Julai

010203040506
07080910111213
14151617181920
21222324252627
28293031 
Januari | Februari | Mac | April | Mei | Jun | Julai | Ogos | September | Oktober | November | Disember

Julai[1] [Mal., Sin., Bru., ju-lai] atau Juli[2] [Ind., ju-li] ialah bulan ketujuh dalam tahun Masihi[2] yakni satu tahun mengikut takwim Gregorius selepas bulan Jun, ia mempunyai 31 hari. Tarikh hari pertamanya bermula pada hari yang sama dengan Januari pada tahun lompat dan bulan April setiap tahun.

Bulan ini dinamakan sempena memperingati Julius Caesar yang dikatakan lahir pada bulan ini. Sebelumnya, ia dipanggil Quintilis yang bererti "kelima" dalam bahasa Latin, kerana pada asalnya takwim Romawi bermula pada bulan Mac. Nama bulan ini diturunkan ke dalam bahasa Melayu Nusantara melalui dua bentuk:

Kawasan-kawasan dalam Selatan Thailand menggunakan nama "Karakadakom" (Jawi: كاراكاداكوم‎ menyerap Bahasa Thai: กรกฎาคม kàrákàdaa-khom) dalam urusan persuratan rasmi kerajaan dalam negara tersebut selari dengan takwim rasmi digunakan; ia dinamakan sempena cerapan rasi Ketam dilambangkan haiwan serupa (karkaṭa).

Rujukan