Parc des Princes

Parc des Princes (Sebutan bahasa Perancis: [paʁk de pʁɛ̃s]) merupakan sebuah stadium bola sepak di Daerah 16, Paris, Perancis,[1] berdekatan dengan Stade Jean-Bouin dan Stade Roland Garros.[1][2]

Parc des Princes
UEFA 4/4 bintang
Lokasi24 Rue du Commandant Guilbaud
75016 Paris, Île-de-France, Perancis
Koordinat48°50′29″N 2°15′11″E / 48.84139°N 2.25306°E / 48.84139; 2.25306 2°15′11″E / 48.84139°N 2.25306°E / 48.84139; 2.25306
Transit awamParis Métro Paris Métro Line 9 Porte de Saint-Cloud
PentadbirParis Saint-Germain
Kapasiti47,929
Rekod kehadiran50,370 (Ragbi: Perancis vs Wales, 18 Februari 1989)
Saiz Padang105 m × 68 m (344 ka × 223 ka)
PermukaanGrassMaster oleh Tarkett Sports
Pembinaan
Dibina1967 (sekarang)
Dibuka25 Mei 1972 (1972-05-25)
Pengubahsuaian1997–1998, 2014–2016
Kos pembinaan150 juga FRF (1972)
ArkitekRoger Taillibert & Siavash Teimouri
Tuan rumah
Paris Saint-Germain (1974–kini)

Stadium ini, dengan kapasiti tempat duduknya sebanyak 47,929, telah menjadi gelanggang sendiri (home ground) bagi Paris Saint-Germain sejak 1974.[3][4] Sebelum pembukaan Stade de France pada 1998, stadium ini juga merupakan gelanggang sendiri pasukan bola sepak kebangsaan Perancis dan pasukan kesatuan ragbi kebangsaan Perancis.[4] Padang Parc des Princes dikelilingi oleh tempat duduk yang berbumbung di empat sisinya, yang secara rasminya dikenali sebagai Tribune Borelli, Tribune Auteuil, Tribune Paris, dan Tribune Boulogne.[5]

Direka oleh arkitek Roger Taillibert dan Siavash Teimouri, versi sekarang stadium ini dibuka secara rasmi pada 25 Mei 1972, dengan kos sebanyak 80–150 juta franc.[6][7] Sebelum ini, dua stadium pernah dibina di atas tapak tersebut, dengan yang pertama dibuka pada 1897 dan yang kedua pada 1932.[2]

Rekod kehadiran penonton tuan rumah bagi PSG adalah pada 1983, apabila 49,575 penonton menyaksikan kemenangan kelab tersebut (dengan mata 2–0) semasa berlawan dengan Waterschei dalam peringkat suku akhir Piala Winners UEFA.[8] Namun, rekod keseluruhan kehadiran penonton tercatat oleh pasukan kesatuan ragbi kebangsaan Perancis semasa mereka mengalahkan Wales dengan mata 31–12 dalam Kejohanan Lima Bangsa 1989 di hadapan 50,370 penonton.[9]

Sejarah

Stadium asal (1897–1932)

Asalnya dikenali sebagai Stade Vélodrome du Parc des Princes, stadium ini dibuka pada 18 Julai 1897. Tapak ini sebelum ini merupakan taman berhutan yang digunakan oleh kerabat diraja Perancis sebelum Revolusi Perancis. Oleh itu, stadium ini dinamakan Parc des Princes (Bahasa Melayu: Taman Putera).[7][10]

Dengan lebih daripada 3,000 tempat duduk, velodrom ini mempunyai balapan yang berpanjang 728-ela.[7][10] Pengarah stadium itu, Henri Desgrange, merupakan seorang bekas atlet lumba basikal serta pengasas majalah berbasikalL'Auto (duluan L'Équipe).[10] Le Parc merupakan tempat penamatan Tour de France sejak edisi pertamanya pada 1903 sehingga 1967.[4] Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI 1900 telah diadakan di Parc des Princes.[10]

