Syamel

Penyanyi lelaki Malaysia

Syameel Aqmal Mohd Fodzly (lahir 26 November 1993) atau lebih dikenali sebagai Syamel merupakan seorang penyanyi, komposer dan penulis lirik Malaysia. Beliau popular dengan lagu "Hidup Dalam Mati", "Lebih Sempurna" dan "Aku Cinta" (duet bersama Ernie Zakri). Syamel juga merupakan bekas peserta Akademi Fantasia 2015. Beliau muncul sebagai naib juara dalam pertandingan tersebut.

Syamel
Syamel ketika membuat persembahan di ABU TV Song Festival 2017, Chengdu, China.
Kelahiran
Syameel Aqmal bin Mohd Fodzly

(1993-11-26) 26 November 1993 (umur 30)
PekerjaanPenyanyi, penggubah lagu, penulis lirik, pelakon
PasanganErnie Zakri (k. 2021)
Anak-anak1
Kerjaya muzik
GenrePop
Instrumen
Tahun aktif2015–kini
Syarikat rakaman
Rocketfuel Entertainment
Warner Music Malaysia
Pengkarya berkait
Ernie Zakri, Hazama, Ramlah Ram

Kehidupan peribadi

Syamel dilahirkan pada 26 November 1993, dibesarkan di Kuala Lumpur dan mendapat pendidikan di Sekolah Agama Rakyat Bandar Tun Razak. Beliau juga merupakan pemegang diploma dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari KLMU. Hobi beliau ialah bersukan dan beliau suka bermain futsal, ping pong dan badminton. Penyanyi kegemarannya ialah Bruno Mars dan Marc Anthony. Sebelum bergelar penyanyi profesional, beliau pernah 'busking' di hadapan Pasaraya Sogo, KL.[1] Bakat seninya pula diwarisi daripada datuk saudaranya, yang juga merupakan salah seorang gitaris kumpulan Headwind yang terkenal pada era 90-an.

Pada 16 Ogos 2020, Syamel bertunang dengan rakan penyanyi, Ernie Zakri.[2] Syamel dan Ernie berkahwin pada 26 Mac 2021.[3][4]

Ibunya, Wan Faaizah Karim meninggal dunia pada 22 Ogos 2021 akibat kekurangan oksigen dalam badan.[5]

Kerjaya

Akademi Fantasia 2015

Kerjaya nyanyian Syamel bermula apabila beliau terpilih dan diterima masuk ke dalam Akademi Fantasia 2015. Beliau hampir tersingkir di konsert minggu kelapan namun diselamatkan oleh ketua juri AF2015, Dato' Ramli M. S. pada ketika itu dan berjaya melangkah ke konsert akhir, sekaligus dinobatkan sebagai naib juara dalam program tersebut. Berikut adalah persembahan beliau sewaktu berada di Akademi Fantasia 2015 :

KonsertLagu TugasanPenyanyi AsalKeputusan
Minggu 1"Potret"Akim & The MajistretKekal
Minggu 2"Thinking Out Loud"Ed SheeranKekal
Minggu 3"Warisan Wanita Terakhir"Teacher's PetKekal
Minggu 4"Biarkanlah"Drama BandKekal
Minggu 5"Di Ambang Wati"/ "Ukiran Jiwa" (medley)Wings / AwieKekal
Minggu 6"Rahasia Perempuan"Ari LassoKekal
Minggu 7"Sepi Sekuntum Mawar Merah"EllaKekal
Minggu 8"Mimpi Yang Tak Sudah"Ibnor RizaImuniti
Minggu 9"Cinta Yang Sempurna"QandaKekal
"In Love With You"

(duet Aizat)

Aizat Amdan & Noh Salleh
Minggu 10 (Akhir)"Hidup Dalam Mati"SyamelNaib Juara
"Sampai Mati"Hazama

Duo Star 2016

[6]Setahun selepas berakhirnya Akademi Fantasia 2015, Syamel menyertai Duo Star 2016, iaitu sebuah pertandingan nyanyian terbaru terbitan Astro, yang melibatkan penyanyi-penyanyi terkenal tanah air. Beliau berduet dengan Ernie Zakri sepanjang program tersebut berlangsung dan mereka dinobatkan sebagai juara Duo Star musim pertama. Berikut adalah persembahan mereka ketika bertanding di dalam Duo Star 2016 :

KonsertLagu PersembahanPenyanyi AsalKeputusan
Konsert 1"I Want to Spend My Lifetime Loving You"Marc Anthony & Tina ArenaKekal
Konsert 2"Gerhana"KembaraKekal
Konsert 3"Muara Hati"Hafiz Suip & Siti NurhalizaKekal
Konsert 4"Chow Kit Road"SudirmanKekal
Konsert Suku Akhir"Bujang Senang"WingsKekal
"Laksamana Raja Di Laut"M. Daud Kilau
Konsert Separuh Akhir"Ingatkan Dia"WingsKekal
"Obses (versi raggae)"Akim & The Majistret
Konsert Akhir"Balqis"Dato' Siti NurhalizaJuara
"Kau Lupa Janji"Jamal Abdillah

