota tingginya juga kedengaran dalam lagu "Gelisah Mimpi" (F5), "Andainya Aku Bersuara" (F#5), "Ku Idam Rindu" (G5), "Merawat Luka Terpendam" (B5) dan "Perasaan Terhenti" (G6). Julat vokalnya ialah 3.7 oktaf.

Aktivisme

Pada April 2020, Liza telah menubuhkan program amal Sing For Fund yang bertujuan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Program amal ini turut disertai oleh Siti Nordiana, Haiza dan Ernie Zakri.[65][66][67]

Diskografi

Diskografi Malaysia/Indonesia

Album studio

Album lain

Album kompilasi aidilfitri

Single

TahunTajuk LaguKedudukan Tertinggi CartaAlbum
EraMuzik.fmBaik BangetMuzik-muzik
1997"Getaran Cinta Di Jiwa"1Epilog
"Siapa Sangka Siapa Menduga"1
1998"Dunia Cinta"2
"Cintailah Aku Sepenuh Jiwa"3
"Nilai Cintamu"
"Tragedi Tenda Biru"
duet bersama 2 By 2
Pak Pung Pak Mustafe
"Rindu Hatiku Tidak Terkira"Di Mana Kan Ku Cari Ganti
"Istana Cinta"
"Di Mana Kan Ku Cari Ganti"
"Jaringan Cinta"Molek
1999"Ku Idamkan Rindu"1Puteri Jelmaan
"Biarkan Aku Merinduimu"4
"Antara Kita"
2000"Bahtera Cintamu"
"Izinkan Aku Berlalu"
"Andainya Aku Bersuara"2Istimewa
"Kata Hati"1
"Aku Ingin Bercinta Sekali Sahaja"
2001"Kau Punya Istana"
"Kau Tetap Di Hatiku"
duet bersama 2 By 2
2Mawar-mawarku
"Gelisah Mimpi"2Isyarat Jiwa
2002"Kerana Terlalu Mencintaimu"2
"Jatuh Cinta"2
2003"Tirai Malam"8Ku Teruskan
"Hadir Dirimu"
2004"Biarkan"19
"Ku Teruskan"3
2005"Dekat Di Hati"Rindu Selalu
"Rindu Selalu"
2006"Menanti Kesaktian"
"Racau Sang Khalifah"
duet bersama Noraniza Idris
7Lenggok
"Merawat Luka Terpendam"2Imagin
2007"Bebas"
"Lara"2
"Imaginasiku"
2011"Who Does Really Care?"Siapa Peduli?
2014"Egoismu"Single
2018"Mimpi"
2020"Tiada"
2022"Dibuai Mimpi" duet bersama Sean Ghazi
"Bahagiakan Dia" duet bersama Shila Amzah
"Sejuta Maaf" Lagu tema Hati Tanpa Rasa
2023"Mengertilah"
2024"Takdir Itu Milk Aku"Ost Drama Takdir Itu Milik Aku

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2002KL MenjeritLinda MartopoFilem pertama
2003Laila IsabellaMira Kartopo
2006Diva PopularDirinya SendiriPenampilan Istimewa

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
1994Asia BagusDirinya SendiriTV2Rancangan televisyen pertamanya
1996Golden Teen SearchDirinya Sendiri / Naib JuaraTV1
1999HMI PenghiburDirinya Sendiri / Juara
2000Muzikal Aidilfitri Bersama Liza HanimDirinya SendiriTV1
Remaja Anak Malaysia: Istimewa Hari IbuDirinya SendiriTV1Menjadi barisan panel bersama Mazibah dan Mohd Zain
Bintang HMI 2000 AkhirPengacaraTV1Bergandingan bersama Shamsul Ghau Ghau
Hiburan Minggu Ini: Khas Bersama Orkestra RTMPengacaraTV1Bergandingan bersama Nassier Wahab
Gendang Kencana Aidilfitri: Rajuk PerantauDirinya SendiriTV2Hiburan yang menampilkan gabungan pelakon dan artis dalam program hari raya.
Hiburan Minggu Ini: KeroncongPengacaraTV1Bergandingan bersama Nassier Wahab
Berhari - Raya Bersama Siti Nurhaliza & Liza HanimDirinya SendiriTV2
2001Jendela PagiDirinya SendiriTV1Segmen Personaliti
Konsert DiRaja Istana NegaraPengacaraTV1Bergandingan bersama ND Lala
SitkomDirinya SendiriTV2episod 6-10
Pertandingan Akhir Bintang Penghibur HMI 2001PengacaraTV1
Dari Studio 1Dirinya SendiriAstro Ria
Telebriti AidilfitriDirinya SendiriTV1
2002Hiburan Minggu IniDirinya SendiriTV2
Drama Muzikal: Riuh SepekanPenyanyi UndanganTV2
2003Hiburan Minggu InuDirinya SendiriTV2Bahagian 1
Hiburan Minggu IniDirinya SendiriTV2Bahagian 2
2004Bintang RTM 2004PengacaraTV1Beliau bersama Fazley Yaakob di pilih sebagai pengacara bagi menggantikan Achik Spin & Jeslina Hashim yang sebelum ini merupakan pengacara bagi Bintang RTM 2004.
2005Bergaya & BerjayaDirinya SendiriTV2Membincangkan topik mengenai "Wanita Gigih Dan Berjaya"
MentorDirinya SendiriTV3Sebuah program realiti di mana dia menjadi mentor untuk Dewi Liana Seriestha (Dewi) di mana beliau dan anak didiknya bersaing dengan artis yang berbeza dan anak didik mereka.
SentuhanPengacaraTV2
Zoom In Bersama Liza HanimDirinya SendiriTV1
2006Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2006 AkhirPengacaraBergandingan bersama Shamsul Ghau Ghau
Mentor: FinalJuriTV3Musim kedua Mentor di mana Liza Hanim menjadi juri untuk final episod.
Tren-DDirinya SendiriTV2
Tren-D: Syoknya MakanDirinya SendiriTV2
2007Gangstarz: Minggu 2JuriTV3
PRTMDirinya SendiriNTV7Beliau bersama Atilia Haron mempromosikan P. Ramlee The Musical.
2008Bintang-Bintang: Liza HanimDirinya SendiriTV1perjalanan seni Liza Hanim.
2009Idola Kecil 2: Minggu 4JuriTV9
Sehati Sejiwa: Liza Hanim & Shah IndigoDirinya SendiriTV2membicarakan tentang cerita selebriti dari segi kehidupan dan kerjaya seninya.
2010Istimewa Bersama Liza Hanim (P. Ramlee Dalam Kenangan)Dirinya SendiriTV1
Bintang-Bintang: Liza HanimDirinya SendiriTV1
2011Ketuk-Ketuk RamadhanDirinya SendiriTV1
2019Unplugged RiaDirinya SendiriAstro Ria
Komuniti AWANIDirinya Sendiri / TetamuAstro AwaniBeliau menjadi penyampai episod (27, 28 & 30) Komuniti AWANI.
Tanya Cik ManDirinya Sendiri / TetamuAstro Oasis
2020Konsert Minggu IniDirinya SendiriTV2Beliau adalah giliran artis yang membuat persembahan bersama artis jemputan iaitu Jaclyn Victor.
Stage 104Dirinya SendiriAstro RiaBeliau membuat persembahan bersama Lah Ahmad.
2021All Together Now Malaysia (musim 1)JuriAstro Ria
2022The Masked Singer Malaysia (musim 2)Peserta sebagai OrkidAstro Warna
Karaoke SuperstarDirinya SendiriAstro RiaBeliau bersama Syamel menjadi artis jemputan untuk episod ini.
NonaDirinya SendiriTV3Segmen Artis Throwback
All Together Now Malaysia (musim 2)JuriAstro Ria
2023Yang Paling PaduDirinya SendiriAstro RiaBeliau adalah giliran artis yang membuat persembahan bersama Ziana Zain.
Sepahtu Reunion Al RayaKameoAstro WarnaEpisod 9
I Can See Your Voice Malaysia (musim 6)Artis JemputanTV3Episod 4