Pada 1903, sebuah pasukan England mengalahkan dengan mudahnya sebuah pasukan yang terdiri daripada pemain terbaik Paris (11–0) di hadapan 984 penonton, perlawanan ini merupakan pertandingan bola sepak antarabangsa yang pertama di Parc des Princes.[7] Pada 1905, pasukan bola sepak kebangsaaan Perancis memain perlawanan pertama mereka di Perancis apabila mengalahkan Switzerland dengan mata 1–0 di le Parc.[7][10] Selepas itu, stadium ini juga menganjurkan beberapa perlawanan persahabatan yang berprestij, serta empat perlawanan akhir Kejohanan Perancis USFSA dan perlawanan akhir Coupe de France 1919 antara CASG Paris dan Olympique de Paris di hadapan 10,000 penonton.[7]

Parc des Princes asal yang dilitupi salji pada 1908.

Gelanggang sendiri PSG juga mempunyai sejarah yang panjang sebagai tempat pertandingan ragbi antarabangsa.[2] Pada 1906, pasukan ragbi kebangsaan Perancis memain pertandingan antarabangsa pertama mereka dengan pasukan New Zealand. Penyewa lain stadium ini termasuklah Racing Club de France.[10]

Kapasiti stadium ini telah ditambah hingga 20,000 sebelum Sukan Olimpik Musim Panas 1924 yang diadakan di Paris. Namun, Stade Olympique Yves-du-Manoir, yang telah diluaskan sehingga 60,000 tempat duduk, menganjurkan pertandingan itu.[10]

Stadium kedua (1932–1972)

Pada 1930-an, pengasas L'Auto Henri Desgrange dan rakan niaganya Victor Goddet melaksanakan projek pembinaan semula Parc des Princes dan meluaskan stadium tersebut sehingga mempunyai kapasiti tempat duduk sebanyak 45,000, termasuk 26,000 tempat duduk berbumbung.[7][10] Stadium baharu dibuka pada 19 April 1932.[2][7] Namun, kapasitinya telah kemudiannya dikurangkan sehingga 38,000 untuk menambah baik keselesaan penonton.[7] Le Parc telah menganjurkan perlawanan pembukaan Piala Dunia FIFA 1938 antara Switzerland denga Jerman serta perlawanan separuh akhir antara Hungary dengan Sweden. Namun Stade Olympique Yves-du-Manoir kekal sebagai stadium yang lebih penting dan menganjurkan perlawanan akhir Piala Dunia 1938 yang menyaksikan Itali mengalahkan pasukan Hungary dengan mata 4–2 untuk merangkul Piala Dunia keduanya secara berturut-turut.[10]

Ekoran daripada Pembebasan Paris pada Ogos 1944 dan penamatan Perang Dunia II pada September 1945, kejohanan bola sepak Perancis telah kembali, dengan kelab Paris yang besar seperti Stade français-Red Star dan Racing Paris memain di stadium ini dari semasa ke semasa. Masih kekal dengan balapan lumba basikalnya yang berpanjang 454 meter, Tour de France juga diadakan di stadium ini.[4][7] Le Parc juga menganjurkan perlawanan akhir Piala Dunia Liga Ragbi 1954, yang menyaksikan Great Britain mengalahkan pasukan tuan rumah Perancis;[11] perlawanan akhir Piala Eropah pertama pada 1956 yang dimenangi oleh Real Madrid;[4] serta perlawanan akhir Piala Bangsa Eropah pertama pada 1960, yang menyaksikan Kesatuan Soviet mengalahkan pasukan Yugoslavia.[2]

Stadium kini (sejak 1972)

Reka bentuk

Parc des Princes yang kedua pada 1932.