AF Megastar 2017

[7]Pada September 2017, Syamel menyertai satu lagi program realiti tv terbaru Astro, Akademi Fantasia Megastar 2017 iaitu sebuah program yang menghimpunkan 8 bekas juara dan 16 alumni AF dalam satu pentas. Syamel berjaya menempatkan dirinya di antara 12 orang peserta AF Megastar 2017. Beliau berjaya melangkah ke pentas akhir. Meskipun tidak menjuarai program tersebut, namun Syamel tidak pulang dengan tangan kosong apabila beliau memenangi anugerah The Ultimate Performer pada malam konsert akhir tersebut. Berikut adalah persembahan Syamel sewaktu bertanding di dalam AF Megastar 2017 :

KonsertLagu PersembahanPenyanyi Asal#
Konsert Homecoming 2"Diari Hatimu"Siti NurhalizaTop 12
Konsert 3"Aku Tak Akan Bersuara"Nike Ardilla1
Konsert 4"Still Loving You"Scorpions2
Konsert 5"Hanya NamaMu"Caliph Buskers3
Konsert 6 (Suku Akhir)"Umpan Jinak Di Air Tenang" /

"Gelisah"

Ahmad Jais6
Konsert 7 (Separuh Akhir)"Di Pintu Mahligai"

(duet Black)

Iklim3
"Sedalam Dalam Rindu"Tajul
Konsert Akhir"Biar Cinta"SyamelFinalis
"Seniman Menangis"Jamal Abdillah

Diskografi

Single

TahunSingleAlbum
2015Hidup Dalam MatiHits AF2015
2016Lebih SempurnaSingle
2017Biar Cinta
2018Kau Pun Sama
2019Maafkanlah
Curang
2021Halusinasi
2022Bila Kau Tiada
Bahagia Milik Kita
2023Belakang Tabir

Lagu duet

TahunSingleDuet bersamaAlbum
2017Aku CintaErnie ZakriSingle
2019Takkan TerleraiOST JEBAT
Seru Hari Lebaran[8][9]
2021Goodbye Hello

Lagu tema

TahunSingleLagu Tema
2017Anugerah MeleTOP ERA 2017Anugerah MeleTOP ERA 2017
2018Teruskan Mencuba (Duet bersama Masya, Wafiy & Erissa)OST SUATUKALA

Lain-lain

TahunLaguAlbum
2018Cahaya Aidilfitri (bersama Hazama)Gema Lebaran Legenda[10]
2018Seloka Hari Raya (bersama Ramlah Ram)
2018Lambaian Aidilfitri (bersama Hazama)

Filemografi

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2021Kalau Dah BerbiniWaizAstro WarnaDrama pertama

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2022Megastar AcademyAstro Ceria

Televisyen

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2021Havoc Nak RayaArtis JemputanTV3
2022Raya Bersama Syamel & ErniAstro Ria
2022–2023The Masked Singer Malaysia (Musim 3)Sebagai peserta Nyoq MudaAstro Ria

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPencalonanKeputusanRuj.
2015SuERAFinalis – JuaraMenang[11]
Akademi Fantasia Musim 12Finalis – Naib JuaraMenang[12]
2016Anugerah MeleTOP Era ke–3Penyanyi MeleTOPTercalon[13]
Lagu MeleTOPHidup Dalam MatiTercalon
Artis Baharu MeleTOPTercalon
Anugerah Pilihan OnlinePenyanyi Lelaki Terhebat Pilihan OnlineTercalon[14]
Anugerah Planet Muzik ke-15Artis Baru Terbaik (Lelaki)Tercalon[15]
Lagu Terbaik (Malaysia)Hidup Dalam MatiTercalon
Lagu Paling Popular APMTercalon
Anugerah Industri Muzik ke–22Artis Baru TerbaikMenang[16][17]
2017Anugerah Digital Muzik ERA PertamaLagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40 2016Hidup Dalam MatiMenang[18]
Duo StarFinalis – Juara (bersama Ernie Zakri)Menang[19][20]
Anugerah MeleTOP Era ke–4Lagu MeleTOPHidup Dalam MatiTercalon[21]
Anugerah Red Box K-20Top 10 Lagu Karaoke Melayu PopularMenang[22]
Anugerah Stail EH! ke–6Selebriti Harapan PilihanTercalon[23]
Akademi Fantasia MegastarStar of The Week – Konsert PertamaMenang[24]
Megastar Pilihan Raku – Konsert KeduaMenang[25]
Finalis – Ultimate PerformerMenang[26]
2018Anugerah Juara Lagu ke–32FinalisLebih SempurnaTercalon[27][28]
Finalis (bersama Ernie Zakri)Aku CintaTercalon
Vokal Terbaik (bersama Ernie Zakri)Menang[29][30]
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular (bersama Ernie Zakri)Menang[31][32][33]
2019
Anugerah Digital Muzik ERA ke-3
Penyanyi Kolaborasi Terbaik (bersama Ernie Zakri)Tercalon[34][35][36]
Penyanyi Pilihan DEEJATercalon
Anugerah Juara Lagu ke-33FinalisKau Pun SamaTercalon[37][38][39]
2020Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33Penyanyi Lelaki PopularTercalon
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular (bersama Ernie Zakri)Tercalon
2023Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35Penyanyi Lelaki PopularDirinya sendiriTercalon