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2018My Coffee PrinceDirinya SendiriAstro RiaPenampilan khas

Teater

TahunTajukWatak
2008-2009P. Ramlee The MusicalSaloma

Telefilem

TahunTajukWatak
1998SerundingMelati
2001Glamor AidilfitriDirinya Sendiri

Iklan

TahunTajukCatatan
2024Ada Apa Dengan Masa

Persembahan Secara Langsung

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPenerima/Karya tercalonKeputusan
1996Golden Teen SearchTerbukaDirinya sendiriNaib Juara
1998Anugerah Industri Muzik ke-5Artis Baharu Wanita Terbaik"Epilog"Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1997/98Artis Baharu PopularDirinya sendiriTercalon
Penyanyi Wanita PopularTercalon
Anugerah Juara Lagu ke-13Balada"Getaran Cinta Di Jiwa"Tercalon
1999Anugerah Industri Muzik ke-6Persembahan Vokal Wanita Terbaik"Di Mana Kan Ku Cari Ganti"Tercalon
Bintang Penghibur HMITerbukaDirinya sendiriJuara
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1998/99Penyanyi Wanita PopularDirinya sendiriTercalon
2000Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2000Penyanyi Wanita PopularDirinya sendiriTercalon
Festival Muzik Shanghai 2000Anugerah Piala PerakDirinya sendiriMenang
2001Anugerah Industri Muzik ke-8Album Pop TerbaikTercalon
Persembahan Vokal Wanita TerbaikDirinya sendiriTercalon
Anugerah Juara Lagu ke-16Balada"Andainya Aku Bersuara"Tercalon
2002Anugerah Personaliti Media Hiburan 2002Bakat Baru PelakonDirinya sendiriMenang
2003Anugerah Juara Lagu ke-17Balada"Gelisah Mimpi"Vokal Terbaik
Anugerah MTV Asia 2003Artis Malaysia PilihanDirinya sendiriTercalon
Anugerah Planet Muzik 2003Artis Wanita TerbaikTercalon
2004Anugerah Era 2004Video Muzik Pilihan"Ku Teruskan"Menang
Anugerah Industri Muzik ke-11Persembahan Vokal Wanita Terbaik"Ku Teruskan"Tercalon
2005Anugerah Era 2005Lagu Pop Pilihan"Dekat Di Hati"Tercalon
Vokal Wanita PilihanDirinya sendiriTercalon
2006Anugerah Planet Muzik 2006Artis Wanita TerbaikTercalon
2008Anugerah Industri Muzik ke-16Album Pop TerbaikImaginTercalon
2009Anugerah Seni BOH CameronianPelakon Wanita Terbaik - Muzikal & Komedi"P. Ramlee The Musical"Tercalon
2014Anugerah Industri Muzik ke-21Persembahan Vokal Wanita Terbaik"Egoismu"Tercalon
2017Gegar Vaganza (musim 4)TerbukaDirinya sendiriNaib Juara
2022The Masked Singer Malaysia (musim 2)Tempat Ke-3 Musim Ke 2Liza Hanim (Maskot:Orkid)Menang
2022Anugerah Industri Muzik ke-23Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik di Dalam LaguBahagiakan Dia (dengan Shila Amzah)Menang
Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem/DramaMenang

Rujukan

Pautan luar