Direka oleh arkitek Perancis Roger Taillibert dan artis Iran Siavash Teimouri, reka bentuk bagi Parc des Princes yang ketiga dan terkini dianggap inovatif ketika itu, membenarkan penonton menikmati garis penglihatan yang sangat baik kerana tiada tempat duduk yang terletak lebih jauh daripada 45 meter daripada padang.[1][10] Stadium ini juga merupakan stadium pertama yang menggunakan sistem pencahayaan yang diintegrasikan ke dalam bumbung berbentuk bujurnya. Sehingga kini, stadium ini masih dipuji atas akoustik uniknya dan rusuk konkritnya yang tersendiri.[1]

Digelar dalam bahasa Perancis sebagai sebuah 'caisse de résonnance' ('kotak suara') kerana dimensi yang ketatnya dan suasana penyokongnya, stadium ini merupakan tempat sukan yang paling bersejarah dan berlambang di Eropah.[4][10] Walaupun luarannya tidak lagi mengkagumkan dalam era stadium multimedia ini, namun rusuk konkritnya kekal sebagai satu ikon. Stadium ini merupakan sebuah mercu tanda dan ikon seni bina Perancis yang dilindungi mengikut undang-undang.[12]

Pembukaan dan Paris Saint-Germain

Parc des Princes dibuka secara rasminya pada 25 Mei 1972 sempena perlawanan bola sepak antara Perancis dan USSR. Stadium baharu ini telah menganjurkan peringkat akhir Coupe de France 1972 antara Olympique de Marseille dan Bastia pada 4 Jun 1972.[7][10] Pada tahun yang sama, Paris Saint-Germain (PSG), yang merupakan gabungan antara Kelab Bola Sepak Paris (PFC) dan Stade Saint-Germain, telah berpisah. Paris FC kekal dalam Divisyen 1 manakala PSG mengekalkan nama mereka tetapi telah diturun ke Divisyen 3.[13][14]

PSG memain perlawanan pertama mereka di Parc des Princes apabila berdepan dengan Red Star pada 10 November 1973, sebagai pembuka tirai musim liga tersebut antara PFC dan Sochaux. PSG menang dengan mata 3–1 manakala Othniel Dossevi meraikan gol pertama bagi kelab itu dii Parc de Princes.[15] PSG kembali ke Ligue 1 pada 1974. Yang ironiknya, Paris FC (PFC) diturunkan pangkat pada tahun yang sama. PSG segera berpindah ke Parc des Princes, yang setakat itu merupakan gelanggang sendiri PFC.[13][14] Sebelum itu, PSG telah bermain di beberapa stadium seperti Stade Municipal Georges Lefèvre, Stade Jean-Bouin, Stade Bauer, dan di Parc des Princes beberapa kali setelah dibenarkan oleh PFC dengan perasaan enggan.[16][17] Selepas itu, Paris FC dan Racing Paris juga bermain di Parc des Princes ketika mereka berada di Ligue 1 (hingga 1990).[7]

Parc des Princes dilihat dari atas. Stadium di sebelahnya ialah Stade Jean-Bouin (Paris).

Berikutan dengan pembukaannya, Parc des Princes akhirnya menjadi stadium terbesar Perancis.[10] Stadium ini telah menganjurkan perlawanan akhir piala antarabangsa dan kebangsaan, termasuk setiap Coupe de France dari 1972 hingga 1997, dan tiga perlawanan akhir kelab Eropah: Piala Eropah 1975, Piala Winner Eopah 1978 dan Piala Eropah 1981.[2][10] Yang paling penting, le Parc menyaksikan Perancis mengalahkan Sepanyol dalam perlawanan akhir UEFA Euro 1984 dan merangkul juara pertamanya. Pada 1992, Perancis telah dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia 1998. Edisi tersebut merupakan kali pertama Perancis menganjurkan kejohanan tersebut sejak 1938. Pembinaan stadium baharu bermula pada Mei 1995, pada masa yang sama Parc des Princes pula menganjurkan perlawanan akhir Piala Winner Eropah 1995.[10]