Kontroversi

Isu lagu ciplak

Setahun selepas bergelar anak seni, nama Syamel mula terpalit kontroversi apabila single pertamanya, "Hidup Dalam Mati" didakwa sebagai 'lagu ciplak'. Pada November 2016, Ayai Illusi tampil membuat kenyataan kepada pihak media yang mendakwa Syamel telah menciplak hasil karyanya kerana lagu "Hidup Dalam Mati" mempunyai melodi yang sama dengan lagu "Ku Kejar Bayangmu", iaitu lagu yang diciptakan khas untuk Idris, iaitu salah seorang finalis akhir program "Kilauan Emas musim ketiga". Disebabkan tidak mahu memburukkan lagi keadaan dan tidak ingin isu lagu tersebut berlarutan, pihak pengurusan Syamel membuat keputusan menarik diri daripada bertanding di separuh akhir Muzik Muzik 31 dan lagu tersebut juga digugurkan daripada pencalonan Anugerah Industri Muzik 22. Akhirnya kes itu diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak.[40]

Gosip bercinta

Selepas berakhirnya Duo Star dan menjuarai program tersebut bersama Ernie Zakri, mereka sering digandingkan dan kerap muncul di majalah serta di kaca tv bersama-sama sehingga peminat mereka membuat spekulasi kononnya mereka sedang bercinta namun Syamel menafikan gosip tersebut dan menegaskan bahawa hubungan mereka hanyalah atas dasar urusan kerja.[41]

Namun pada Ogos 2020, mereka berdua telah mengikat tali pertunangan, sekaligus telah menjawab segala persoalan dan spekulasi tentang hubungan mereka berdua selama ini.

ABU TV Song Festival 2017

Biarpun tidak bergelar juara dalam program Akademi Fantasia Megastar 2017, tetapi Syamel telah mendapat peluang mewakili Malaysia dalam acara ABU TV Song Festival 2017. Ini merupakan acara antarabangsa pertama syamel sejak bergelar penyanyi profesional.[42]

Acara itu telah berlangsung di Chengdu, China pada 1 November 2017 yang turut menyaksikan penampilan penyanyi hebat daripada kira-kira 13 negara lain, yang menjadi anggota Kesatuan Penyiaran Asia-Pasifik (ABU). Beliau telah menyampaikan lagu popular "Lebih Sempurna" pada acara tersebut.

Anugerah Juara Lagu

Syamel telah menarik diri daripada bertanding di separuh akhir Muzik Muzik 31 disebabkan isu lagu ciplak pada November 2016. Meskipun kecewa dengan penarikan dirinya di Muzik Muzik pada ketika itu, namun kejadian tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkarya.

Pada tahun 2017, dua buah lagu nyanyian dan ciptaan beliau, iaitu "Lebih Sempurna" dan "Aku Cinta" (duet bersama Ernie Zakri) berjaya melangkah ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-32 yang telah berlangsung pada 11 Februari 2018. Mereka telah berjaya membawa pulang anugerah Vokal Terbaik untuk lagu Aku Cinta sekaligus menewaskan penyandang bertahan Dayang Nurfaizah.[43]

Pada tahun 2018, lagu nyanyian dan ciptaan beliau bersama Kidd Santhe, iaitu "Kau Pun Sama" berjaya melangkah ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-33 yang telah berlangsung pada 03 Februari 2019.

Video Persembahan AJL Trending

Video persembahan lagu "Aku Cinta" nyanyian Syamel dan Ernie Zakri pada Anugerah Juara Lagu ke-32 telah mencatat sejarah tersendiri apabila ditonton lebih 1.5 juta di laman YouTube sejak dimuat naik hanya dalam tempoh 2 hari. Rata-rata peminat memuji persembahan yang dikatakan antara persembahan terbaik dalam sejarah AJL. [44]

Rujukan

Pautan luar