Dibuka pada Januari 1998, Stade de France telah menggantikan le Parc sebagai tempat pertandingan antarabangsa, dengan perlawanan akhir antarabangsa yang terakhirnya, perlawanan akhir Piala UEFA 1998 diadakan pada tahun yang sama.[10] Les Bleus hanya bermain di Parc des Princes sebanyak dua kali selepas 1998: apabila berdepan dengan Scotland ketika kelayakan UEFA Euro 2008 pada September 2007, dan ketika berlawan dengan Australia dalam satu perlawanan persahabatan pada Oltober 2013.[18] Walau bagaimanapun, stadium ini masih menganjurkan pertandingan dalam Piala Dunia FIFA 1998, Piala Dunia Ragbi 2007, UEFA Euro 2016 dan Piala Dunia Wanita FIFA 2019.[2][4]

Pengubahsuaian dan perluasan

Pada November 2013, PSG mencapai satu persetujuan dengan Majlis Bandaraya Paris, pemilik Parc des Princes, untuk memanjangkan pajakan stadium mereka sehingga 2043.[10][19][20] Seterusnya, di bawah pimpinan arkitek Amerika Tom Sheehan, PSG melakukan satu projek penaiktarafan bagi Parc de Princes sepanjang tiga tahun yang berharga €75 juta (2012, 2013–2014, 2015–2016) dan projek itu tamat sebelum berlangsungnya UEFA Euro 2016 di Perancis.[12][20]

Dua baris tempat duduk telah ditambah. Walaupun kapasitinya masih kekal pada 48,000, tempat duduknya telah menjadi lebih besar dan selesa.[20] Kapasiti hospitaliti telah bertambah dari 1,200 hingga 4,500 dan bangku pemain gantian serta bilik persalinan baharu telah dipasang.[4][20]

PSG juga sedang berharap untuk meningkat kapasiti stadium ini hingga 60,000 dalam beberapa tahun yang akan datang.[20] Sejak memiliki kelab itu, Qatar Sports Investments (QSI) telah mengatakan bahawa sebuah stadium yang lebih besar merupakan salah satu cara untuk menjadikan PSG sebagai salah satu kelab Eropah yang terkemuka. Asalnya, terdapat dua pilihan yang telah dipertimbangkan: berpindah ke Stade de France atau meluaskan Parc des Princes. Pilihan pertama telah dibuang ekoran projek pembangunan semula le Parc sebelum Euro 2016. Perluasan sebelum kejohanan bermula dibuktikan adalah mustahil, namun mengikut Timbalan CEO PSG Jean-Claude Blanc rancangan kelab itu tidak berubah.[21] Wujudnya juga khabar angin bahawa QSI berniat untuk membeli Parc des Princes dengan harga €150 juta.[10]

Perlawanan kejohanan utama

Perlawanan Piala Dunia FIFA 1938

TarikhMasa (WEST)Pasukan #1MataPasukan #2PusinganKehadiran
4 Jun 193817:00  Switzerland1–1 (a.e.t.)  JermanPusingan Pertama27,152
9 Jun 193818:00  Jerman2–4  SwitzerlandPerlawanan semula Pusingan Pertama20,025
16 Jun 193818:00  Hungary5–1  SwedenSeparuh akhir20,000

Perlawanan Piala Dunia Liga Ragbi 1954

TarikhMasa (CET)Pasukan #1MataPasukan #2PusinganKehadiran
30 Oltober 1954Perancis22–13New ZealandPusingan Pertama13,240
13 November 195412–16Great BritainPeringkat Akhir30,368

Perlawanan Piala Bangsa Eropah 1960

TarikhMasa (CET)Pasukan #1MataPasukan #2PusinganKehadiran
6 Julai 196020:00  Perancis4–5  YugoslaviaSeparuh akhir26,370
10 July 196021:30  Kesatuan Soviet2–1 (a.e.t.)  YugoslaviaPeringkat akhir17,966

Perlawanan Piala Dunia Liga Ragbi 1972

TarikhMasa (CET)Pasukan #1MataPasukan #2PusinganKehadiran
1 November 1972Australia9–5New ZealandPusingan Pertama8,000

Perlawanan UEFA Euro 1984

TarikhMasa (CEST)Pasukan #1MataPasukan #2PusinganKehadiran
12 Jun 198420:30  Perancis1–0  DenmarkKumpulan 147,570
20 Jun 198420:30  Jerman Barat0–1  SepanyolKumpulan 247,691
27 Jun 198420:00  Perancis2–0Peringkat akhir47,368

Perlawanan Piala Dunia Ragbi 1991

TarikhMasa (CEST)Pasukan #1MataPasukan #2PusinganKehadiran
19 Oltober 1991Perancis10–19EnglandSuku akhir48,500

Perlawanan Piala Dunia FIFA 1998

TarikhMasa (CEST)Pasukan #1MataPasukan #2PusinganKehadiran
15 Jun 199821:00  Jerman2–0  Amerika SyarikatKumpulan F45,500
19 Jun 199817:30  Nigeria1–0  BulgariaKumpulan D45,500
21 Jun 199817:30  Argentina5–0  JamaicaKumpulan H45,500
25 Jun 199816:00  Belgium1–1  Korea SelatanKumpulan E45,500
28 Jun 199821:00  Brazil4–1  ChilePusingan 1645,500
11 Julai 199821:00  Belanda1–2  CroatiaTempat ketiga45,500

Perlawanan Piala Dunia Ragbi 2007

TarikhMasa (CEST)Pasukan #1MataPasukan #2PusinganKehadiran
9 September 200716:00Afrika Selatan59–7SamoaKumpulan A46,575
19 September 200720:00Itali31–5PortugalKumpulan C45,476
28 September 200721:00England36–20TongaKumpulan A45,085
30 September 200717:00[[Ireland15–30ArgentinaKumpulan D45,450
19 October 200721:00Perancis10–34Tempat ketiga45,958

Perlawanan UEFA Euro 2016

TarikhMasa (CEST)Pasukan #1MataPasukan #2PusinganKehadiran
12 Jun 201615:00  Turki0–1  CroatiaKumpulan D43,842
15 Jun 201618:00  Romania1–1  SwitzerlandKumpulan A43,576
18 Jun 201621:00  Portugal0–0  AustriaKumpulan F44,291
21 Jun 201618:00  Ireland Utara0–1  JermanKumpulan C44,125
25 Jun 201618:00  Wales1–0  Ireland UtaraPusingan 1644,342

Perlawanan Piala Dunia Wanita FIFA 2019

TarikhMasa (CEST)Pasukan #1MataPasukan #2PusinganKehadiran
7 Jun 201921:00  Perancis4–0  Korea SelatanKumpulan A45,261
10 Jun 201918:00  Argentina0–0  JepunKumpulan D25,055
13 Jun 201921:00  Afrika Selatan0–1  ChinaKumpulan B20,011
16 Jun 201918:00  Amerika Syarikat3–0  ChileKumpulan F45,594
19 Jun 201921:00  Scotland3–3  ArgentinaKumpulan D28,205
24 June 201921:00  Sweden1–0  KanadaPusingan 1638,078
28 June 201921:00  Perancis1–2  Amerika SyarikatSuku akhir45,595

Konsert

Konsert terkemuka di Parc de Princes
TarikhArtisJelajahKehadiran
23 Jun 2007MuseBlack Holes and Revelations TourN/A
30 Jun 2007GenesisTurn It On Again: The Tour49,606
6 Julai 2007Red Hot Chili PeppersStadium Arcadium World TourN/A
27 Julai 2008Bruce SpringsteenMagic Tour40,661
7 September 2009ColdplayViva la Vida Tour50,335
11 Jun 2022DJ Snake dengan David Guetta[22]63,000
18 Jun 2022Dadju[23]

Galeri

Rujukan

Pautan luar


Laman web rasmi